AdaHaris27's Reading List
3 stories
Memori Mardhiyah (Completed) by DrSinsin
DrSinsin
  • WpView
    Reads 851
  • WpVote
    Votes 52
  • WpPart
    Parts 28
Setelah sembilan tahun berpisah, akhirnya Safiyah dapat bersua semula dengan sahabat baiknya yang bernama Mardhiyah. Namun, kepulangan itu menjadi suatu misteri apabila Mardhiyah kehilangan memorinya dan tidak mengenal Safiyah lagi sebagai sahabat sehidup semati. Safiyah perlu mencari seorang budak yang dikatakan mampu memulihkan memori seseorang yang hilang untuk merungkai apa yang terjadi kepada Mardhiyah setelah sembilan tahun mereka berpisah serta mengembalikan diri Mardhiyah yang dulu yang sentiasa menghibur masa luangnya. Namun, usahanya itu semakin rumit apabila Safiyah juga baru mengetahui yang ayah Mardhiyah sedang berusaha untuk membunuh Mardhiyah atas alasan yang belum pasti. Bahkan, kehadiran seorang lelaki misteri dalam hidup Safiyah menambah lagi kekeliruan dalam usahanya tersebut.
THE DEFECTIVE by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 39,560
  • WpVote
    Votes 3,653
  • WpPart
    Parts 61
Souliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos mempunyai kecacatan Soul yang kekal, dia terus menjadi manusia asing yang dipulaukan dalam kerajaan Aryan hatta dalam keluarganya sendiri. Mikhayl sudah lama menerima takdirnya itu. Dipandang rendah, dipulau, dikutuk belakang? Itu benda biasa bagi Mikhayl yang dia boleh hadap sambil senyum selamba dan muka poker. Namun bila suatu hari dia diberitakan yang dia akan ditunangkan dengan Rayyan, idola dan heronya, Mikhayl: *(O v O)* --------------- Rayyan, The Fallen Hero. Itu gelaran yang sesuai baginya. Akibat diserang Spirit Beast, Soul Weaponnya rosak teruk, sekaligus mencedera-parahkan Soul Forcenya. Dia yang dahulunya berdiri di puncak sebagai antara pahlawan terkuat kerajaan Aryan, kini tidak lagi kedengaran namanya, pudar dari bicara semua. Bila mendapat tahu yang dia akan ditunangkan dengan seorang gadis yang cacat Soul Forcenya sejak lahir, Rayyan pasrah. Kerana dia pun serupa sahaja. Namun dia tak sangka pula tunangnya itu merupakan peminat tegarnya. Dan kemudian baru dia sedar, tunangnya itu sebenarnya merupakan seorang gadis yang genius, berotak mesin fotostat, dan sangat mahir berlawan. Status: Book I - Completed
Rise of The Emperor [Completed] by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 137,638
  • WpVote
    Votes 14,248
  • WpPart
    Parts 188
Di sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri dengan kekuatan baru untuk membalas dendam. Berita kekejamannya tersebar ke semua clan beast sehingga dia digelar, The Reaper. Dan suatu hari, beast separuh manusia yang terkenal dengan kekejamannya itu dipertemukan dengan seorang budak manusia. Haraki: "Apa seekor beast buat, membela seorang manusia?" Momo, seorang budak misteri yang tidak diketahui asal-usulnya itu dipelihara oleh seekor beast. Momo: "Terima kasih pak cik!" Haraki: "Jangan panggil aku pak cik." Momo:"..... Mak cik?" Haraki: "..... Panggil aku Aki." Haraki yang pada asalnya ingin menjadikan manusia itu sebagai juadahnya tiba-tiba membuat keputusan untuk mengambil alih, membela budak tersebut???? Haraki beberapa bulan kemudian: "Jangan berani-berani sentuh anak aku!"