AiFiRzK's Reading List
18 historias
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  por missdiraa
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
missdiraa
  • LECTURAS 544,196
  • Votos 25,948
  • Partes 76
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
His Bambina por sffullmoon_
His Bambina
sffullmoon_
  • LECTURAS 2,962,214
  • Votos 132,750
  • Partes 95
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk suka aku? Dengar sini, aku tak akan pernah suka dekat kau, faham? - Fahim Mikhael Logik ke perasaan cinta tu daripada budak umur 19 tahun terhadap orang dewasa 23 tahun? Kerana benci Fahim mengambil remeh tentang cinta yang dikatakan oleh Sophea. Bagi nya Sophea yang berumur 19 tahun tidak mengerti apa itu maksud cinta sebenar. Hubungan yang terputus dahulu kini datang kembali apabila kedua nya sudah ada kerjaya masing-masing. Besar sangat ke salah I pada you, Sophea- Fahim Mikhael You tanya I? Ia tak besar Fahim tapi cukup untuk bagi I merana - Aryanna Sophea Fahim akui yang dia dah termakan dengan kata kata sendiri. Disebabkan kata-kata sepupunya, dia benci Sophea serta merta tetapi benci bertukar jadi cinta bila cerita sebenar terbongkar. Dia mahu kan gadis itu semula, Sophea berubah 360 pada pandangan nya. Sophea yang dia kenal tidak sama sekali dengan Sophea yang berada di depan matanya sekarang ini.
Perfect Sky (Complete) por saraimani99
Perfect Sky (Complete)
saraimani99
  • LECTURAS 153,450
  • Votos 7,693
  • Partes 50
Love Seasons: Book 3 Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
KASIH TANPA SAYANG ✔ por chimchingu
KASIH TANPA SAYANG ✔
chimchingu
  • LECTURAS 300,537
  • Votos 3,589
  • Partes 36
"Aku sukakan kau Raz..!!", mengapa amat susah untuk aku lafazkan ayat itu. Isya Amani anak ketua mafia yang terkenal. Baik, ramah, sexy, penyayang dan manja. Isya telah jatuh cinta dengan bodyguardnya sendiri. Harraz Zakuan seorang bodyguard Isya yang paling kacak, tegap, baik dan berani. Tetapi Raz mempunyai satu rahsia besar yang semua orang tidak tahu. Rahsia yang apabila dibongkarkan akan menjadi penghalang cinta Isya. "Awakkk..", aku bersuara sebaik sahaja memegang tangan Raz. "Hmm?", jawab Raz singkat sambil keningnya dijongket ke atas. "Can you stay here for a moment?", soalku kepada Raz. "Sa..sa..saya takut.", sambungku lagi sambil cuba menahan air mata daripada mengalir. Tetapi apakan daya, air mataku tetap berdegil dan mengalir tanpa ku sadari. Raz yang tadinya berdiri kini duduk kembali di tempatnya tadi. Disaat cinta ingin diluahkan kepada Harraz Zakuan banyak dugaan yang menimpa. Adakah cinta Isya terhadap Raz terbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan? Complete ✔ Start : 12 June 2019 End : 25 July 2021
Di Lautan Biru [REMAKE] por EiSeoya
Di Lautan Biru [REMAKE]
EiSeoya
  • LECTURAS 491,857
  • Votos 9,172
  • Partes 19
[REPUBLISH FOR NEW STORY PLOT] Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah kenyataan ini? Tentunya tidak. Eleanore. Gadis yang mempunyai keinginan untuk menjadi salah satu anggota TLDM di Lumut, Perak. Mengikuti jejak langkah abangnya dalam TUDM. Beza cabang, sama peranannya. "I'm Eleanore Dhia Binti Elias. Call me Eleanore. I'm ready to serve you all," - Eleanore Dhia Taqiyyah. Tidak dinafikan bukan dia seorang sahaja anggota perempuan yang melibatkan diri dalam TLDM. Ada juga di unit lain. Pemilihan kepakaran dalam juruplot taktikal peperangan telah menyatukan Eleanore bersama tiga puteri yang lain. Mereka ibarat bunga yang mekar dikelilingi