my tralala
10 stories
CINTA MAFIA aka HANTU MAFIA WARS by AeinDhiyauddin
AeinDhiyauddin
  • WpView
    Reads 1,016
  • WpVote
    Votes 31
  • WpPart
    Parts 1
cerita zaman gila2 main game mafia wars. sekarang dah say goodbye forever.
Abang BMW Merah by AeinDhiyauddin
AeinDhiyauddin
  • WpView
    Reads 3,251
  • WpVote
    Votes 126
  • WpPart
    Parts 2
Cerita ini zaman remaja ketika bekerja sebagai cashier stesen minyak. Buat kat Zuleha this is for you jongos. Rindu saat2 kita dengar lagu hindustan sambil mop lantai. Rindu jugak abang-abang tanker minyak yang gila-gila dan baik hati. Buat abang BMW Merah saya abadikan awak dalam karya saya. Kita tetap kawan sampai bila-bila. En Aziz... Dah lima belas tahun berlalu lesen turun minyak saya tak dapat lagi.
Sayang, Anak Mak! by nojie09
nojie09
  • WpView
    Reads 4,176
  • WpVote
    Votes 80
  • WpPart
    Parts 15
BLURB "Patutnya abah bersyukur sebab Amani tak habiskan masa dengan teman lelaki. Bercouple tu kan haram." Amani menggelabah dengan permintaan karut abah. Permintaan itu, tak pernah dibuat dek abah orang lain. Nak kenalkan macam mana, kalau dia tak ada teman lelaki. Yalah, dia ni perempuan jenis kasar, berani dan hobinya pula merempit. Sudahnya, dilantik anak mak itu sebagai hero untuk drama sebabak 'pakwe makwe' yang akan diarahkan dan dilakonkan sendiri. "Saya kan, ada? Saya boleh kahwin dengan Amani!" Dek kerana lafaz janji spontan Hafiey, drama sebabak 'pakwe makwe' dengan Amani sudah menjadi realiti yang tiada tamat tempoh. Mereka berdua diikat dalam ikatan dan direstui oleh keluarga sampai hujung nyawa, walau kahwin tanpa kerana cinta. Malam pertama, Hafiey dah kena denda. Itulah! Siapa suruh memandai yang bukan-bukan dengan Amani, anak askar pencen tu. Anak mak bukan sebarang anak mak. Anak mak ni, berani mengakui perasaan sendiri. Tak seperti lelaki lain kat luar sana. Hafiey mengaku suka dan sayang pada Amani. Tapi bila masuk soalan seterusnya, anak mak ni dah jadi bingung kejap. "Kau...cintakan aku?" "Cinta. Apa maksudnya, ya? Mak tak pernah ajar pulak fasal cinta." Bila Hafiey melancarkan kempen memikat, Amani dah menggelabah. Senyuman Hafiey dirasakan lagi manis daripada gula. Risau! Kalau dibiarkan dia terkena penyakit diabetes cinta Hafiey. Tapi, Hafiey tak pernah mengalah. Dia menantu askar pencen. Jadi, haruslah berjuang sebelum mengaku kalah. Baru saja perasaan cinta hendak berputik, rumah tangga mereka diuji. Muncul pula Fatin aka kekasih Harraz, dalam misi merebut semula Hafiey yang sepatutnya menjadi miliknya. Bercinta dengan si abang, tetapi di hatinya hanya ada si adik. Mampukah cinta Hafiey dan Amani yang baru berputik itu melawan anasir luar yang mahu merosakkan rumah tangga mereka? Bolehkah rumah tangga dibina bertahan, andai di hati ada rasa curiga pada keikhlasan pasangan?
Misi Memikat Cik Hitler by nojie09
nojie09
  • WpView
    Reads 2,439
  • WpVote
    Votes 97
  • WpPart
    Parts 7
"Sudi tak kahwin dengan saya?" - Naurah Naurah buat kerja gila dengan melamar lelaki tidak dikenalinya hanya kerana mahu membalas balik permainan Umar terhadapnya. Cinta disangkakan ikhlas, rupanya hanyalah pertaruhan Umar dan rakan-rakannya. Sudahnya, diheret pula lelaki yang langsung tiada kaitan dalam hidupnya. Lelaki yang langsung tidak diketahui asal usulnya. Paling penting, lelaki tidak diketahui namanya. "Nama bakal suami pun awak tak tahu, kan? Kalau awak tak ambil dadah, tak mabuk ketum, macam mana awak boleh buat kerja gila macam semalam?!" - Zhariff Zhariff betul-betul marah dengan kerja gila dibuat oleh Naurah a.k.a Cik Hitler. Dia ingat kahwin ni senang? Boleh petik orang macam tu saja? Ingat lepas kahwin tu habis kat situ saja ke? Dan ia tak habis selepas ijab dan kabul tapi ia baru bermula! Kata orang, bercinta bertahun pun belum tentu kenal hati budi pasangan, kan? Ini kan pula pasangan yang berkahwin tanpa sempat mengenali hati budi masing-masing. Huru-hara jadinya. "Saya tak pernah lupa siapa saya pada awak. Saya suami awak. Dan awak isteri saya." - Zhariff "Tapi awak lupa, kita berkahwin sebab kepentingan sendiri." - Naurah Pada Zhariff, bila ijab dan kabul dilafazkan, Naurah sudah menjadi isterinya. Jadi, suka atau tidak Naurah itu sudah jadi tanggungjawabnya. Dia nekad, hati keras Naurah harus dilembutkan. Maka, bermulalah misi memikat Cik Hitler. "Boleh tak awak cakap kat guard bawah tu." "Cakap apa?" "Cakap saya ni suami awak. Susah tau nak masuk sini. Sebab guard tu tak izinkan saya masuk." "Memanglah. Dah dia tak kenal awak." "Jadi, awak cakaplah kat dia saya ni suami awak." "Nak buat apa?" "Senang nak lepaskan rindu pada awak." Bermacam cara sudah Zhariff lakukan untuk memikat hati si isteri a.k.a Cik Hitler termasuklah menghantar makanan untuk makan malam ke rumah isterinya, namun Cik Hitler tetap berhati batu. Mampukah Zhariff meneruskan misinya untuk memikat hati Cik Hitler sedangkan pada Naurah semua lelaki sama saja?
