AleyaMaisara3's Reading List
6 stories
Isteri Istimewa by Kyennss
Kyennss
  • WpView
    Reads 526,342
  • WpVote
    Votes 16,131
  • WpPart
    Parts 74
Sebab ego, aku terjebak dengan benda gila ni. Kerana pantang dicabar, aku sanggup buat benda yang dilarang dalam agama Islam. Ya, aku akui iman aku nipis senipis kulit bawang, tapi ego aku tinggi sampai ke langit. Sebab tu lah juga, aku hilang kepercayaan daripada orang yang aku sayang. Ya lah, hati mana tak terluka bila ditipukan? Tapi sejujurnya, kalau boleh aku nak undurkan masa. Sebab aku tak nak kehilangan dia. Aku tak nak kehilangan perempuan pertama yang buat aku kenal erti cinta dan kehidupan. Jujur aku tak nak kehilangan Isteri Istimewa aku, Nur Fetrah Amyrah. "Iman buat apa ni?!"- Puan Khadijah "Dia aku punya!"- Irfan Shakrani "Kau dapatkan hati dia."- Haniff Luthfi "Aku girlfriend dia."- Norel Hafifar "Sebab aku sayang kau."-Nurin Dapatkah aku miliki dia kembali? Publish on 2017
Bila Cinta Bersatu  by AsyiqinZaed
AsyiqinZaed
  • WpView
    Reads 584,567
  • WpVote
    Votes 20,608
  • WpPart
    Parts 62
Amelia Katrina, kehidupan tenangnya tidak kekal lama setelah dia bertemu dua orang manusia yang membolak-balikkan hidupnya. Rayyan Haikal, lelaki yang agak misteri, cool, hensem dan baik hati. Sentiasa memberikan senyuman manis ala putera. Mikhail Qairul, lelaki yang menpunyai darah campur, seorang ex playboy. Pandai mengayat hati wanita dan sangat sukakan cabaran. Namun antara dua lelaki itu siapa yang berjaya menarik hati Amelia? All right Reserved Highest Rank : #15 in Romance *Sinopsis Penuh dalam Author's Note*
I LOVE YOU SENGET [SU] by nrulnabila127
nrulnabila127
  • WpView
    Reads 128,033
  • WpVote
    Votes 4,217
  • WpPart
    Parts 76
Cerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa tahun tinggal di US, Hizzwan Syafiq terpaksa pulang ke Malaysia kerana desakkan bondanya, Tengku Hanis. Tetapi persoalannya, apakah sebab Hizzwan Syafiq terpaksa pulang ke Malaysia ? Hizzwani Syafiqha. Seorang perempuan yang berkacukan korean. Syafiqha sudah lama simpan bahawasanya dia sudah suka, cinta dan sayang kepada Tengku Hizzwan. Tetapi, cintanya tidak terbalas. Syafiqha tekad, suatu nanti jika Tengku Hizzwan bukan jodohnya dia akan pastikan hubungan dia dengan Tengku Hizzwan sebagai kawan akan kekal selamanya. Dan apakah kesudahan cinta ini? Adakah Hizzwan akan bersama Syafiqha ataupun orang lain? ********** Ini adalah novel pertama saya. Novel ini adalah REKAAN SEMATA - MATA. TIADA KAITAN DENGAN ORANG YANG SUDAH TIADA ATAUPUN YANG MASIH HIDUP. Kalau ada ayat yang terguris hati sesiapa, saya mohon maaf. Kalau ada sama dengan novel lain, juga saya minta maaf mukin itu satu kebetulan. Saya harap semua suka dengan novel ni. Jangan copy. Aaa, kalau boleh jgn baca je, komen dan vote sekali. Saya slow update lah. Homework banyak tergendala. Exam pun nak dekat. Ingat, komen dan vote sekali.
