_aluyaya's Reading List
2 stories
Sungguh, Saya Cintakan Awak by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 80,681
  • WpVote
    Votes 1,776
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk : Sungguh, Saya Cintakan Awak! Penulis : Shaista Haziq Penerbit : Penulisan2u ISBN : 978-967-0567-95-2 Harga : RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2015 Cara Pembelian : www.karyaseni.my / Aplikasi Karyaseni Cinta pandang pertama? Sukar untuk dipercayai tapi ternyata ia wujud. Nur Adra Nayli juga tidak ketinggalan. Turut sama terjatuh cinta pada pandang pertama. Renungan dan pandangan daripada Syed Muhammad Ajmal bisa menggetarkan hatinya. Namun, tidak pada kata-kata daripada mamat poyo itu. Menyakitkan hati adalah! “Cantik memang cantik. Tapi cantik saja tak guna kalau tak tutup aurat.” - AJMAL “Habis tu, awak ingat eloklah awak tegur dengan cara memalukan orang macam ni? Nak tegur kena cakap baik-baik dan di tempat tertutup supaya orang yang ditegur tak terasa malu!” - ADRA “Wow, tahu agama rupa-rupanya. I am impressed. Dah tu bab tutup aurat tak tahu kenapa? Tak sempat belajar ke? Cikgu meninggal ya tak sempat ajar?” - AJMAL Orang kata tak kenal, maka tak cinta. Apabila dah kenal, maka bercintalah! Ajmal dan Adra bersatu atas dasar cinta. Suka sama suka. Namun, bahagia mereka tidak lama apabila satu rahsia besar Ajmal diketahui Adra. “Aku ni girlfriend Ajmal. Bakal tunang Ajmal. Ahad ni majlis pertunangan kami. Aku nak bagi amaran kat kau. Kau tinggalkan Ajmal. Jangan ganggu dia lagi. Kalau aku nampak kau dekat dengan dia, kau taulah nasib kau.” - YASMIN Kehadiran Yasmin benar-benar membuatkan Adra tertekan. Baru menyulam cinta buat kali pertama dalam hidupnya, tapi sudah diuji sedemikian rupa. Adra rasa tertipu dengan kata-kata Ajmal. Kata cinta, tapi kenapa sudah nak bertunang? “Kalau awak tak suka dia kenapa awak nak bertunang dengan dia?” - Adra “Saya terpaksa. Dah banyak kali sangat umi saya minta. Lagipun saya tak ada siapa-siapa masa tu, jadi saya terima. Kalau saya tau saya akan jumpa awak, saya takkan setuju dengan rancangan umi saya tu.” - Ajmal
Cinta Hati Sayang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 68,727
  • WpVote
    Votes 1,380
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Cinta Hati Sayang Penulis: Hairynn Salehuddin Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-74-6 Harga: RM25.00 (Semenanjung) // RM28.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Disember 2015 KAPSYEN Dendam dan cinta saling bersaing. Akhirnya hanya satu yang terpilih. CARL ZARIF... Hatinya begitu terusik setiap kali melihat penderitaan adiknya, Carl Naim. Dia perlu menuntut bela atas penderitaan adiknya. Mana mungkin dia akan biarkan darah dagingnya merana tanpa pembelaan. Dia pasti akan lunaskan dendamnya itu. Pasti! LARA ALINA... Tiada apa yang lebih penting dalam hidupnya selain Sofea Yasmin. Anak kecil yang dijaga sejak kecil lagi sehingga terpaksa mengorbankan pengajiannya. Tiada perasaan benci kepada Hana Kamila kerana meninggalkan anak kecil ini. Dan hidupnya penuh dengan kasih sayang. Tanpa diduga, ada kisah di sebalik kematian Hana Kamila. Ada hubungan yang masih terjalin dan belum terputus. Atas sebab itu Lara Alina akur dan berkongsi kasih membesarkan Sofea bersama insan yang masih menyayangi dan sanggup menerimanya. "Papa dan mama mahu mereka jadi sebahagian daripada keluarga kita." ~ Tan Sri Roslan Permintaan Tan Sri Roslan itu tidak dapat diterima oleh Carl Zarif. Biarpun seluruh keluarganya dapat menerima kehadiran mereka berdua, tetapi tidak bagi Zarif. Walaupun Hana Kamila sudah tiada, perasaan dendam tersebut kini beralih pula kepada Lara Alina. "Aku tak dapat kau, aku akan buat adik kau pula merana. Bersiap sedialah Lara Alina!" ~ Carl Zarif