Bintang Dambaan Dia [SU]
Saaralyy
- Reads 36,125
- Votes 1,228
- Parts 27
Ayden Harrison| Jaslina Kartika
AYDEN HARRISON . Sebut sahaja namanya, semua akan kenal. Kekayaannya menjadi sebutan. Kejayaan dia dalam perniagaan tiada yang mampu tandingi. Hampir ke semua tender yang dia mahu dia akan dapat. Dalam usia yang begitu muda, dia sudah mampu berjaya seperti papanya dengan menaikkan nama dia sendiri sehingga mendapat gelaran Dato' muda.
Bertemunya dia dengan Jaslina Kartika, saat pertama kali menemani temannya ke sebuah kelab malam persendirian. Siapa sangka gadis yang dia lihat malam itu adalah Jaslina yang berjaya membuka segala pintu di ruang hati dia yang selama ini tertutup. Diri yang selama ini beku berubah 360° apabila bertemu Jaslina. Cemburu yang tidak boleh dikawal apabila si gadis yang dicintai bergelak tawa dengan lelaki lain. Senang cerita, orang cakap 'Gila bayang'. Bagi Ayden, Jaslina itu hanya untuk dia. senyuman, tawa, suara, haruman dan tubuh Jaslina adalah miliknya. SEGALA-GALANYA TENTANG JASLINA MILIK DIA.
JASLINA KARTIKA. Bagi Jaslina, cinta itu lumrah kehidupan. Jaslina tidak pernah bercinta, kisah lama yang terjadi sehingga memecahbelahkan hubungan Daddy dan Maminya telah menutup fikirannya untuk berfikir tentang cinta.Perpisahan Daddy dan Maminya di usia mudanya dahulu dek kerana hasad dengki manusia kejam itu buat Jaslina tekad mahu manusia kejam itu rasa bagaimana perasaan berada di tempat maminya saat dihina oleh orang ramai.
Munculnya Ayden yang menghulurkan bantuan, membantu dia melunaskan segala dendam dahulu. Ayden yang menjadi bualan teman-temannya, siapa sangka lelaki itu juga telah melamar dirinya sehingga sanggup melakukan perkara yang tak pernah terlintas dek akal menyebabkan Jaslina terpaksa menerima lamaran Ayden. Terpaksakah? Mampukah dia berikan sepenuhnya kepercayaan dan cinta kepada Ayden?
Carilah tahu apa yang terjadi dengan baca cerita ini.
Start : 24/11/20