MayaMaisarah75's Reading List
2 stories
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017) by Elerieloveofficial
Elerieloveofficial
  • WpView
    Reads 1,154,514
  • WpVote
    Votes 42,708
  • WpPart
    Parts 33
Kisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja dunia gelap itu bukan sahaja bijak malah disegani oleh beberapa kumpulan mafia lain. Bagi Arianna itu bukan penghalang untuknya. Dia tidak betah terkurung di rumah agam milik lelaki itu. Setiap kali bersua muka dengan lelaki itu ada sahaja yang digaduhkan. Pantang bersuara pasti berselisih faham. Arianna hairan kerana sudah beberapa hari dikurung namun dia masih tidak tahu kenapa dia diculik malah dia dilayan dengan baik oleh pengikut setia Keith Dixon iaitu Black dan Kaido. Pertengkaran demi pertengkaran terjadi diantara mereka sehingga akhirnya Keith Dixon terpaksa membuka sebuah rahsia tentang sejarah keluarga Arianna yang gadis itu tidak pernah ketahui. Arianna dalam bahaya namun dia harus menamatkan semua itu. Dia tiada pilihan lain selain mempercayai Keith Dixon.
ISTERIKU GANGLEADER by Elerieloveofficial
Elerieloveofficial
  • WpView
    Reads 596,151
  • WpVote
    Votes 24,431
  • WpPart
    Parts 41
Siapa sangka disebalik wajah yang cantik dan perwatakan yang menarik sebagai pemilik butik pengantin tersemat satu lagi identiti yang dia tidak mahu sesiapa pun tahu kecuali orang-orang tertentu. Bilqistina Evangeline Rahman, nama yang hebat seperti empunya diri. Disebalik watak Bilqis dia seperti bidadari, manakala sebagai Evangeline Ricco atau lebih dikenali sebagai Angie the red lady dia merupakan seorang ketua puak Gangster Helang Merah yang diterajui oleh bapa saudaranya Ayahanda Ricco. Tengku Rayqal Aminuddin, jatuh hati pandang pertama kepada Bilqis tapi pada waktu yang sama cuba untuk menidakkan perasaannya sendiri atas sebab takut kecewa seperti sebelumnya, maka secara tidak sengaja terjadilah sketsa setiap kali bertembung sehinggalah ada kejadian yang tidak disangka terjadi mengheret keduanya ke jinjang pelamin. Keadaan menjadi huru-hara apabila muncul kembali kekasih lama Tengku Rayqal iaitu Tengku Sabrina dan identiti Bilqis mula terbongkar satu persatu. Mampukah Tengku Rayqal menerima semuanya?