Rainnsy's Reading List
31 stories
QUERENCIA by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 1,083,256
  • WpVote
    Votes 52,153
  • WpPart
    Parts 95
Elisha Natasha atau senang dipanggil Eli seorang gadis yang penakut, clumsy, kelibut. Sebutlah serangga apa pun, muka dia dah mula berkerut. Ibarat kalau ada lipas di bilik dia, dia akan ajak abangnya pindah rumah detik itu juga. Dia dibesarkan hanya dari kasih seorang abang. Ibu bapanya sudah pergi menghadap Ilahi sejak umurnya tiga tahun. Abangnya, Erik Nazmi. Lelaki yang penyayang tapi tegas dan paling menarik sangat-sangat memanjakan adik dia. Pada umurnya 18 tahun, dia sudah ditugaskan menjaga bisnes milik arwah abinya. Mungkin sebabkan ilmu perniagaan itu sudah mengalir dalam dirinya, tugas itu tidaklah terlalu berat bagi dia. Suatu hari, di pagi yang indah. Dua beradik itu sedang menonton kartun Lava. Tiba-tiba, "Eli, abang nak kahwin." "What?!!!" Eli dah mencebik. Air matanya mengalir. "Abang nak kahwin." "Kalau abang kahwin, Eli macam mana?" "Macam ni lah." "Abang, Eli serius ni." "Abang pun serius nak kahwin." "Abang dah tak sayang Eli." Erik dah garu kepala dia yang tidak gatal. "Siapa cakap?" "Hari tu kawan Eli beritahu abang dia kahwin. Lepas tu kan, abang dia dah tak sayang dia. Asyik berkepit dengan bini dia je. Tak ada masa untuk dia. Nanti abang Erik pun macam tu." Tangisan Eli semakin kuat. 'Aku dah cakap banyak kali dengan budak ni, kawan dengan kawan yang sebaya. Ni tak, kawan dengan budak bawah umur. Bila lah adik aku ni nak matang. Eli, Eli.' Desis hati Erik. "Abang, termenung apa? Hah, mesti ingatkan bakal isteri lah tu." Eli menampar bahu abangnya. Pap! Kaki dia melangkah masuk ke bilik, sambil mendendangkan lagu. "Apalah nasibku ini... Abang nak kahwin.... Tinggallah aku sendiri..." Bam! Pintu bilik Eli dihempas kuat sengaja tunjuk protes. Erik di luar terlompat sebab terkejut. Lemah semangat. JEMPUT BACA UNTUK TAHU LEBIH LANJUT CERITA INI. ANDA DILARANG SAMA SEKALI UNTUK MENGKOPI PASTA KARYA INI. HAKMILIK KEKAL ATUL AISY @ CKK.
Isteri Student Suami Doktor by aaeyyoafterparty
aaeyyoafterparty
  • WpView
    Reads 198,775
  • WpVote
    Votes 4,365
  • WpPart
    Parts 26
Hanis merupakan anak yatim yang kematian ibu. Selepas kematian ibunya , Hanis dibesarkan oleh Bapanya En Hafidz. Hanis merupakan pelajar SMK Cempaka Indah dan berumur 17 tahun. Hanis akan menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi. Ketika Hanis dibesarkan oleh ayahnya , Hanis kurang mendapat kasih sayang dari bapanya kerana kesibukan bekerja siang dan malam. Pada saat itu, En hafidz mahu bersara dari jawatan sebagai Ceo syarikat Aintsoft Corporation. Beliau memerlukan pewaris lelaki tetapi tiada. En Hafidz becadang untuk kawinkan anak perempuanya dengan anak lelaki kawan baiknya ketika zaman belajar di Japan dahulu. Apakah yang akan terjadi selepas itu?
