itakimin's Reading List
1 storia
PENGANTIN RAMADAN di AmeeraAmeer6
AmeeraAmeer6
  • WpView
    LETTURE 2,092
  • WpVote
    Voti 30
  • WpPart
    Parti 10
Author : Ameera Ameer ISBN No : 978-967-18213-0-5 Publisher : AA Idea Publication Price : RM33 For Order : 011-59800324 (Whatsapp) "Maaf mencelah tapi kalau pak Harun tak keberatan, saya bersedia berkahwin dengan Ara." - Herman Sebaris ayat itu benar-benar merubah kehidupan seorang Adra Nur. Kerana fitnah, dalam sekelip mata sahaja dia bakal menjadi seorang isteri kepada lelaki yang tidak dikenali. "Macam mana Ara nak reda kak kalau Ara tak kenal dengan bakal suami Ara?" - Adra Bagi Herman pula, peluang itu ibarat bulan jatuh ke riba. Keinginannya untuk beristeri sudah terpampang di hadapan mata setelah beberapa orang calon pilihannya ditolak mentah-mentah oleh ibunya. "Elehhhhh! Buat muka kesian konon. Tapi ada mak tak bagi kau kahwin? Ada? Ada?" - Mak Cik Yah "Memanglah tak ada tapi calon Man asyik mak reject aje," - Herman "Cuba kau fikir, macam mana mak nak setuju kalau pilihan kau tak senonoh semuanya? Si Milah tu, umur dah 45 tahun. Tak ada yang muda lagi kau nak kahwin? Baru kahwin lima enam tahun dah menopos dah dia. Berangan nak anak selori. Kau ingat dia kucing boleh beranak lima enam kali setahun?" - Mak Cik Yah Sayangnya perkahwinan itu tidak disenangi oleh mak cik Semah dan Suhaila kerana rancangan mereka untuk menyatukan Adra dan samseng kampung bernama Leman tidak berjaya. Sejak itu juga kebencian mereka kepada Adra semakin menjadi-jadi. Adra dan Herman, mereka berbeza tetapi perbezaan itu semakin merapatkan mereka. Melayan sikap Herman yang agak kebudak-budakan dan gila-gila, hidup Adra penuh dengan gelak dan tawa. "Elehhh! Takut abang Man mengintailah tu kan?" - Herman "Eh! Tak. Bukan macam tu. Hurmmm....Ara...Ara...tak selesa." - Adra "Alaaa...kalau abang Man mengintai pun bukannya berdosa. Bini abang Man bukan bini jiran sebelah," - Herman