miss_ujayz's Reading List
3 stories
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 244,130
  • WpVote
    Votes 16,251
  • WpPart
    Parts 117
Kairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz membunuh kesemua ahli puak Kairi. Malangnya, Kairi berjaya melarikan diri tetapi dia tidak menyedari Rafiz mengekorinya sehinggalah tubuhnya yang cedera memakan dirinya dan menyebabkan dia pengsan di tengah hutan. Pada masa inilah Rafiz mengambil peluangnya untuk membunuh Kairi tetapi disebabkan keinginan lama yang mula muncul secara tiba-tiba, Rafiz tidak membunuh Kairi. Sebaliknya, dia membawa Kairi pulang bersamanya. Dia juga melindungi dan menyorok Kairi daripada ditemui kumpulannya. Apa yang berlaku selepas itu? Bagaimana puak Kairi terlibat dengan kemusnahan Bintang Kegelapan? Nak tahu? Bacalah dan menyelami hidup yang dijalani Kairi dan Rafiz sambil mereka berdua mengatasi masalah daripada Bintang Kegelapan dan juga kemunculan Bintang Kecerahan yang ingin memusnahkan Bintang Kegelapan. Cerita ni sebenarnya dah siap ditulis tetapi dalam buku. Saya akan pelan-pelan taip untuk kamu semua baca. Okey, selamat membaca XD
BLOODY FRIENDSHIP 2 : MANA-PHERE (BM Version) [STOP] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 25,671
  • WpVote
    Votes 1,997
  • WpPart
    Parts 39
Putera Azrael Moncheisto terpaksa meninggalkan tempat tinggalnya untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh. Dia dibawa ketua pegawai keselamatan negaranya, Roxes Kalas ke Akademi Crownis Dragon, jauh dari negara mereka. Di akademi ini, Azrael menjalankan hidup menyamar sebagai Azzel Fe Rozz. Dia bertemu beberapa rakan rapat yang menghiburkan kehidupan sehariannya. Tetapi, yang menarik perhatiannya adalah remaja lelaki yang senyap seribu bahasa dan juga roommate yang akan menemani Azrael ke tahun akhir di akademi itu. Yang mengejutkan, nama samaran Azrael sama dengannya, Azzel tetapi namanya Azzel Le Terrance atau lebih gemar dipanggil El. El mempunyai masalah sendiri. Kehidupan sunyinya mulai cerah dengan kehadiran Azrael. Dengan pertolongan Azrael, El dapat menyelesaikan masalahnya. Sayangnya, aman tidaklah sentiasa di sekeliling mereka apabila ada pula serangan mengejut daripada satu musuh yang tidak diketahui mereka. Akademi mereka diserang dan Azrael serta semua pelajar akademi terpaksa dipindahkan ke Akademi Leunhook di negara sebelah bagi perlindungan. Perjalanan Azrael ke Akademi Leunhook terhalang apabila terdapat serangan daripada penunggang naga. Dengan kehadiran Lazw dan naganya, Slirre, mereka dapat atasi musuh mereka dan tiba di akademi Leunhook. Malang tidak berbau, ada pula sekumpulan orang yang mahu menculik El. Selamatkah El dan ke mana mereka ingin membawanya? Apa yang Azrael lakukan untuk menyelamatkan El? Kuasa apa yang dunia Mana-Phere ini miliki pula ? Untuk pengetahuan semua, Bloody Friendship 2 ini ada kaitan dengan Kairi dan lain-lain dalam buku Bloody Friendship (Versi BM). Sesiapa yang belum baca buku siri pertama Bloody Friendship boleh pergi ke laman saya. Nak tahu camna pula kisah siri Mana-Phere ini pula, saksikan pengembaraan Azrael, El dan rakan-rakannya XD