PELANGI UNTUK ARA by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 36,084
  • WpVote
    Votes 835
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Pelangi Untuk Ara Penulis: Azura Rasiddin Penerbit: Karyaseni Harga: RM28 (Semenanjung) // RM31 (Sabah & Sarawak) Terbitan: November 2017 ******* Kepulangan Eiyad dari kota London meragut keamanan Ara. Tiada lagi kebebasan untuknya. Dia kembali dikawal dan dikongkong oleh lelaki yang dia gelar sebagai mr. control freak. "Kau tak boleh control aku. Kau jangan ingat bila kau dah balik sini, kau boleh control aku macam dulu. Don't you dare... Kau tak ada hak." - Ara "In case kau terlupa, aku ni abang kau." - Eiyad "In case kau terlupa juga, mama aku tak pernah lahirkan seorang abang untuk aku. Dan dia tak pernah lahirkan sesiapa selain aku." - Ara "Even we are not blood related, aku tetap abang kau." - Eiyad Hidup Ara jadi kacau bilau. Keretanya dijual. Aktiviti hariannya disekat. Eiyad tak ubah seperti seorang musuh buat Ara. Dia bencikan lelaki itu. Eiyad penyebab segala-galanya. Mamanya berubah disebabkan Eiyad. Papa dan mamanya bercerai, juga disebabkan Eiyad. Namun, segalanya berubah apabila Ara mengetahui apa yang berlaku sembilan tahun yang lalu. Ara mula rapat dengan Eiyad. Layanan lelaki itu kadangkala membuatkan naluri perempuannya tersentuh. Ara cuba menepis segala perasaan asing yang hadir. Kerana bagi dia Ara + Eiyad = Impossible. Lebih-lebih lagi bila dia tahu status Eiyad. Gadis itu mula menjauhkan diri daripada Eiyad, mencipta jurang pemisah antara mereka. Satu peristiwa yang memberi tamparan besar pada hidup Eiyad merapatkan semula hubungan mereka. Ara tidak betah membiarkan Eiyad terkapai-kapai dalam lautan kesedihan. Dia hadir untuk merawat luka di hati lelaki itu tanpa mengharapkan sebarang balasan. "Do you still love me?" - Eiyad "Sama ada aku masih cintakan kau ataupun tidak, itu tak penting. Kau dan aku adalah sesuatu yang mustahil." - Ara Benarkah? Benarkah antara dia dan Eiyad adalah sesuatu yang mustahil? Adakah equation yang Ara cipta selama ini benar? Adakah Ara + Eiyad = Impossible?
My Mr. Chef ❤{Completed}  by AmelAlana
AmelAlana
  • WpView
    Reads 1,702,362
  • WpVote
    Votes 61,066
  • WpPart
    Parts 81
Tekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang penting anak bukan bapak! Takkanlah si Wulan yang jelitawan inginkan suami yang sudah tua bangka? Tak ada kelas namanya! Namun, impiannya itu menyimpang jauh tatkala dia menjejakkan kaki ke Restoran Pasta Delight. Dia yang tidak pernah sekalipun jatuh cinta akhirnya terkena panahan cinta pada chef Raykal Hazizi. Seorang chef yang sangat segak dan penuh dengan karisma. Pelbagai cara yang Wulan lakukan demi untuk merebut hati chef idamannya tu walaupun acap kali dimaki hamun oleh si chef. Dia tabah. Katanya demi my chef... "Nama pun tak boleh nak tahu ke? Kedekutlah chef ni." "Tak ada sebab untuk cik nak tahu nama saya. Saya bukannya kenal dengan cik pun." "Siapa kata tak ada sebab?" Mata mereka saling berlaga. "Sebabnya awak tu bakal suami saya." Raykal merengus kasar. Kucar kacir hidupnya bila perempuan gila itu tiba-tiba muncul. Semua serba tak kena dia rasakan. Dia yang sememangnya terkenal dengan hati batu berubah menjadi lelaki yang paling sweet untuk cik bulan dia. "Aku mencintai kau kerana gigihnya usaha kau untuk mendapatkan aku. Sudikah kau jadi makmum aku buat selamanya?" Lamaran Raykal diterima tanpa berfikir panjang. Sungguhlah usaha dia selama ini tidak sia-sia. Gedik dia pun berjaya juga tundukkan chef hati batu itu. Kehidupan berumah tangga memang indah. Lebih-lebih hidup bersama orang yang dicintai. Namun, tidak semuanya menjanjikan kebahagiaan. Ujian tetap melanda walau utuhnya cinta antara mereka. Pelbagai cara yang Wulan gunakan demi menyelamatkan hubungannya bersama si suami daripada perempuan di luar sana. Termasuklah meminta tips hamil dengan kadar segera pada Dania, sepupu Raykal yang juga merupakan seorang doktor.
