w3ndyY3ng
"Leave a message, when no one else is near you, so no one else can hear you. Tell me everything."
Sarah berhentikan lagu tersebut. Dia masih termenung ke arah yang dia masih tenung di tempat sama. Dengan mata yang bengkak dan berair, dia mengigit kukunya. Apabila memori lama datang kembali menjenguknya, dengan serta merta air matanya tumpah dan dia menjerit sepenuh hati.
Sarah mainkan semula lagu tadi dengan dilinangi air mata.
"Leave a message, when there's no one else around, i don't wanna hear it now but can't seem to turn you down. Leave a..... Sorry i lost you, but i got something to say before i leave"
Sarah terus mencampakkan ipodnya itu sehingga jatuh berkecai. Dia terus mendapatkan telefonnya dengan nafas tercungap cungap dan mendail nombor yang telah lama tidak dihubungi. Dia meletakkan telefonnya di telinga. Selepas suara perempuan menjawab dan disuruh tinggalkan pesanan selepas bunyi bibb, Sarah bersuara.
"Sorry i lost you, but i got something to say before i leave. I'm sorry tak dapat cari penawar untuk aku. Aku dah berusaha namun hasilnya tetap sama. Aku akan cari kau sebab kau satunya ada penawar untuk aku" ujar Sarah tersedu sedan
Dia mencampakkan telefonnya dan rebah ke atas katil. Dia tidak dapat bernafas seperti biasa. Terus dia tersenyum dan pejamkan mata.
"Terima kasih kegelapan sebab selama ni selalu berada di samping aku dan tidak pernah jauh dari aku. Buatkan aku tidak lagi seperti aku yang dulu. Sekarang tiba masanya untuk kau pergi jauh dari aku sebab aku dah tak tahan jadi Sarah seperti ini."
Mengapa dengan Sarah? Peristiwa apa yang telah membuatkan memori gelapnya sentiasa membungkus dirinya sehingga tidak lagi ketawa seperti dia yang dahulu?