tulipsbiru's Reading List
24 stories
Gengster Tu Aku Punya! by cuteflwara
cuteflwara
  • WpView
    Reads 9,546,020
  • WpVote
    Votes 488,041
  • WpPart
    Parts 72
Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku punya. Ayna Maisarah dan Alief Danyel yang terikat kerana masalah keluarga. Bukan kehendak hati. Tetapi terpaksa. Ye, sangat clichè, tetapi akhirnya cinta mereka melengkapi antara satu sama lain. "You are mine. You are mine to keep and to love" - Alief Danyel "No. Not anymore. Your baby girl is gone. Berhenti lah Alief Danyel." - Ayna Maisarah. Mungkin cuma percintaan budak sekolah biasa. Tetapi kisah mereka lebih luar biasa. It took a long time to realize that people love differently. WARNING: this story contains extremely cringy and cheesy typical love story. also, maybe at some point it doesn't make sense. i've strictly warned you, please don't give me shit in the comments. to the one who enjoyed this book, thank you<3 © cuteflwara 2017 [completed]
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,765,486
  • WpVote
    Votes 139,899
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Jodoh Ke Bodoh?  by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 620,071
  • WpVote
    Votes 23,601
  • WpPart
    Parts 144
Amanda Farina... Nama seindah orangnya tetapi kehidupan yang dilaluinya langsung tidak seindah yang diharapkannya. Bukan kehidupan begini yang dia mahu. Dia mahu hidupan yang lebih cerah pada masa hadapan namun Hardy telah merosakkan segala impiannya. Kemunculan Harris sebagai galang ganti dan penyelamat kepada maruah Farina menyebabkan Hardy rasa tercabar. Plan yang selama ini diatur difikir akan memberi kepuasan kepadanya namun adalah sebaliknya. Niatnya membalas dendam pada Harris melalui Farina tidak menjadi. Dhuhaa Sofea... Setelah dikecewakan oleh lelaki yang dia betul-betul suka, ditekadkan hati agar tak memutikkan rasa cinta pada lelaki itu kembali walaupun sedikit. Setelah beberapa tahun berpisah, akhirnya berjumpa kembali dengan Sofea yang kini lebih anggun membuatkan hati Faliq terusik. Namun, ego mengatasi. Sanggupkah dia menjilat ludahnya kembali hanya kerana cinta? Daliya Zahra... Tengok sahaja kecik tapi bab melawan memang pro. Tambah-tambah lagi dengan bodyguard yang dia benci. Urgh! Menyemakkan hati. Megat Naufal Iskandar cuba mendapatkan cinta daripada Daliya. Macam-macam usaha dilakukan untuk memikat hati Daliya namun tak berjaya. Nia Safiya... Selembut mana pun hatinya, dia masih membekukan hatinya untuk memberi cinta kepada mana-mana lelaki. Lelaki semua tak boleh pakai! Semuanya hanya mainkan perasaan wanita! Walaupun sekeras mana hati Nia, Farhan cuba untuk mendapatkan hati Nia melalui cara lembut. Disabarkan hati hanya untuk orang yang dia sayang. Apakah pengakhiran kisah Farina dan Harris apabila Hardy datang untuk menuntut dan menagih cinta dari Farina serta anak yang dikandung oleh Farina? Bagaimana pula kisah Dhuhaa Sofea, Daliya Zahra dan Nia Safiya? Mampukah Faliq, Megat Naufal Iskandar dan Farhan mendapatkan cinta sejati mereka?
Aku Perempuanlah ! [COMPLETE] by gvanista
gvanista
  • WpView
    Reads 333,043
  • WpVote
    Votes 15,181
  • WpPart
    Parts 67
Putri Bella, seorang gadis yang ceria dan bersikap boyish. Bella mempunyai kisah pahit yg membuatkan dia bertukar menjadi boyish. Namun dengan kehadiran seorang jejaka yang bernama Redza telah membuatkan sikap boyish bella beransur hilang. apakah kisah pahit itu? Bagaimanakah Redza berjaya mengubah sikap bella ? Apakah pengakhiran mereka ? Ada orang ketiga keempat kelima ke ?