Kerana Aku Isteri Bidaan by tulip_ungu
tulip_ungu
  • WpView
    Reads 235,326
  • WpVote
    Votes 700
  • WpPart
    Parts 21
Karya keempat Tulip Ungu ini berkisarkan mengenai Raina yang terperangkap dalam dunia GRO gara-gara percaya dengan janji kekasih hati yang membawanya lari dari dunia kampung dan dunia Farel. Hari pertama bertugas, dia bertemu Emad dan mengikat kontrak untuk kekal sebagai teman mesra Emad di kelab. Raina yang dahulunya degil, liar, melawan, menambah perangai lagi. Manja, seksi, gedik demi tuntutan tugas dan keselamatannya. Suatu hari Farel muncul di depannya. lelaki yang difitnahnya dan ditinggalkan pula pada malam pernikahan mereka namun lelaki itu juga yang membidanya dari TTF. Rumah tangga mereka ada pasang surut. Ada rentak 3S - seksa, seksi dan syurga. Disangka matahari hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Rupanya rumah tangga mereka cukup rentak, memporak-perandakan hati dan tragis juga. Apakah yang berlaku dan tindakan Farel seterusnya tatkala Raina masih sukar mengubah cara hidup GROnya? ************ Novel ini tercalon dalam Anugerah Pilihan Pembaca 2016. Boleh dibeli secara online di FB Intens Idea Fauziah Ashari ataupun di mana-mana kedai buku berhampiran.
Kembalikan Merah Cintaku by tulip_ungu
tulip_ungu
  • WpView
    Reads 1,962
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 3
PROLOG MENYINGA wajahnya tatkala melihat wajah kecil comel di sisi lelaki yang sedang duduk sambil menyilang kaki di hadapannya sekarang. Masih terngiang kata-kata lelaki itu sebentar tadi. Malah kata-kata itulah yang membuatkan marahnya membara walaupun wajah kecil itu nampak tidak bersalah dan polos sahaja. "You tak bergurau?" Soalnya yang masih mengawal nada suara. Enggan memperlihatkan emosinya yang sudahpun melayang entah ke mana. "Buat apa I nak bergurau?" Soal lelaki itu kembali, seolah-olah tiada perasaan lagaknya. "Habis tu you nak I buat apa?" "Mulai hari ni, dia akan tinggal dengan kita." "You ni dah gila agaknya. You bawak balik anak perempuan lain, you nak suruh dia tinggal dalam rumah ni?" "Dia bukan anak perempuan lain. Dia anak I , anak madu you." Lelaki itu membetulkan. "Anak haram!, anak tak sah taraf!. Anak perempuan simpanan you?" Sinis nada Sang isteri. Walaupun tadi sudah suaminya beritahu tentang perkahwinan keduanya yang dirahsiakan selama ini.
7 Syarat Cinta by Nillavender
Nillavender
  • WpView
    Reads 58,194
  • WpVote
    Votes 1,429
  • WpPart
    Parts 32
Marissa+Irwan=Perang Dunia ke3 Sebuah kisah cinta yang biasa... #happyreadingandenjoyit
Married To Mr. Senior by athirahsshi
athirahsshi
  • WpView
    Reads 176,200
  • WpVote
    Votes 5,901
  • WpPart
    Parts 34
Merupakan musuh ketat dari sekolah menengah lagi. Ketua pengawas dan penolong ketua pengawas. Sentiasa mahu bertekak jika bertemu. Tidak pernah sependapat. Bertemu semula di universiti yang sama tanpa diduga. Tambah pula dengan ibubapa yang merupakan rakan baik tapi mereka sendiri tidak mengetahuinya. Mungkin bakal dikahwinkan? Sapa tahu? Apa kesudahan dua insan ini?
[ON HIATUS] Jodoh Cinta Monyet by ikinkienah
ikinkienah
  • WpView
    Reads 72,250
  • WpVote
    Votes 2,226
  • WpPart
    Parts 19
[ON HIATUS] //SLOW UPDATE// --------- I've decided to put this story on hold cause it kinda messes up. it will take time to fix it. But I won't unpublished it. Feel free to read and comment on any mistakes. Since this is my first love. I put everything on this. It is my fault for not being consistent with it. I will be back :) --------- Sinopsis Cinta Monyet? Cinta zaman sekolah rendah, sekolah menengah right? Couple-couple betul tak? Tapi percaya tak cinta monyet kita yang terpaksa dipisahkan akibat kekangan masing-masing boleh bertemu kembali? Orang kata, Kalau jodoh, jauh beribu batu pun pasti bertemu juga. Inspired by @nutellraa @azlongfirdaus