aqilhanafi's Reading List
6 stories
Backup Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 81,888
  • WpVote
    Votes 1,664
  • WpPart
    Parts 15
Isha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masih lagi tertarik. Shahrul Haikal, kerana kecewa dia membawa diri jauh dari Malaysia. Dia gigih membina kerjaya sendiri dan buktikan dia masih boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kerana jiwanya yang pedih, dia berubah menjadi lelaki yang angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri. Dibenci oleh adik-adik sendiri, membuatkan sikapnya semakin dingin. Pertemuannya dengan Diana Humaira saat pulang ke tanah air, membuatkan dia mengambil satu keputusan dalam hidupnya. Wanita itu ialah perempuan paling layak untuk menjadi isterinya walaupun tanpa cinta. Diana Humaira, kisah semalam membuatkan dia bertegas melindungi diri sendiri. Usah bicara tentang cinta kerana cinta itu hanya kosong baginya. Hanya menyakitkan! Kehadiran Shahrul yang sering kali mendesaknya membuatkan dia bengang. Cinta? Itu bukan dirinya! Kerana satu salah faham, Isha, Shahrul dan Diana terperangkap dalam permainan yang mereka ciptakan sendiri. Diana egois, Shahrul selfish dan Isha yang positif. Will you marry me? - Shahrul Haikal Penipu! Siapa yang awak cinta sebenarnya? - Diana Humaira
My Sewel Guy by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 76,595
  • WpVote
    Votes 1,804
  • WpPart
    Parts 15
Novel Terbaru November Tajuk: My Sewel Guy Penulis: Aimy Haniya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-69-2 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2015 Cara Pembelian : www.karyaseni.my / Aplikasi Karyaseni “Sewel bukan halangan untuk aku merasai manisnya cinta kita…” Sewel? Itu fakta kurang sahih yang berlegar dalam fikiran Nur Dahlia. Kerana hati sudah menaruh harapan kepada Ridzwan, Dahlia ikutkan permintaan lelaki itu. Permintaan yang menyebabkan Dahlia mengenali Nasri Haikal. Lelaki sewel yang dianggap pelik untuk didekati. Bukan… Lelaki sewel yang menyakitkan hati! Lelaki sewel yang suka merenungnya dari bawah katil. “Awak sengaja nak kacau saya ke?” - Nur Dahlia “Aku ada kacau kau ke? Aku rasa… Aku tak ada sentuh kau langsung.” – Nasri Haikal “Bukan kacau yang itu…” - Nur Dahlia “Habis, kacau yang mana satu? Banyak kali ke aku kacau kau?” - Nasri Haikal Bagi Nasri Haikal, Nur Dahlia gadis yang terpilih untuk menjadi pembantunya. Gadis tabah yang hadir pada saat yang paling diperlukan. Bahkan gadis itu dipanggil sidekick yang digelar Sweet Robin kerana membantu dirinya mencari makna kehidupan yang sebenar. Gadis yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan kemelut hidupnya. “Baru bangun. Ada apa? Wait, kenapa awak simpan nombor saya lepas tu letak nama saya Sweet Robin?” - Nur Dahlia “Okeylah tu. Sweet Robin. Kau nak aku letak apa?” - Nasri Haikal “Letak ajelah nama saya. Tak payahlah letak nama Sweet Robin semua tu.” - Nur Dahlia “Itu kan telefon aku.” - Nasri Haikal Atas sebab status sidekick, Dahlia menganggap Nasri Haikal sekadar lelaki sewel yang perlu dibantu. Dia buta dalam melihat segala perbuatan Nasri Haikal yang cuba mendapatkan perhatiannya kerana hatinya pernah menaruh harapan kepada Ridzwan. Tapi, apabila Ridzwan mula mendekat, Dahlia merasai kehadiran lelaki sewel bernama Nasri Haikal.
Entahkan jadi entahkan tidak by farwalis
farwalis
  • WpView
    Reads 13,324
  • WpVote
    Votes 261
  • WpPart
    Parts 10
Yusri pemuda biasa. Pemuda biasa punyai cita-cita biasa, hidup yang biasa, dan wajah biasa-biasa sahaja. Dia memang tidak mahu jadi luar biasa.
Suamiku Seorang Produser Musik Elektronik by stammustapha
stammustapha
  • WpView
    Reads 352
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 1
Emiliana Norasyikin, seorang pegawai tadbir kerajaan gred M41 disebuah kementerian di Putrajaya, merupakan seorang gadis yang amat komited pada kerjaya, taat pada parti, bercita cita tinggi dan berhijab gaya moden. Pada suatu hari cita citanya menjadi perdana menteri wanita pertama negara terganggu apabila dipaksa berkahwin dengan seorang pemuda yang tidak mempunyai pekerjaan yang senonoh dan tidak awam. Tengku Zack Daniel, anak hartawan produk tenusu, mewarisi genetik aneh keturunannya yang melahirkan anak yang menghidap alahan kronik pada susu lembu selang dua generasi. Melainkan dia mengahwini pasangan yang mempunyai genetik istimewa yang wujud dalam nisbah seorang antara 50000 orang. Takdir telah menemukan mereka berdua. Bagi kesinambungan pewaris empayar tenusu dipegang keturunan Tengku Zack Daniel yang tidak akan mati terkena produk sendiri, dan akibat sifat tamak keluarga Emiliana Nurasyikin disorong wang ringgit. Dapatkah mereka mengecapi kebahagiaan rumah tangga?
Skodeng by Zaim_Ramli
Zaim_Ramli
  • WpView
    Reads 109,316
  • WpVote
    Votes 1,368
  • WpPart
    Parts 30
Sebagai seorang anak kampung, Kifli tidak terkecuali daripada melakukan kemungkaran dan kenakalan. Kadangkala kenakalannya hanya mendatangkan musibat dan kerugian yang besar kepada dirinya sendiri. Sifat barannya juga kadangkala tidak terkawal. Mudah emosi dan hilang kewarasan. Mujur juga Kifli dikurniakan seorang sahabat baik yang sangat mengasihi dirinya, Azmi. Azmi banyak memberikan dorongan, nasihat dan motivasi setiap kali Kifli dilanda kemurungan. Kadangkala mereka melepaskan tekanan bersama-sama dengan menghisap ganja di bawah pohon manggis di belakang rumah Kifli. Sebuah pangkin yang dibina di bawah pohon tersebut sememangnya amat strategik untuk mereka terbang dan khayal bersama-sama. Ditambah dengan cuaca yang redup dan berangin, ia syurga buat Kifli dan Azmi. Segalanya berubah setelah Kifli melakukan aktiviti skodeng.
Cari Jodoh Ke Leha? by ShashaRyzal
ShashaRyzal
  • WpView
    Reads 129,599
  • WpVote
    Votes 5,706
  • WpPart
    Parts 37
Siti Saleha, gadis berusia lewat 20-an, sudah stabil dan bekerjaya. Namun apa yang dia tiada ialah calon pasangan hidup. Ibunya telah memberi kata putus bahawa dalam masa setahun Saleha perlu membawa seorang calon suami sebelum dia akan dikahwinkan dengan calon pilihan ibunya. Dalam masa 365 hari pelbagai jenis calon yang dijumpainya. Adakah Saleha akan bertemu calon suaminya? Warning : Ini kisah cinta klise.