nur_bunga's Reading List
21 stories
Malaysia Sesudah Kiamat by helmieffendy1993
helmieffendy1993
  • WpView
    Reads 5,706
  • WpVote
    Votes 249
  • WpPart
    Parts 22
Tamadun runtuh. Manusia tinggal dalam tembok batu dan besi yang sempat dibina, memisahkan mereka dengan dunia luar yang penuh dengan kesejukan yang menggigit dan juga zombie yang meliar dalam pelbagai spesis yang menakutkan. Setiap koloni yang dibina tembok akan dikawal oleh askar-askar kerajaan yang masih cuba bertahan. Ada juga koloni yang berpihak kepada pihak pemberontak sekaligus menimbulkan perang saudara antara penguasa dan pemberontak. Selain mereka yang tinggal dalam koloni, ada juga kumpulan manusia yang menggelar diri mereka nomad. Mereka menolak autoriti penguasa dan pemberontak pada zaman itu. Nomad hidup dengan berkeliaran dan hidup di dunia diluar koloni. Salah satu kumpulan Nomad ialah sekumpulan mercenaries yang memanggil diri mereka Patriots. Patriots yang diketuai oleh Komander Azzmel Ai'zzat, membuat kerja kotor untuk pelbagai pihak asalkan mereka dibayar upah yang setimpalnya. Kumpulan mercenaries ini mengembara dari koloni ke koloni menaiki bas yang telah diubahsuai dengan pelbagai perlindungan. Namun, suatu hari, nasib dunia yang diambang kiamat itu, berada ditangan mereka apabila mereka ditugaskan untuk mengiringi seorang lelaki yang kebal kepada wabak zombie yang melanda dunia. Lelaki itu kunci untuk tangguhkan kiamat!
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,208
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
Penjara Mati by RiduanJudin
RiduanJudin
  • WpView
    Reads 1,167
  • WpVote
    Votes 35
  • WpPart
    Parts 9
PEMBUNUHAN Datuk Haris di Hotel Hilton, Petaling jaya menjadi satu tanda tanya. Satu-satunya wajah yang berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup ialah wajah Malik, sekaligus membuatkan lelaki itu dikehendaki Polis. Dia nekad untuk membawa diri pulang semula ke Sabah iaitu tanah kelahirannya buat sementara waktu. Mahairah - Seorang gadis kelahiran daerah Tambunan yang terbuka hijab matanya. Sering kali melihat manusia primitif yang berjalan berbondong-bondong. Misteri itu lebih parah apabila dia kerap kali pengsan. Apabila tersedar, dunianya sudah berubah. Pertemuan Malik dan Mahairah menimbulkan semula perasaan cinta di hati mereka. Ini bukan pertemuan pertama mereka. Akibat hijab mata Mahairah yang terbuka, dia dan Malik terdampar di dunia yang tidak pernah terfikir dek minda. Mustahil ada jalan keluar! Untuk hidup di situ, mereka harus mati! Kematian di sini bermakna kematian di dunia nyata - sedang cinta antara mereka semakin luhur. "Ini tempat orang yang sudah mati. Yang masih hidup tidak boleh berada di sini!" - Manusia Primitif. Pembunuhan yang kejam. Misteri yang sukar dirungkaikan. Percintaan yang berakhir dengan air mata. 'Topeng' merupakan cara terbaik menyembunyikan kejahatan. Jangan sesekali tertipu. 'Hidup dengan percaya, bukan hanya melihat!'
THE LIBRARY by Yoh4nn4
Yoh4nn4
  • WpView
    Reads 116,463
  • WpVote
    Votes 6,068
  • WpPart
    Parts 16
Kau fikir stay di library sekolah kau selamat? Fikir 3 kali pun belum tentu SELAMAT!
Mata Kera by AfeefahAfif
AfeefahAfif
  • WpView
    Reads 68,483
  • WpVote
    Votes 4,953
  • WpPart
    Parts 57
Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Tiada yang mustahil. Tak begitu? Menjadi persoalannya... Siapa yang mulakannya?? Siapa?? Siapa?? Yang pasti bukan Brahim dan Qasidah yang salah. Anda tahu siapa dia. Ha ha ha.
SELFISH by ReginaIbrahim
ReginaIbrahim
  • WpView
    Reads 4,469
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 158
IF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to include you a little to entice you a bit. Will it be fair? if it's all about my pains, my joys and my sole perspectives. Slowly you will fall in love with me and my journey. Because I am selfish and modest at the same time... (i knew the trick) Do you think it's fair? This path of selfish greed of maybe a self confessed victim, glamorous at certain times, annoyed by the world and so certain at many junctures of life. Do you think it's fair when around me I saw a lady with no money to buy food? Children salivating looking at another kids toys? That fat transsexual battling with body image? Or that quiet wife on the 9th floor with purple eyes each time her husband got drunk. Let me tell you straight my dear this world is NOT about me alone. Each one of us need to find balance for sure.
SUAKA  by EaryHakim
EaryHakim
  • WpView
    Reads 2,967
  • WpVote
    Votes 144
  • WpPart
    Parts 8
Kehidupan sesuatu yang antagonis,yang mana manusia semua macam lalang.Tak perlu jadi Tuhan nak tentukan baik atau jahat seseorang itu.Selalu panggil pandai,bijak,bodoh,jahat,kejam dan gila.Gila!?kau rasa kau normal sudah untuk panggil dan nilaikan seseorang itu gila??Gila itu ada di dalam diri kau sendiri tanpa kau sedar..jadi selamat berfantasi...
Akak Kemboja by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 21,167
  • WpVote
    Votes 905
  • WpPart
    Parts 9
Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mertua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya Johari yang berusia 7 tahun, mereka terpaksa berpindah ke sebuah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah satu kilang di situ. Memandangkan emaknya sering mengambil kerja lebih masa setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Setiap kali tinggal seorang diri di rumah, Johari sentiasa terdengar bunyi bunyi aneh dan gangguan samada dari dalam atau luar rumahnya. Satu hari Johari menyiasat dari mana datang bunyi dan terserempak dengan Akak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Akak Kemboja berjanji akan melindunginya.
Aku Dan Sampah by izzyangelo
izzyangelo
  • WpView
    Reads 4,702
  • WpVote
    Votes 281
  • WpPart
    Parts 12
"Aku tak tahulah apa yang best sangat pasal hidup aku ni. Dari kecik sampai besar, macam-macam aku jumpa. Tapi kebanyakannya adalah hampeh. Semuanya sampah." - Lan Pari -