shantopilla's Reading List
6 historias
Rindu Awak 200% por iamnazuren
iamnazuren
  • WpView
    LECTURAS 7,653
  • WpVote
    Votos 95
  • WpPart
    Partes 6
ZILL FAEZRUL IQBAL - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang, tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya, rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku-sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
Mamat Muka Selenga por AlieshaKirana
AlieshaKirana
  • WpView
    LECTURAS 49,054
  • WpVote
    Votos 1,301
  • WpPart
    Partes 19
ORANG cakap, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau baru tengok muka pun dah meluat gila-gila, macam mana nak suka, apatah lagi nak jatuh cinta? Aku bukanlah nak memilih sangat bab mencari jodoh ni, tapi kalau boleh nak la juga bakal suami aku tu orangnya sedap mata aku memandang, sebab aku nak bersama dia seumur hidup, dan kalau boleh sampai ke syurga! Jadi tak salahkan kalau aku memilih? Dan nak buat macam mana kalau kategori sedap mata memandang aku itu rupanya macam Kim Soo Hyun, Lee Min Hoo atau paling kurang pun Syarul Ridzwan? Tak salahkan? Haha. Tapi dalam banyak-banyak pilihan yang ada, kenapa dia juga yang muncul dalam hidup aku? Kenapa mesti dia? Putih-putih melati, merah-merah delima, dalam banyak-banyak lelaki, kenapa mesti dia?
Cinta Yang Bermakna por Yu_nie
Yu_nie
  • WpView
    LECTURAS 2,130
  • WpVote
    Votos 29
  • WpPart
    Partes 3
"Mama maafkan Sya,memang bukan Sya yang buat!."-Airisya Nabella "Hei,kau ingat aku nak percaya ke dengan kata-kata kau tu?.-Puan Anisa "Tak payah nak percayakan kata pompuan yang tak sedar diri ni,ma.Dasar tak kenang budi!.Memang dia yang sengaja buat macam tu dekat mama.-Aliya Natasya Sudah banyak penderitaan yang telah dilalui olehnya namun dia masih dapat bertahan.Airisya Nabella,seorang gadis biasa yang telah banyak menerima penderitaan sejak kecil lagi.Tambahan lagi,dia dibenci oleh keluarga kandungnya sendiri.Dia hanya mampu pasrah. Puncanya keluarga kandungnya membenci dia ialah akibat rahsia yang besar yang tiada sesiapa pun yang tahu.Namun ada seseorang yang sangat menyayanginya dalam keluarga itu Akhirnya dia dijodohkan dengan seorang lelaki akibat daripada satu rombongan meminang yang meminangnya untuk putera mereka.Siapakah lelaki itu?.
Cinta Hati Sayang por karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    LECTURAS 68,845
  • WpVote
    Votos 1,380
  • WpPart
    Partes 15
Tajuk: Cinta Hati Sayang Penulis: Hairynn Salehuddin Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-74-6 Harga: RM25.00 (Semenanjung) // RM28.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Disember 2015 KAPSYEN Dendam dan cinta saling bersaing. Akhirnya hanya satu yang terpilih. CARL ZARIF... Hatinya begitu terusik setiap kali melihat penderitaan adiknya, Carl Naim. Dia perlu menuntut bela atas penderitaan adiknya. Mana mungkin dia akan biarkan darah dagingnya merana tanpa pembelaan. Dia pasti akan lunaskan dendamnya itu. Pasti! LARA ALINA... Tiada apa yang lebih penting dalam hidupnya selain Sofea Yasmin. Anak kecil yang dijaga sejak kecil lagi sehingga terpaksa mengorbankan pengajiannya. Tiada perasaan benci kepada Hana Kamila kerana meninggalkan anak kecil ini. Dan hidupnya penuh dengan kasih sayang. Tanpa diduga, ada kisah di sebalik kematian Hana Kamila. Ada hubungan yang masih terjalin dan belum terputus. Atas sebab itu Lara Alina akur dan berkongsi kasih membesarkan Sofea bersama insan yang masih menyayangi dan sanggup menerimanya. "Papa dan mama mahu mereka jadi sebahagian daripada keluarga kita." ~ Tan Sri Roslan Permintaan Tan Sri Roslan itu tidak dapat diterima oleh Carl Zarif. Biarpun seluruh keluarganya dapat menerima kehadiran mereka berdua, tetapi tidak bagi Zarif. Walaupun Hana Kamila sudah tiada, perasaan dendam tersebut kini beralih pula kepada Lara Alina. "Aku tak dapat kau, aku akan buat adik kau pula merana. Bersiap sedialah Lara Alina!" ~ Carl Zarif
Jauh Dari Jodoh por Mysxerra
Mysxerra
  • WpView
    LECTURAS 9,287
  • WpVote
    Votos 172
  • WpPart
    Partes 12
"Dalam hidup ni, jumpa yang bodoh barulah jumpa jodoh.." -Syaifiqa Annur "Cinta sejati tak wujud, kalau wujud sekali pun, semestinya bukan aku menjadi salah seorang daripadanya" -Shafiq Shahmi Berlatarbelakang yang berbeza Syaifiqa dan Shafiq bertemu dalam kejadian yang tidak dirancang. Percaturan yang diatur oleh Shafiq menemui jalan buntu apabila dia dan Shaifiqa ditangkap khalwat. Kejadian yang sememangnya tidak diingini oleh seorang gadis pedalaman seperti Shaifiqa. Mampukah Shaifiqa menghadapi kenyataan tersebut? Dapatkah Shafiq menyelami dan memahami erti sebenar cinta? Semuanya terbongkar di sini..
Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama) por karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    LECTURAS 270,435
  • WpVote
    Votos 4,689
  • WpPart
    Partes 15
Judul : Tuan Anas Mikael Penulis : Syamnuriezmil Penerbit : Penulisan2u Semenanjung : RM25 Sabah/Sarawak : RM28 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.