miszspicy's Reading List
4 stories
Trapped By You by thbldsrd
thbldsrd
  • WpView
    Reads 160,046
  • WpVote
    Votes 3,560
  • WpPart
    Parts 12
Dibawah 18 tahun gak usah baca. Yang gak suka juga gak usah baca. Ini story yang saya buat dari short story saya sendiri dengan judul yang sama. Yang mau baca di short story dulu juga silahkan biar lebih tahu. Gak baca short story juga gak apa-apa sih. Terserah aja.
Kerana Dia Manusia Biasa- Wan Nur Najihah by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 299,890
  • WpVote
    Votes 1,755
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Kerana Dia Manusia Biasa Penulis: Wan Nur Najihah Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-80-8 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. “Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan. “Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil “Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.
Aku, Dia dan Stiletto by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 42,546
  • WpVote
    Votes 931
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: Aku, Dia Dan Stiletto Penulis: Sri Sarah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-83-3 Harga: RM33 (Semenanjung) // RM36 (Sabah & Sarawak) Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje. “Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF “Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.
My Indo Chick by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 3,062
  • WpVote
    Votes 43
  • WpPart
    Parts 1
Tajuk: My Indo Chick Penulis: Marissa Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-59-8 Harga: RM19 (Semenanjung) // RM22 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni RAY jejaka tampan yang sudah bertahkta dalam hati Indah Natasya sejak mula, sering saja membuatkan kepala Indah serabut dengan kerenahnya yang selamba dan sedikit angkuh. Tapi disebabkan sayang, Indah pendamkan saja. Mahu diapakan lagi? Nasib badanlah… Siapa suruh gatal bercinta dengan lelaki kerabat diraja itu? “Awak tak takut ke kalau-kalau ada artis yang berkenan kat saya? Manalah tahukan…” - INDAH NATASYA “Awak, tak ada artis yang berkenan kat awak tu. Kalau adapun, sah artis tu hilang skru. Percayalah, selain saya, tak ada siapa yang sanggup ambil awak jadi kekasih.”- RAY “Tapi awak jangan menyesal nanti.” - INDAH NATASYA “Jangan nak perasan lebih-lebih. Tengok cermin dulu kalau masih tak sedar diri. Lawak betullah awak ni.” - RAY Namun kehadiran Gibran Alias, seorang pengurus artis membuatkan pandangan Indah Natasya tentang lelaki dan cinta berubah sama sekali. Rupa-rupanya ada yang lebih istimewa daripada Ray. “Nama saya Gibran Alias. Umur saya 30 tahun. Saya pengurus artis syarikat Prime Rekod. Dan saya handsome orangnya.” - GIBRAN ALIAS Aduhai, serius tak boleh blah mamat ni. Suka buat Indah ketawa, suka buat perasaan Indah berbunga-bunga. Tetapi hati Indah hanya ada satu. Mana boleh dilapah jadi dua? Dan satu-satunya hati itu mahu diserahkan kepada siapa? Kepada Ray yang bajet bagus itu atau kepada Gibran yang ala-ala kadar saja? Entahlah…