farel95's Reading List
2 stories
Mencari Si Pelengkap Hati by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 32,198
  • WpVote
    Votes 769
  • WpPart
    Parts 10
Tajuk: Mencari Si Pelengkap Hati Penulis: Farisha Imani Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-65-4 Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2015 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni CINTA. Mampukah cinta itu dipaksa? Jawapannya TIDAK bagi Nuha Huda. Kerana merasakan cinta itu harus dipupuk secara ikhlas dan jujur, Nuha menolak cinta suci yang dihulurkan oleh Cikgu Ihsan kepadanya tanpa berfikir panjang. Memasang impian dalam diam, Ihsan Zuhri sangat berharap Nuha Huda akan terbuka hati untuk menerima cintanya. Namun Nuha tetap dengan pendirian. Walau dia terhutang budi dengan Cikgu Ihsannya, hati Nuha tidak mampu diikhlaskan untuk mengorbankan dirinya dengan mengahwini Ihsan Zuhri! “Ya, Nuha terhutang budi dengan cikgu sekeluarga. Cikgu dah bagi Nuha kehidupan baru. Tapi... tapi itu tak bermakna Nuha akan sudi terima cikgu dalam hidup Nuha. Itu satu simpati namanya!” – Nuha Huda “Abang tak sekuat yang Nuha nampak. Abang tak setabah yang Nuha fikir. Sejujurnya abang nak paksa Nuha kahwin dengan abang. Abang nak paksa Nuha terima cinta abang. Tapi… soal hati siapa yang boleh paksa. Jadi sekarang, abang akan tunaikan permintaan Nuha dengan syarat, Nuha perlu pergi dari hidup abang dan keluarga abang!” – Ihsan Zuhri Episod bahagia Nuha bersama keluarga angkat kesayangannya berakhir di situ. Perginya Nuha tiada istilah untuk kembali. Lima tahun membawa diri, menjadikan Nuha Huda seorang wanita yang lebih matang. Matang untuk menguruskan perasaannya. Dia khilaf mengenangkan betapa kejamnya dia saat tidak mampu belajar untuk menerima cinta suci Ihsan Zuhri. Lagi pula, apalah yang budak sekolah tahu tentang erti hati dan perasaan, bukan?
Encik Suamiku Hipster by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 52,998
  • WpVote
    Votes 1,072
  • WpPart
    Parts 15
Novel Terbaru November Tajuk: Encik Suamiku Hipster Penulis: Hazel Jay Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-94-5 Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2015 Cara Pembelian : www.p2u.my / Aplikasi Karyaseni Hania telah melanggar tradisi keluarganya. Mengikut tradisi keluarganya, setiap keturunan ibunya perluberkahwin sebelum atau selewat-lewatnya pada usia 23 tahun. Namun, kala usianya sudah mencecah 25 tahun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami. “Aku dah tak ada pilihan. Mak aku tu duk membebel aje setiap hari sebab aku dah langgar tradisi keluarga dia. Umur aku tahun ni dah dua puluh lima tahun, tau? Boyfriend banyak kali ada, tapi seorang pun tak pernah nak menjadi. Sebab itulah aku pasrah ikut cadangan mak aku tu.”~ Hania Disebabkan terlalu tertekan kerana emaknya hampir setiap hari mendesak dia supaya berkahwin, dia pasrah menyerahkan hal jodoh kepada emaknya. Dia hanya boleh melihat bakal tunangnya itu selepas dia sah bertunang! Itu syarat yang emaknya telah tetapkan. Dua minggu selepas dia bertunang barulah encik tunang menghubunginya untuk berjumpa dalam keterpaksaan. “Helo cik tunang, awak ingat awak tu artis popular? Awak ingat awak tu Dato Siti Nurhaliza? Siap nak ada pihak TV berebut-rebut jadi penyiar tunggal ala-ala eksklusif majlis wedding kita? Awak ni memang kuat berangan, ek?” - Saffarin Alangkah terkejutnya Hania apabila melihat bakal suaminya ialah lelaki yang pernah dia jumpa sebelum ini dalam satu insiden pelanggaran yang tidak diduga. Siapa sangka, lelaki yang dia anggap ‘sesuatu’ itu ialah tunangnya! Haru-biru hidupnya. Selain itu, gaya pakaian bakal suaminya yang digelar fesyen hipster itu cukup dia tidak berkenan. Sebiji macam alien di matanya!