Tiktok Recommended
3 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,146,843
  • WpVote
    Votes 87,142
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
KAISER : The Hidden King by -theals
-theals
  • WpView
    Reads 1,018,103
  • WpVote
    Votes 51,279
  • WpPart
    Parts 68
[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak mengenali Benjamins? Keluarga mafia terkuat di US dengan legasi paling mewah. Namun di sebalik keluarga tersebut , pelbagai rahsia kotor disimpan. Kerana satu peristiwa, lelaki itu dibawa ke Malaysia bersama bapanya menyebabkan dia yakin bahawa semua penyeksaan bakal terhenti. " Don't be stupid. You won't be any fun if you're dead. " Raiz Affan, dia hilang segalanya pada waktu muda menjadikan dia seorang anak yatim piatu kemudian dibesarkan oleh ibu dan bapa saudaranya. Satu peristiwa tersebut , cukup membuatkan dia trauma. Malah dia sudah bersumpah untuk membalas dendam kematian ibu bapanya itu. Jika nyawa dia bakal terlibat, dia rela berkorban. " Aku tak sangka selama ini orang yang aku cari itu engkau. " Naayla Zahra, seorang gadis yang tidak sedar dia sudah terperangkap dalam bahaya sepanjang hidupnya. Apakah yang bakal dia lakukan apabila mengetahui siapa Ayden Kaiser dan perasaan sebenar Raiz Affan? Dapatkah dia meluahkan perasaan yang lama terpendam sebelum Raiz pergi membalas dendam? " I thought I could trust you! " The Hidden King. " Be mine and I'll treat you like a real Queen. "