Jodoh by ohsarahea
ohsarahea
  • WpView
    Reads 186,890
  • WpVote
    Votes 7,592
  • WpPart
    Parts 35
Kisah seorang gadis yg berumur 16 tahun . Kecil molek orangnya. Siapa yang melihat pasti akan terjatuh hati. Dengan senyumannya itu,semua boleh terpikat. Bila melihat perangai gila-gila itu semua orang tidak akan percaya. Bila Moody! Senyum pun tak nak ni kan nak tegur, kalau tegur nasib lah! Hobi yang paling suka ialah mengacau Abang pengawas pujaan hatinya itu. Tapi Sejak satu peristiwa dia telah mula senyap Dan tiba - tiba menghilangkan diri. Kemanakah dia menghilangkan diri? Kenapa tiba-tiba? Bertemukah kembali mereka? Apa yang akan terjadi Dan apa yang telah terjadi? Adakah jodoh mereka bersama??
Pergi by danielrazakk
danielrazakk
  • WpView
    Reads 64
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 2
Kisah ini menceritakan tentang pengorbanan seseorang lelaki demi melihat perempuan yang disayanginya tersenyum dan bahagia walaupun tidak bersama dirinya. Dia akur melihat gadis yang dicintainya pergi setelah dia mengorbankan hampir seluruh harinya semata-mata ingin melihat ukiran senyum di wajah wanita tersebut.
Gengster Terguris by Polkadot_Adwa
Polkadot_Adwa
  • WpView
    Reads 689,519
  • WpVote
    Votes 23,918
  • WpPart
    Parts 110
Alif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan diri kerana tidak tahan dengan keluarga sendiri. Dicurangi dengan kekasih dan kawan yang sanggup menikamnya dari belakang.Sejak itu, dia mula berjinak dengan dunia gengster. Baginya, cinta dan kasih sayang itu tak perlu ada dalam dirinya. Kehadiran Dayah membuat hatinya keliru. Kembali mendekatnya dengan kasih yang sangat dia rindu dan sayang yang dia cari...tapi dia tak nak tersakiti lagi... Dayah Hanya kerana ingin ingin menyambung pelajaran, dia terpaksa berhutang dengan Dato' Kamal. Sekarang dia perlu membayar hutang beribu-ribu atau berkahwin dengan Dato' Kamal. Baginya, berkahwin sama dengan dia mengulang cerita ayahnya. Kehadiran AD membantunya menyelesai masalah malah turut membuat hatinya bergetar. "AD..aku nak kau dan Farid jaga pompuan ni..jangan biar dia lari..Dato' dah janji nak bayar tinggi kita kalau tak terlepas sampai tarikh nikah dorang. Aku percayakan kau.." kata Johnny. "Ok...Janji bayar.." kata AD. "Aku tak mau kahwin dengan orang tua kerepot tu... hangpa paham bahasa dak ?? Dah la tua, miang,gemok.... aku tak mau la kawin dengan dia...lepaskan aku !!! Jangan sampai aku repot polis... !!! " Dayah menjerit dengan loghat Kedahnya. AD berkata " Eh, makcik...diam...!!! Jangan sampai aku selotape mulut kau. Bising tau tak ?? Tak payah nak loghat utara sangat kat sini. Buruk.. !! " Tolong aku.. -AD Tolong apa ? -Dayah Tolong diam..- AD. Pergaduhan itulah merapatkan mereka. Muncul Haikal kawan lama Dayah ketika menyambung belajar di Australia dulu. Dia menawarkan pekerjaan dan hatinya untuk Dayah. Aku tolong kau cari kerja sebab kau kawan aku Dayah. Ada lagi satu tempat kosong untuk kau kerja.. - Haikal. Dekat mana ? - Dayah Sini.. - Haikal menunjukkan hatinya. Apa kesudahan GT ?? Kena baca. :)
My Husband Mr Bully? by starsvanilla
starsvanilla
  • WpView
    Reads 1,722,583
  • WpVote
    Votes 82,401
  • WpPart
    Parts 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwin dengan calon pilihan papanya. Dan paling teruk pilihan papanya ialah Adrian Harris! Adrian Harris. Namanya cukup gerun apabila disebut. Adrian memiliki pakej yang lengkap iaitu kacak, pandai, kaya, dan berbakat. Tetapi dia ialah pembuli?! You are really bad guy Adrian. "Awak ni tak cukup ke dah hancurkan zaman sekolah saya? Apa yang awak nak lagi daripada saya?"- Mia Elysha "Aku ni macam chewing gum. Kalau dah lekat, kau susah nak tanggalkan"- Adrian Harris Apa akan jadi apabila senior yang selalu bulinya muncul kembali? Saksikannya dalam novel My Husband Mr Bully?
