ardeidae97's Reading List
3 stories
AMMO - sebuah novel M. Cairol Yakup by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 93,706
  • WpVote
    Votes 1,967
  • WpPart
    Parts 19
Lima personaliti yang dengan lima latar belakang yang berbeza. Namun mereka semua kawan baik; hidup bersama sebumbung selama hampir dua tahun. Konflik bermula dari Rita yang ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah. Persahabatan mereka teruji sejak itu. Fiet jadi gila, dengan merancang sebuah jenayah berat; pembunuhan, menjadikan Leman hilang pertimbangan. Qidran juga sama. Mereka bertiga sepakat untuk membunuh seseorang dan Cloud jadi mangsa. Mereka semua diibaratkan seperti lima biji peluru untuk Ruger 357 Magnum Revolver; siap sedia untuk amaran, pertahanan diri, melindungi yang tidak berdosa, menyerang mangsa dan membunuh tanpa belas kasihan.
GINJAL - sebuah novel Bali Baim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,042
  • WpVote
    Votes 1,124
  • WpPart
    Parts 14
Penyiasatan pihak polis ke atas satu siri pembunuhan yang melibatkan ginjal mangsa. Aslan, detektif yang baru ditukarkan ke unit siasatan jenayah, dan dia terus mendapat kes sulungnya melibatkan seorang perempuan yang telah ditikam ginjal. Sedikit demi sedikit dia lalu terobsesi dengan pembunuh bersiri itu. Mampukah Aslan mengesan subjek obsesinya?
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,530,007
  • WpVote
    Votes 256,974
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.