k3ning4uTown's Reading List
11 stories
Nak Awak Juga !!✔ by mizmin
mizmin
  • WpView
    Reads 1,064,813
  • WpVote
    Votes 22,035
  • WpPart
    Parts 54
Alia Maisara seorang gadis yang yang sangat ceria dan sentiasa mengikut telunjuk diri sendiri , tak suka bila orang lain bantah apa yang dikatanya , seorang yang gilakan kucing dan kalau dia sudah jatuh hati tiada siapa boleh halang dia dari mengejar lelaki itu Lukman SyahRizal seorang CEO di sebuah syarikat yang begitu besar , seorang yang berpendirian tinggi , playboy dan sangat keras kepala Alia Maisara yang dekenali sebagai mai telah jatuh hati kepada Lukman namun apakan daya setelah menikahi lelaki itu banyak perkara yang tidak dia suka ada pada lelaki itu , Dia yang sangat mencintai Lukman setia menunggu lelaki itu membalas perasaannya namun apa yang diharap hancur berkecai hanya dengan sebuah foto Lukman yang berhati batu terpaksa menikahi seorang perempuan yang dipanggil gila kerana keinginan ibunya , setalah lama tinggal berdua masakan tidak hati seorang lelaki dijentik dengan perasaan sayang , sikap mesra dan penyabar yang ditunjukkan Mai sangat menyentuh hati Lukman Apabila cinta mula berputik ada pula asap hitam menyerebu mahligai bahagia mereka apa akan ada sinar kebahagiaan buat mereka berdua? apa Maisara akan memaafkan Lukman atau penceraian jalan terakhir mereka?
Ku Pilih Hatimu by aziyrah_
aziyrah_
  • WpView
    Reads 350,009
  • WpVote
    Votes 10,189
  • WpPart
    Parts 49
Cik Cinderella Dan Encik Tengku (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 72,556
  • WpVote
    Votes 1,242
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: Cik Cinderella dan Encik Tengku Penulis: Airisz Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-71-0 Harga: RM21 (Semenanjung) // RM24 (Sabah & Sarawak) Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam! Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf. Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…
Dia Helena Isabella by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 21,318
  • WpVote
    Votes 370
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk: Dia Helena Isabella Penulis: Azimah Lily Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-99-1 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2019
Wanita Khas Untuk Qarin by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 12,012
  • WpVote
    Votes 298
  • WpPart
    Parts 10
Tajuk: Wanita Khas Untuk Qarin Penulis: Aimy Haniya Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-98-4 Harga: RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2019 ******************* Awkward. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa janggal sangat nak berdepan dengan Hanis. Sebab apa yang pernah berlaku antara aku dengan dia ke? Atau sebab dia pernah confess pada aku? Takkanlah. Kalau itu sebabnya, bukan sepatutnya Hanis yang berasa janggal? Kenapa aku tengok dia okey aje bergelak ketawa? Kenapa aku pula yang rasa serba tak kena ni? Duda. Sebab tak terima lamaran Hanis dulu dan kahwin dengan orang lain, sekarang ni gelaran terhormat itu yang aku sandang selepas bercerai dengan Suraya. Malu juga aku tapi aku tak menyesal sebab aku dikurniakan Qaseh, puteri comel buah hatiku. Hidup aku sama seperti orang lain sehinggalah secara kebetulan aku bertemu dengan seorang polis 'kerek' sewaktu aku sedang mencari kawan lama aku. "Radio kereta ni boleh guna tak?" -Qarin "Nak buat apa guna radio?" -Sofea "Laaa... Bosan. Senyap sunyi. Tak tahulah kalau kau..." -Qarin "It's fine. Dah banyak saya jumpa orang yang kurang adab ni. Biasalah tu. Tak apa, teruskan." -Sofea Dia selalu buat aku bengang dan kerana dia, tak pasal-pasal aku terlibat sama dalam menyelesaikan misi mencari mangsa lemas. Dan dalam tak sedar juga, lepas satu kes, satu kes lain pula aku terlibat. Semuanya dengan dia. Dan tak sangka, dia boleh hantar mesej begini kepada aku. Kita dating tengah hari nanti. Kalau dah macam tu, aku rasa perlu untuk aku jalankan misi mencari 'Wanita Khas Untuk Qarin' untuk kebaikan Qaseh, anak aku. Hehehe...
