ShamsuriRosdi's Reading List
1 story
PIDANA by ShamsuriRosdi
ShamsuriRosdi
  • WpView
    Reads 52
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 3
Negara Civenam telah diserang dengan penularan wabak penyakit yang diberi nama virus R-ES. Para saintis di negara itu telah berjaya menghasilkan penawar ataupun ubat untuk mengubati rakyat Civenam yang dijangkiti virus tersebut, namun sebelum ianya dipasarkan, ia perlulah melalui beberapa proses terlebih dahulu seperti ujian klinikal ke atas sel-sel manusia. Jadi, manusia sukarelawan langsung diperlukan! Selama hampir enam tahun Civenam telah memaksa setiap negeri di bawah naungannya untuk menghantar sukarelawan paksa rela bagi menjalani ujian tersebut. Pada mulanya mereka mahukan orang dewasa saja untuk dijadikan manusia uji kaji itu tetapi, pada tahun yang malang tersebut tiba-tiba saja syarat itu berubah. Mereka mengarahkan pula setiap negeri itu untuk menghantar penyertaan dari golongan umur yang sudah melepasi dua belas tahun ke atas. Budak lelaki bernama Al yang berasal dari negeri paling hujung sekali terpaksa mengikuti ujian tersebut. Kehidupannya terus berubah menjadi huru-hara tatkala dia mengikuti ujian-ujian itu di sana. Hari berganti minggu, Al menjadi semakin tertekan dengan ujian-ujian itu di sana. Tambah pula, cabaran yang mendatang juga semakin lama semakin sukar dan pelbagai persoalan juga mula mengganggu kehidupannya. Adakah semua ini adalah suatu kebetulan ataupun sudah lama dirancang?