Jodoh Sebelah Pintu by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 69,919
  • WpVote
    Votes 1,761
  • WpPart
    Parts 15
Cerita ni diadaptasi ke drama lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli. Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang. Mereka berdua sering berhubung melalui telefon tanpa Mona tahu siapa gerangannya. “Kalau saya bagitahu awak nama penuh saya, awak boleh janji sesuatu tak?” ~Encik Tunang Tubi. “Janji apa?” ~Mona “Janji yang awak gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak. Bersimpuh di belakang.” ~Encik Tunang Tubi. Selepas kata-kata itulah, Mona tidak lagi mahu mengambil tahu tentang identiti bakal tunangnya sehinggalah mereka bertunang. Mereka merancang mengadakan pertemuan pertama namun Mona terpaksa membatalkannya apabila terserempak dengan kedua-dua jirannya yang berperangai hantu di tempat yang sepatutnya dia dengan tunangnya berjumpa. Irfan dan Badrul! Pulang sahaja ke rumah, Mona mendapat tahu bahawa tunangnya merupakan jiran di sebelah pintunya sahaja! Adakah tunangannya itu Badrul Syah? Lelaki yang suka mencari gaduh dengannya? “Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.” ~Bad “Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut ni pun boleh.” ~Mona. Atau tunangannya itu sebenarnya Amirul Irfan...? “Ala, Mona, bolehlah... tadi tengok macam tak best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa...” pap!! Tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia. “Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” ~Mona Semenjak mengetahui siapa tunangannya, hidup Mona mulai kusut dibelenggu rasa bersalah kerana pernah melayan tunangnya dengan buruk. Hubungan mereka juga sering diganggu pihak ketiga. Berjayakah Mona dan tunangnya mengatasi masalah itu? Dan, siapa seb
Cinta Dorayaki [PUBLISHED] by IzzaAripin
IzzaAripin
  • WpView
    Reads 28,600
  • WpVote
    Votes 848
  • WpPart
    Parts 21
"Alamak! Buku nota keramat aku tertinggal atas meja!" "Jangan jadi gila, Durrah. Dah lewat ni. Tak hilangnya buku nota tu." "Wei...penting. Nyawa aku tu." Malangnya buku nota keramat kepunyaan Durrah terlepas ke tangan Zharif sekali gus membuka ruang kepada lelaki itu untuk mendekatiDurrah. Walau pelbagai halangan dicipta oleh Durrah, Zharif tetap tidak mengalah hingga akhirnya berjaya memiliki gadis itu. Hati Durrah bagai dilambung dan dilapah apabila Zharif sering saja menghilangkan diri. Berhari-hari sampai berbulan-bulan. Sibuk sangatkah menguruskan bisnes sampai tiada masa untuk si isteri? Emil pula tak segan silu menagih kasih Durrah walaupun wanita itu isteri sepupunya sendiri. Namun dialah tempat Durrah bergantung harapan tatkala Zharif hilang tanpa khabar berita. Antara Zharif dengan Emil, ada apa sebenarnya? Zharif tak marah Emil sukakan Durrah. Emil pula terang-terangan ugut mahu merampas Durrah daripada Zharif. Durrah di tengah-tengah, tak tahu nak menangkan siapa. Antara Lanun dengan Gajah, Dorayaki nak pilih siapa?
Kahwin Dengan Aku Ajelah! by reeani
reeani
  • WpView
    Reads 45,181
  • WpVote
    Votes 947
  • WpPart
    Parts 15
Penerbitan Fajar Pakeer 2014 RM23(SM)/RM26(SS) Kata Hajah Rokiah kepada Muslim - "Ya, kahwin! Nenek rasa Mus kena kahwin untuk ubah sikap Mus yang tak ada sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri dan jugak diri orang lain." Balas Muslim pula - "Yang nenek rajin sangat pergi cari calon isteri Mus tu, kenapa? Kalau Mus nak kahwin nanti pandai-pandailah Mus cari sendiri. Nenek tak payahlah susah payah macam ni." Tapi, kalau nenek dengan cucu bertekak mestilah orang tua yang menang. "Kahwin atau turun pangkat!" Nak tak nak, Muslim terpaksa minta tolong dengan si pakar cinta bernama Sudin. Pertolongan Sudin telah menemukan dia dengan si gadis bernama Zara. Kali pertama tengok Zara, jantung berdegup macam baru lepas lari pecut 100 meter! Sampai tersasul cakap, "Okey! Saya setuju kahwin dengan dia." Terkejut Zara mendengarnya. Dan tanpa dia sangka, Muslimlah lelaki yang bakal buat hidupnya jadi huru-hara sampai terjebak dengan konspirasi kahwin paksa.