padang rumput yang luas. Pada satu saat, Eleanore terlihat jejaka yang sangat dikenalinya menjadi jurulatih untuk kumpulannya. Terasa seperti dirancang baik pertemuan mereka oleh Allah. "Kenapa kau terdetik hati nak masuk TLDM? Jarang jumpa spesis macam kau masuk kepakaran sini," - Al-Fajar Qarizh. "Aku nak buktikan yang perempuan layak untuk menjadi salah satu pejuang negara dan boleh jadi setaraf dengan pejuang lelaki yang lain," - Eleanore Dhia. Impressive. Satu aura pejuang yang kuat dalam diri Eleanore membuatkan Fajar tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam. Semakin lama mereka bersama, semakin banyak ujian yang menimpa Eleanore hinggakan banyak rahsia yang terbongkar terutamanya Fajar. "Aku milik kau. Kau milik aku. Dan kita berdua milik negara. Andai salah seorang daripada kita mati syahid satu hari nanti, teruskanlah perjuangan kita dan jangan sesekali berundur untuk mengalah terlalu awal," - Al-Fajar Qarizh [Start: 1 May 2024 End: 28 Sept 2024 ] [100% karya asli] [1st Version]
Rare Husband © por reverielyn
Rare Husband ©
reverielyn
  • LECTURAS 1,205,151
  • Votos 41,704
  • Partes 74
Aulia Malaikha seorang gadis yang ceria. Dia tidak merancang untuk mencari jodoh dalam umur awal 20-an. Siapa sangka seorang senior yang sirius telah mencuri hatinya. Aulia Malaikha cuba untuk mendapatkan perhatian dari seorang lelaki Bernama Nadiem Zhafran. "Jaga kawan kau ni baik-baik, jangan jadi macam monyet dekat sini" - NADIEM ZHAFRAN "Stop jadi perempuan murah Aulia!" - NADIEM ZHAFRAN Semua kata-kata dari mulut lelaki itu hanyalah hinaan yang menyakitkan hati. Aulia cuba untuk berpaling dan melupakan perasaannya terhadap Nadiem tetapi disebabkan urusan kerja mereka bertemu semula. "Aulia Malaikha, seduce me like you do before" - NADIEM ZHAFRAN 📌 *WARNING* 📌 • Cerita ni agak cliché and cringe • Sweet • Abaikan typo • Kalau cerita ni tersama dengan mana-mana cerita lain, itu hanya kebetulan • No plagiat • Jangan lupa vote ⭐ and comment ✍️ LOVE U GUYS❤️ Published : *SEPTEMBER 2022*
Daisy Sofea  por itsleatna
Daisy Sofea
itsleatna
  • LECTURAS 2,318,685
  • Votos 18,801
  • Partes 11
[Completed] 2nd Romance Aiden Elhan | Daisy Sofea Rasa cinta mulai hadir dijiwa apabila perasaan benci terlalu tinggi tersemat dihati. Saling membenci namun akur dengan keputusan keluarga. "Huh? Tunang? Siapa cakap yang saya nak tunang dengan Sir? - Daisy Sofea Rasa benci mula hadir ketika dipaksa untuk bertunang dengan lelaki yang tak dicintai. Namun, apa yang boleh dia lakukan selain menurut kata keluarganya? Dan siapa cakap aku nak tunang dengan kau? Aku buat sebab mommy. Tengok kau pun aku tak selera, inikan pula nak beristerikan perempuan macam kau - Aiden Elhan Hati kata suka namun ego menguasai. Bercakap lepas dan menyakitkan hati membuatkan Sofea makin benci Aiden. Namun mereka sudah ditakdirkan bersama. Adakah perkahwinan mereka akan bahagia atau sebaliknya? Atau ada sesuatu yang terjadi menyebabkan si suami menyesal seumur hidup? ⚠️ Sexy storyline ⚠️ Cringe ⚠️ Sediakan mental yang kuat ⚠️ Plot twist yang tak dijangka ⚠️ Kalau boleh, sediakan tisu
QAYDER : MR COLD por Blqs_Rose
QAYDER : MR COLD
Blqs_Rose
  • LECTURAS 10,505,881
  • Votos 377,594
  • Partes 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
✓ RAJA DAIYAN GHAZI por Blqs_Rose
✓ RAJA DAIYAN GHAZI
Blqs_Rose
  • LECTURAS 6,802,633
  • Votos 371,020
  • Partes 74