6 Royals by Insyirahlm
Insyirahlm
  • WpView
    Reads 2,357,670
  • WpVote
    Votes 144,322
  • WpPart
    Parts 73
Tentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-masing terlibat dalam pelbagai tragedi yang meragut nyawa. Keluarga angkat yang hanya memberi layanan sampah kepada mereka. Layanan sebegitu membuatkan setiap mereka degil dan nakal di sekolah. Kehidupan mereka berputar 360° tatkala permaisuri negeri mengambil mereka menjadi cucu angkat permaisuri. Nasib menyebelahi mereka. Semua berubah. Dihantar pula ke sekolah lain. Sekolah yang jauh lebih baik. Bagi permaisuri, sekolah yang baik. Tidak pada mereka. It's Hell! Luthfi Ardaniey, Nashran Arash Farish Arizshah, Danniel Hafiez, Zarith Zafran dan Iqram Danish. Jejaka-jejaka idaman setiap pelajar perempuam di sekolah. Tapi tidak pada si puteri-puteri. So, What's Next?
Isteriku Miss Cinderella by pinkcaramell
pinkcaramell
  • WpView
    Reads 256,579
  • WpVote
    Votes 8,410
  • WpPart
    Parts 52
[COMPLETED] Kisah perit hidup Nayla menguasai dirinya apabila kedua-dua orang tuanya meninggal akibat tragedi kemalangan yang sangat mengerikan. Kemalangan orang tuanya dicop oleh pihak polis serta orang ramai sebagai kemalangan biasa atas kecuaian pemandu. Adakah misteri disebalik kematian ibu bapanya dapat dirungkai? Pahit bertukar manis setelah dia dan Daniel dipertemukan dalam satu situasi. Perkenalan mereka pada awalnya pahit tetapi bertukar manis setelah pelbagai rintangan dan kenangan yang mereka berdua cipta! "aku janji akan lindungi kau sampai nafas terakhir aku" - Daniel Firash Aqil, seorang jejaka yang juga menaruh hati kepada Nayla terpaksa bertarung dengan Daniel untuk mendapatkan Nayla. Dia tidak pernah berputus asa untuk memenangi hati Nayla. "Nayla, sudikah awak menjadi kekasih saya?" - Aqil Pemergian Daniel yang memakan masa bertahun memberikan ruang buat Aqil bagi mengorak langkah dalam merebut hati Nayla. Ditambah pula dengan Daniel yang langsung tidak memberikan apa-apa khabar tentang pemergiannya lagi membuatkan Aqil melangkah maju dalam meniti cinta Nayla. Adakah cinta Nayla tercipta buat Aqil? ataupun Daniel? ¶¶Because you're the one who changed my world into a better one...¶¶ stay tuned!❤