Fauziah_FS's Reading List
110 stories
CODE : HAZARD MAMBA  by ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    Reads 467
  • WpVote
    Votes 48
  • WpPart
    Parts 4
Hazard Mamba. Kod misi rahsia yang menjadi punca AYRA SAMIRA dan HAR GIBRAN bertemu. Ayra merupakan pemilik Black Mamba Eyes, sebuah agensi intipan elit bersaiz genit. Semuanya berjalan sempurna sehinggalah dia tersilap langkah apabila terpalit dalam kes melibatkan sindiket perdagangan organ antarabangsa saat menjalankan misi. Dalam situasi tegang itu, Ayra ditakdirkan bertembung dengan HAR GIBRAN. Ketua V-Hackers yang mengawal aliran data gelap dunia mafia. Menggunakan kod nama Hazard sesuai dengan ertinya, Har tidak pernah melepaskan sesiapa yang berani bermain api dengannya. Namun, keberanian Ayra benar-benar mencuit hati lelaki itu. Apabila abang kandung Ayra sendiri iaitu Inspektor Malik mula mengetuai operasi memburu Hazard atas kes pencerobohan pangkalan data pihak polis, Ayra tersepit di tengah-tengah. Demi melindungi gadis itu, Har mengambil keputusan nekad. Menculik Ayra dan membawanya masuk ke dalam kubu paling kebal yang mustahil ditembus oleh pihak berkuasa. Di sinilah segalanya bermula apabila mereka terpaksa berlindung di bawah naungan ketua mafia tertinggi, Darren Del Lucca. Ingatkan tempat berlindung itu aman, rupanya tanggapan Ayra tersilap besar. Menjadi tetamu tak diundang dalam keluarga Del Lucca bermakna dia terpaksa menghadap kegilaan dan drama akasia Darren bersama isterinya, serta perangai ahli keluarga lain yang masing-masing... masuk air! Dalam haru-biru dunia luar yang memburu, mampukah misi Hazard Mamba ini diselesaikan hidup-hidup tanpa ada yang terkorban?
Bukan Cinta Biasa (STILL IN PROCESS) by amantes_de_la_novela
amantes_de_la_novela
  • WpView
    Reads 56
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 1
Satu peristiwa lama kembali datang ke mindanya, satu peristiwa yang membuat dirinya hampir gila. Namun hidup perlu diteruskan, tidak mungkin keranakan seorang lelaki dia akan gila kan? Suatu hari, semuanya berulang. Arsyad Nashriq kembali menunjukkan cintanya selepas peristiwa kejam dua tahun lepas. "Kau nak apa? Nak bunuh aku macam mana kau bunuh Adrianna dulu? Aku takkan kembalilah! Pergi mati!" - Nadiyya Syafiyya "Tak diyya, kalini.. saya datang betul-betul untuk awak. Tolong, kalini je.. bagi saya peluang untuk baiki semua kesilapan saya dulu." - Arsyad Nashriq Arsyad Nashriq tahu, Nadiyya sakit selepas apa yang dia lakukan 5 tahun lepas. Namun, dia takkan menyerah. Dia akan terus cuba dan cuba lagi, sehingga dia berjaya merebut hati Nadiyya kembali. "Saya tahu, saya salah.. saya dah buat awak hilang segalanya. Tapi saya dah menyesal, saya menyesal sangat. Saya minta maaf." - Arsyad Nashriq "Maaf? Apa yang kau tahu tentang maaf? Apa yang kau tahu tentang maaf? Maaf kau tu tak ada harga dekat mata aku, jadi tolonglah berambus dari hidup aku!" - Nadiyya Syafiyya Keadaan menjadi semakin rumit disaat seorang jejaka hadir dihidup Nadiyya Syafiyya, menjadi pelindung dan peneman. Namun Arsyad Nashriq tahu bahawa ada udang di sebalik batu. Dia cuba memberitahu Nadiyya tapi tidak didengarnya. "She's mine! Only mine!" - Arsyad Nashriq "Milik kau? Kalau milik kau, kenapa dia boleh dekat dengan aku? Like this, hahaha. Dia memang milik kau, tapi hanya dalam mimpi kau!" - Rayyan Mungkin benar, Nadiyya miliknya namun hanya didalam mimpi. Andai, mereka sudah berkahwin.. mungkin Arsyad dapat melindunginya dengan lebih lagi. 'Satu hari nanti, awak akan tahu kenapa saya buat macamtu. Kenapa saya tinggal Adrianna dekat situ, mungkin.. saya sakit, tapi saya sedar bahawa awak lebih sakit.' - Arsyad Nashriq Disaat dua hati terluka, apakah cita akan bersemi kembali? Mereka juga hamba yang tidak mengetahui pengakhir dari kisah mereka, hanya tuhan yang tahu.
The Zarif Haikal Possession  by Fiezajungkookie
Fiezajungkookie
  • WpView
    Reads 6,268,792
  • WpVote
    Votes 223,074
  • WpPart
    Parts 91
Zarif Haikal menatap Zara tajam. Gigi diketap kuat menahan perasaan geramnya pada Zara. Zara menunduk diam. Getaran pada badan Zara boleh dilihat dengan jelas. " Jangan harap kau boleh pergi dari aku Zara ". Ujar Zarif sinis. Zara tergamam. Apa yang dia boleh lakukan? Lelaki di hadapan dia ini punyai segalanya. Manakala dia tidak ada apa apa. | 2 July 2019 - 3 January 2021 | MATURE HOPE BIJAK FIKIR SENDIRI. ADE KATE2 CARUT, KATA KASAR DAN AYAT LEPAS. BUT TAK LEBIH. HOPE FAHAM2 SENDIRI. JGN KATE AKU TAK BAGI AMARAN *-* •~• Don't ever plagiat or copy my work. My work imaginasi dari OTAK aku! Kau copy kite jumpe dekat akhirat sana. Time tu kau kire lah dengan aku.