(Under Maintenance) # 3th UNDER HE SERIES: •Raja Daiyan Ghazi 🃏 ~Under His Charms~ RAISSA NURRANA akur dengan jalan takdir hidupnya. Tipikal cinderella melayu. Ada kakak tiri yang jahat. Ada mak tiri yang dengki. Dia ingin sangat berjumpa ibu kandungnya yang masih entah bagaimana kewujudannya. Dia pasrah. Papa bahagia. Itu dah cukup walaupun dia tak bahagia sama sekali. RAJA DAIYAN GHAZI. Lelaki itu misteri. Bagai punya seribu satu rahsia yang tak akan terungkap. Misteri. Tapi dia tetap tertarik. Kacak. Misteri. Menarik. Dan bahaya. "Halah biologi je pun." "Biologi je pun? Awak ingat saya ni spesies gifted macam awak boleh sesenang tu je dapat A+?" "Aku kan tutor kau. Confirm kau mesti boleh dapat A+ punya." Berlagaknya ya ampun! Tapi Raissa Nurrana berterima kasih juga kepada lelaki itu. Buat pertama kali dalam sejarah, dia dapat A+ biologi! Raissa terkilan sendiri. Lelaki itu sudah hilang entah ke mana. Keputusan SPM milik lelaki itu bagai tidak bertuan. Raissa baru faham. Sakit rasanya bertepuk sebelah tangan. Raissa reda dengan penantiannya. Pasrah. Allah tahu jalan terbaik untuknya. SYED ARIF. Lelaki itu diterima dengan ikhlas. Walaupun dia masih diantara dua rasa. "Daiyan Ghazi?" lelaki berhoodie yang misteri itu bagai magnet yang menarik Raissa Nurrana mendekat. "Kau tak pernah berubah." Daiyan Ghazi! Dia... Daiyan Ghazi! "Awak pembunuh?" "Kau boleh anggap aku lebih daripada itu." siapa Daiyan Ghazi sebenarnya? Kenapa dia nampak semakin bahaya? Adeera cemburu. Raissa Nurrana tak layak bersama keluarga Tuan. Dan dia berjaya menghancurkan separuh hidup Raissa. "Jangan tanya aku kenapa. Demi Allah. Aku ikhlas terima kau sepenuhnya." ~Raja Daiyan Ghazi "Saya sudi jaga awak, Raissa. Kita mula semula." ~Syed Arif
✓ TENGKU RAFAEL LUTH por Blqs_Rose
✓ TENGKU RAFAEL LUTH
Blqs_Rose
  • LECTURAS 6,923,771
  • Votos 331,074
  • Partes 73
# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun seorang Tengku Rafael Luth lakukan dan dia tak akan berputus asa. Mungkin Dhiah Nageena masih belum mengenalinya kerana dia masih bersembunyi disebalik bayangnya. NURI NAFEESA gembira apabila diterima bekerja di syarikat seni bina milik CEO muda ternama itu. Gembira gila. Alhamdulillah rezeki. Tapi tiba-tiba encik boss panggil dan cakap yang dia... tak suka dengan aku? Habis tu kenapa ambil aku bekerja?! "Kau interview dengan Encik Rais kan?" ~Ku Raf "Tapi kenapa Encik Boss tak suka saya? Saya kan nak kerja. Bukannya nak suruh encik boss ambil saya jadi isteri. Kan?" ~Nuri Nafeesa Tengku Rafael rasa huru hara dengan perempuan itu. Dia serius 24 jam. Si burung kakak tua tu pula asyik membebel, happy go lucky je 24 jam. Stress! "Woi burung kakak tua!" "Nama saya Nuri lah encik boss. Nu.ri Na.fee.sa." Namun di atas kesalahan Tengku Rafael sendiri, Nuri Nafeesa yang harus menanggung semuanya. Menanggung segalanya. Semuanya. "Kita rahsiakan dahulu hubungan kita." Nuri Nafeesa terpaksa menahan segala rasa apabila Dhiah Nageena mula jatuh hati pada Tengku Rafael. Lelaki yang selama ini memberinya coklat. Memberinya bunga. Namun bukan itu sebabnya. Dhiah Nageena hanya menyukai Tengku Rafael hanya kerana paras rupa. Pangkat dan juga harta. Dan sekali lagi. Nuri Nafeesalah yang menanggung segalanya. Siapa yang tak sakit hati melihat suami bermesra dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi dengan kawan baiknya. Disaat segalanya terbongkar. Diantara tiga hati, siapa yang akan menerima. Siapa yang akan membenci dan siapa yang akan terus mencintai. "Kau isteri aku dan akan selamanya jadi isteri aku." ~Ku Raf "Jangan seksa hati awak Raf. Bukan saya yang hati awak mahukan." ~Nuri