Fav
2 stories
Si Mata Bundar by hitori2_
hitori2_
  • WpView
    Reads 647
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 2
Novel ini telah pun diterbitkan pada Mei 2013 di bawah label Jemari Seni Publishing. *** Hatinya pernah kehilangan insan kesayangan dalam hidupnya. Tanpa disedari, dia mengenali Si Mata Bundar. "Awak okey?" "Okey! Bak sini buku-buku tu." "Eh tak apa, saya bawakan." "Tak payah!" "Awak nak bawak pergi kereta ke?" "Taklah. Saya datang bawak lori. Nak ikut?" Hidupnya berubah sesudah itu. Pertemuan kedua mereka membuat dia tertanya. Sinar mata itu sudah tiada! "Cik?" Diam. Tangannya masih lagi menekan-nekan alarm kereta. "Cik?" Tiba-tiba, lampu kereta itu menyala. Dia menarik nafas lega. "Sebenarnya... ini kereta saya." "Hah?" Dia terkebil-kebil sebentar. Lambat sikit neuron otak ni nak mencerna kata-kata lelaki di depannya ini. "Ini kereta saya." Elok aje lelaki itu menuturkan tiga patah perkataan tersebut, mukanya terus memerah. "Maaf, saya ingatkan kereta saya." Lelaki itu tersenyum. "Tak apa." Hidup bersama, tak semudah yang dijangka. Lebih-lebih lagi bukan kerana suka sama suka. Namun, masing-masing berusaha mencari 'kimia' antara mereka. kerana... jawapan itu sentiasa ada dalam 'dua hati'
RASA by hitori2_
hitori2_
  • WpView
    Reads 311
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 1
Tiga ceritera gabungan tiga penulis ini pula telah diterbitkan pada Mei 2014 di bawah rumah penerbitan yang sama iaitu Jemari Seni Publishing. *** Ceritera 1: Kimbap Si Kurung Firus - Amany Sepuluh tahun, DG menyukai Izzat Hafeez. Sepuluh tahun, di mata dan di hati DG hanyalah dia. Sepuluh tahun, DG jadi stalker terulung dia. Dan sepuluh tahun hanya mendengar cerita tentang Izzat Hafeez dari jauh, kini lelaki itu muncul di depan mata. Adakah ini petanda pada sebuah khabar gembira atau kehadiran lelaki itu hanya untuk menduga hatinya? Ceritera 2: Ice - Nirrosette Kerana abang sulungnya Kyle lebih bijak, Ice sering dipinggirkan oleh mama dan papanya. Lebih-lebih lagi setelah pemergian Abang Iq kesayangannya. Mujur ada Ahmad Zaim atau AZ yang jadi teman suka dukanya. Berjayakah hubungan Ice dan Kyle dipulihkan sedangkan Kyle masih berahsia tentang dirinya? Dan apa yang menyebabkan AZ jadi lebih 'baik' di mata Ice? Ceritera 3: Tapai Pulut Daun Getah - Faziela Tiga kali pertemuan yang tidak sengaja membuatkan Aza dan EE bersahabat baik. Dan mereka tidak pernah terfikir untuk lebih serius kerana pengalaman silam masing-masing. Apabila EE bakal ditugaskan ke luar negara, dia mula resah untuk meninggalkan 'teman baiknya' itu. Perlukah dia bertindak seperti saranan temannya, Pijie? Tetapi Aza sendiri bagaimana?