RÄFISQY  by nainr4writes
nainr4writes
  • WpView
    Reads 632,341
  • WpVote
    Votes 15,323
  • WpPart
    Parts 68
in editing 🔛 AHMAD QAISAR RAFISQY | ZANDRA ALEESA ⚠️ PLAGIARISM IS NOT ALLOWED ‼️
ASYRÄAF   by nainr4writes
nainr4writes
  • WpView
    Reads 186,747
  • WpVote
    Votes 5,829
  • WpPart
    Parts 68
HANS ASYRAAF | ATHEA ROSE ⚠️ PLAGIARISM IS NOT ALLOWED ‼️
ZEYÄAD by nainr4writes
nainr4writes
  • WpView
    Reads 114,760
  • WpVote
    Votes 4,658
  • WpPart
    Parts 62
AHMAD QALEEF ZEYAAD | ANNAYLA ARDEA ⚠️ PLAGIARISM IS NOT ALLOWED ‼️
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 438,659
  • WpVote
    Votes 29,738
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
C  | ZAYN'S heartless ALANA  by ainasofiae
ainasofiae
  • WpView
    Reads 54,969
  • WpVote
    Votes 2,430
  • WpPart
    Parts 39
"Kau dah kembali. Tapi sayang, Alana yang dulu dah lama mati." Lapan tahun lepas, dia pergi tanpa kata. Meninggalkan sebaris janji manis berbaur racun dan sekeping hati yang hancur berkecai di stesen bas usang sepi selepas hujan lebat. Hari ini, dia muncul semula. Tetapi bukan lagi sebagai budak lelaki ber-hoodie lusuh yang gemar mengusik di perpustakaan sekolah. Lelaki itu kini berdiri tegak sebagai seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) jutawan di Zahiran Holdings yang digeruni ramai-angkuh, dingin, dan bermata helang. Manakala Alana? Hanya seorang staf pentadbiran biasa di tingkat 15 yang duduk di dalam kubikel sempit, langsung tidak sekufu untuk memandang setinggi tempat lelaki itu merajai takhta. Alana tekad membenteng egonya. Jarak antara bos besar dan pekerja bawahan tidak akan sesekali dilampaui. Namun, skrip takdir memang suka bergurau. Di sebalik topeng beku seorang singa korporat yang menakutkan staf pejabat, rupa-rupanya ada sisi gurauan miang bersahaja yang sengaja dilepaskan khas untuk menguji pertahanan dada Alana. Mampukah Alana mempertahankan egonya apabila badai darjat kembali melanda? Atau adakah rahsia di sebalik hujan London lapan tahun lepas akan meruntuhkan semula tembok benci menjadi sebuah kemenangan cinta yang mutlak?
Radhia Ellara :you're the one [C] edit by itsreneeza
itsreneeza
  • WpView
    Reads 63,249
  • WpVote
    Votes 3,274
  • WpPart
    Parts 91
RADHIA ELLARA & TENGKU RAEZ ERSHAAD. • • Pertemuan yang tak disangka di sebuah university antara seorang pensyarah lelaki yang tegas dan seorang pelajar perempuan yang dingin tapi memikat. Dalam diam, si pensyarah mula menyimpan rasa. Oh pasal pagi tadi sokayla, lagipun waktu tu awak bukannya tahu siapa saya kan ? -Raez Ershaad. Haah, waktu tu saya ingat security baru yang nak melamar kerja kat sini -Radhia Ellara. Satu pertemuan tak dirancang di university menyatukan seorang pensyarah lelaki dan pelajar perempuan. Cinta yang tumbuh dalam diam akhirnya membawa mereka ke jenjang perkahwinan. -Happy end- ---------------- ⚠️DON'T PLAGIARISM cerita ini 100% daripada idea saya. ⚠️DON'T COPY MY STORY. Tq. HAPPY READING !❤️
LEFTENAN RAIF ERSHAAD (C) by Zqhsara
Zqhsara
  • WpView
    Reads 28,727
  • WpVote
    Votes 993
  • WpPart
    Parts 36
"Manda panggil abang sebab Manda hormat abang sebagai suami. Tapi kalau abang rasa hormat Manda tu satu gangguan... esok bawa Manda pergi mahkamah. Lepaskan Manda. "Bagi Leftenan (U) Raif Ershaad, Amanda Raisya hanyalah satu 'mandat' yang terpaksa dipikul demi memenuhi janji dua keluarga. Walaupun bergelar isteri, Amanda tetap dianggap orang asing yang mengganggu hubungannya dengan Natasha Yasmin. Amanda, pelajar perubatan tahun akhir yang sarat dengan beban tugas, memilih untuk terus bersabar. Namun, apabila ego mengatasi segala-galanya, kedinginan Raif akhirnya memecahkan benteng kesabaran Amanda. Satu pengkhianatan terbongkar, dan satu insiden berdarah di tangga fakulti mengubah segalanya. Saat 'Abang' tidak lagi meniti di bibir Amanda, Raif sedar-dia bukan sekadar mengabaikan amanah sang Jeneral, tetapi dia sedang kehilangan dunianya sendiri. Berjayakah Raif memintas semula hati yang sudah mendingin? Atau adakah 'intersepsi' kali ini sudah terlambat?