Isteri Istimewa by Kyennss
Kyennss
  • WpView
    Reads 526,320
  • WpVote
    Votes 16,131
  • WpPart
    Parts 74
Sebab ego, aku terjebak dengan benda gila ni. Kerana pantang dicabar, aku sanggup buat benda yang dilarang dalam agama Islam. Ya, aku akui iman aku nipis senipis kulit bawang, tapi ego aku tinggi sampai ke langit. Sebab tu lah juga, aku hilang kepercayaan daripada orang yang aku sayang. Ya lah, hati mana tak terluka bila ditipukan? Tapi sejujurnya, kalau boleh aku nak undurkan masa. Sebab aku tak nak kehilangan dia. Aku tak nak kehilangan perempuan pertama yang buat aku kenal erti cinta dan kehidupan. Jujur aku tak nak kehilangan Isteri Istimewa aku, Nur Fetrah Amyrah. "Iman buat apa ni?!"- Puan Khadijah "Dia aku punya!"- Irfan Shakrani "Kau dapatkan hati dia."- Haniff Luthfi "Aku girlfriend dia."- Norel Hafifar "Sebab aku sayang kau."-Nurin Dapatkah aku miliki dia kembali? Publish on 2017
KERANA TERPAKSA ...AKU RELAKAN by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 15,967
  • WpVote
    Votes 300
  • WpPart
    Parts 5
Karya ke-3 Umie Nadzimah Kerana Terpaksa...Aku Relakan Karyaseni Adaptasi : Slot Akasia , TV3 ,2014 SINOPSIS Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Di hari pernikahan, dia hilang ayah,hilang saudara malah tunangnya juga turut dirampas. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis paling malang , sebatang kara dan tidak punya apa-apa. Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayangi apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan , Indah Halina mendapat tempat teristimewa di hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri. Di rumah banglo Dato’ Safiyalah bermulanya kisah cinta dongeng antara Indah Halina gadis kampong yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segala. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah pabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum. Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa… Akhirnya Tajul Razin seolah-olah tidak sudi lagi… Indah Halina : Dirinya umpama seekor pipit di hutan, yang lansung tiada istimewa sedangkan si dia merak kayangan …manakan mungkin terbang beriringan… Tajul Razin : Sungguh dia tidak tega untuk melepaskan segalanya…hanya kerana terpaksa, dia merelakan… Namun kuasa Tuhan mengatasi segala perancangan manusia… apakah kesudahan kisah cinta mereka?
Akulah Si Heroin! by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 16,432
  • WpVote
    Votes 350
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Akulah Si Heroin! Penulis: Syu Ariani Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-124-0 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : April 2019
Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 270,226
  • WpVote
    Votes 4,686
  • WpPart
    Parts 15
Judul : Tuan Anas Mikael Penulis : Syamnuriezmil Penerbit : Penulisan2u Semenanjung : RM25 Sabah/Sarawak : RM28 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Raya = Aidil + Fitri! (Adaptasi ke Drama Mulai 14 Mei 2018, Astro Oasis 9 mlm) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 42,854
  • WpVote
    Votes 1,048
  • WpPart
    Parts 10
"She is loveable." - Datin Mariam Loveablelah sangat! Hanya Fitri Syafia saja yang berani mengunci tuan rumah di luar rumah dalam keadaan separuh bogel. Siapa yang tak bengang? Aidil Harith memang bengang, tapi pertemuan yang tak dijangka antara Fitri Syafia dengan Aidil Harith membuatkan hari-hari yang mendatang meriah seperti suasana Hari Raya Aidilfitri! Permintaan Datin Mariam yang merupakan mom Aidil untuk menjadikan Fitri sebagai PA selama sebulan menambahkan lagi perisa kepada hubungan ceria kedua-duanya. "Encik Aidil yang tak adil! Muka ketat macam cicak tersepit di celah pintu!" - Fitri Ada ke patut samakan muka kacak Aidil dengan cicak? Fitri ni memang suka buat hati Aidil huru-hara! "Budak kecik! Mulut macam popcorn!" - Aidil Fitri tak kisah, sebab memang mulut dia macam tu. Dia boleh tersengih dan lagi seronok menyakat Aidil. Dah macam hobi, tapi kalau sekali Aidil senyum, terus Fitri lemah lutut. "Aidil, Fitri... macam hari raya Aidilfitri. Tak ada korang, tak rayalah." - Ayman Tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?