[HHC] Hari-Hari Cinta by bangpeng
bangpeng
  • WpView
    Reads 2,014,559
  • WpVote
    Votes 69,504
  • WpPart
    Parts 51
Kalau dah namanya isteri, Dia sentiasa mahu jadi yang pertama. Tetapi disebabkan dia berkahwin dengan sang suami atas permintaan keluarga, Dia diduakan. Bagaimanakah pengakhirannya? ******* "Awak tahu tak dalam dunia ni ada banyak perkara yang kita tak boleh jangka?" -Nur Hafiya Balqis- "I will miss you." -Aiman Rifqi- "Tolong saya, Aiman." -Farah Liyana- "Kau akan nampak cantik bila kau tersenyum." -Haziq Haikal- BEST RANK ✔ #rank - 10 in romance (7/07/17) #rank- 5 in romance (20/07/17)
I love you, cikgu! by awinyumiko
awinyumiko
  • WpView
    Reads 181,950
  • WpVote
    Votes 3,446
  • WpPart
    Parts 19
Mengisahkan tentang pelajar tingkatan 5 yang bernama Sara berkahwin dengan guru baharu sekolahnya iaitu Idzham Iskandar anak kawan Papanya kerana dipinang. Namun, walaupun sudah bergelar isteri, Sara masih tidak dapat menerima kenyataan bahwa dia sudah menjadi isteri kepada gurunya. Apakah perkahwinan nya akan kekal? Adakah Sara bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai isteri? Ya, Sara sudahpun bersedia menjadi isteri. Namun ajal Idzham Iskandar tidak panjang. Sara belajar hidup tanpa suami selama 5 tahun. Adakah Sara akan bahagia lagi? Bacalah kisah ringkas. Semoga terhibur. *THIS STORY HAS BEED EDITED*
bos jadi suami?! by Nursyuhadah25
Nursyuhadah25
  • WpView
    Reads 1,401,398
  • WpVote
    Votes 29,099
  • WpPart
    Parts 64
Mengisahkan Qisya Syazana yang berkahwin dengan bos nya sendiri. Bagaimana kehidupannya setelah bergelar isteri kepada bos nya sendiri dan dalam diam suaminya itu ada kekasih hati. Yang mana akan menjadi pilihan Zaed? Adakah Zaed akan memilih isterinya? Ataupun kekasihnya? Kalau dah jodoh, larilah ke hujung dunia sekalipun, pasti akan bersatu jua
Cinta Tanpa Prejudis by Annesnadia
Annesnadia
  • WpView
    Reads 558,912
  • WpVote
    Votes 12,313
  • WpPart
    Parts 40
Tengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gadis kampung yang jelas jauh panggang daripada api jika mahu dibandingkan dengan Tengku Aeris Naufal. Kegagalan dalam percintaan terdahulu telah mengukuhkan lagi tembok egois dan prejudis Tengku Aeris Naufal.Baginya,cinta hanya berunsurkan materialistik semata mata dan Tengku Aeris juga berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan mudah tunduk pada cinta yang hanya palsu.Mampukah Aleesya Farhanah gadis bersederhana bangkit untuk meruntuhkan tembok ego Tengku Aeris Naufal yang sekukuh dan setinggi tembok cina? " Mungkin lelaki lain diluar sana mampu kau tundukkan tapi hati aku tak semurah diri kau untuk kau tawan dan kau tundukkan ! " " Izinkan Ana untuk memanggil awak dengan panggilan abang walaupun perkahwinan ini hanya satu paksaan"
MR. LECTURE VS MISS STUDENT by Mayang_Atiyah
Mayang_Atiyah
  • WpView
    Reads 527,139
  • WpVote
    Votes 11,835
  • WpPart
    Parts 60
Tengku ilham adalah pilihan hati tengku thia... Tetapi ada sesuatu perkara yg membuatkn tengku thia terluka dan menyebabkan tengku thia trpksa berkahwin dengan abang kpda tengku ilham merangkap musuh pada tengku thia. Tengku zamril adalah abang kepada tengku ilham yang juga sudah mempunyai pilihan hati sendiri iaitu sahabat baik tengku thia farah tetapi prkara yg sama membuatkan hatinya terluka sehingga memaksanya mengahwini tengku thia juga musuh buatnya. Apakah yg akan terjadi seterusnya adakah mereka dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain jika sebelum ini mereka sering bertengkar dan bermusuhan Apakah perkara yg menyebabkn hati masing masing trluka sehingga memaksa mereka disatukn antara satu sama lain. Saksiknlh...
Wasiat Cinta (adelmashah) by RaaNissa
RaaNissa
  • WpView
    Reads 283,220
  • WpVote
    Votes 7,777
  • WpPart
    Parts 28
RE-EDIT SOON! Highest rank #1 in chicklit Bila kepala batu bertemu kepala batu, kau rasa aman ke nak hidup? Oh no! Tapi macam mana kalau Mashah memang diciptakan untuk Adel? ''You kena kahwin dengan I,'' mocha latte di cawan di teguk dengan sopan. ''Hell no!'' ''You have no choice.'' Angkat kening. ''I always have a choice and my choice is not you.'' Bangun dan pergi. Dua hati yang ketara berbeza terpaksa bersatu. Tapi disebabkan satu amanah yang di pegang hati di kuatkan untuk berdepan si kepala batu. ''You tak rasa ke nama kita ni sama?'' ''Tak. Kalau sama you kena panggil diri you Andra bukan Mashah,'' ''Sebab I only Mashah for you,'' Tapi sayang, panas hanya sementara bila badai hujan melanda juga, meremukan dua jiwa yang baru nak menyatu_ maka perpisahan yang pertama di benak. Tapi terjadi ke perpisahan bila Mashah berdepan Adel? ⚫my another short story after JASMINN WARNING ! Content maybe not suitable for underage. Storyline from my fictions and creative brain not from copying other. Content may have violence, disturbing, strong language, disruption, wrong grammar, wrong english word and wrong spelling. Lastly, Content may be 18xs for adult reading which is 18 year old above. Watak-watak dan tempat di dalam cerita ini adalah hasil kreatif penulis semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun mati. Mature Content! Not copying allowed!