Suamikukacakgila27's Stories
24 stories
[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS) by SuamikuKacakGila27
[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남자 (Jimin BTS)
SuamikuKacakGila27
  • Reads 47,061
  • Votes 6,135
  • Parts 16
Park Jimin, lelaki biasa. Naddy Adrea Kim, wanita yang luar biasa. Bezanya mereka adalah, perasaan. Jimin mempunyai rasa cinta terhadap Naddy, tetapi Naddy mempunyai perasaan terlarang terhadap wanita. Adik Jimin sendiri kekasih Naddy, lantas lelaki itu mengambil keputusan untuk memulihkan kedua-duanya. Dipisahkan. Dileraikan. Diberikan adiknya kepada lelaki lain, diambil Naddy sebagai kekasih. "Saya tak ada apa-apa perasaan dekat lelaki, Jimin. Macam mana saya nak jadi kekasih awak?" "Kalau jadi kekasih tak boleh, jadilah isteri." Naddy patung. Sikit pun dia tidak rasa apa-apa. Jimin mahu mereka berkahwin, dia ikutkan sahaja. Apa yang lelaki itu perlukan, dia sediakan. Dia tahu semua itu, dia buat. Cuma... kalau yang 'satu' itu, dia tidak boleh. "I can't 'make it' with you. I'm sorry." "Sebab saya ni lelaki ke, Naddy?" Jimin berputus asa, dan perlahan-lahan dia mengundur diri. Naddy pula mula rasa perasaan itu di saat Jimin jauh darinya. Jauh.. sehingga dia mula rasa apa itu erti rindu, apa itu erti sayang dan cinta. Dia galau sendiri. Boleh sahaja dia mencari semula di mana Jimin berada. Tapi.. rajuk Jimin panjang. Sangat mencabar buatnya yang tak pernah memujuk lelaki. Berjayakah Naddy? "For my man, I will." Nantikan...
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS) by SuamikuKacakGila27
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)
SuamikuKacakGila27
  • Reads 243,743
  • Votes 25,381
  • Parts 51
"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan maafkan kamu sampai bila-bila!" - Mrs. Jeon - "Ibu, kenapa sekalipun ibu tak pernah faham saya?" - Jeon Jungkook - "Kita tak setaraf. Awak layak bahagia dengan orang lain selain dari saya. Pergilah, awak. Saya akan undur diri." - Park Seyoung - "Saya tak akan lepaskan awak macam tu je selepas awak dah buat saya macam ni. Awak tetap akan jadi isteri saya, saya tak akan ceraikan awak. Tetapi janji itu seperti hanya tinggal janji. Jungkook kecewa, kerana isterinya mungkir janji. Jika dulu dia runsing, kini dia sudah yakin siapa yang sepatutnya dia dahulukan. Antara keluarga dan cinta, siapa menjadi pilihan Jungkook? Nantikan...
[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK) by SuamikuKacakGila27
[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)
SuamikuKacakGila27
  • Reads 31,936
  • Votes 3,901
  • Parts 15
Lee Jung Hyun. Park Roseanna. Mereka berkahwin atas rasa cinta. Tapi entah di mana silapnya, lelaki itu pergi tanpa jejak. Tanpa ada bayang walau sekilas! Bertahun-tahun Roseanna menahan rasa rindu dan sakit. Menanti si suami datang ke pangkuannya semula dengan hati yang penuh berharap. Tetapi semua itu hanya sekadar harapan dan anganan. Betullah orang kata, cinta itu datang dan pergi tanpa kita sedar. "Awak rasa Hyun balik tak? Hari ni anniversarry saya dengan dia. Yang ke-3." "Berhentilah berharap, Rose. Dia tak akan datang. Percayalah. Awak lupakan jelah dia. Please." Air mata menemani Roseanna selama 3 tahun. Dan dalam masa itu, Roseanna mula berubah perlahan-lahan. Daripada seorang gadis yang baik, sopan santun, menjaga pergaulan... menjadi seorang gadis yang liar, bebas dan ego. Hilangnya Roseanna dahulu, datang pula Jung Hyun yang dinanti-nanti selama 3 tahun itu. "Kita pernah kenal ke?" Pedih buat Jung Hyun, lebih pedih buat Roseanna kerana terpaksa berpura-pura untuk mengekalkan posisi egonya di skala satu. Usaha Jung Hyun ditutup rapi, pujukan Jung Hyun dibuang ke tepi. Tanpa sedar, Roseanna terlupa, dia pernah melafazkan satu janji. 'Saya tak akan sesekali tinggalkan awak, Hyun. Sekalipun awak pergi, saya akan kejar. Sekalipun awak jauh, saya akan dekat. Sekalipun awak hilang, saya akan cari. Saya janji.' Lantas Jung Hyun gunakan segala kuasanya untuk mendapatkan Park Roseanna nya semula. "Walau apa pun yang terjadi, saya takkan lepaskan awak, Roseanna. Awak, isteri saya. Nyawa dan jiwa saya. Saya akan dapatkan awak semula, no matter what." "Ceraikan saya." Mampukah Jung Hyun memaut hati Roseanna semula? Atau jalan perpisahan yang menjadi pertaruhan? Nantikan...
[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS) by SuamikuKacakGila27
[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)
SuamikuKacakGila27
  • Reads 967,977
  • Votes 83,093
  • Parts 102
"Jangan pernah tunjuk muka kau depan aku. Aku geli. Aku jijik. Sebab memperisterikan perempuan yang dah kena sentuh dengan jantan lain." Nantikan... [#2 in Fanfiction along 2 weeks.] [#1 in Fanfiction along 1 weeks.]
[COMPLETED] Faithful Love 충실한 사랑 (Jungkook BTS) by SuamikuKacakGila27
[COMPLETED] Faithful Love 충실한 사랑 (Jungkook BTS)
SuamikuKacakGila27
  • Reads 443,354
  • Votes 52,443
  • Parts 71
Ketelanjuran yang terjadi, membawa satu derita yang bukan sedikit sakitnya, dan bukan sekejap sembuhnya.
[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS) by SuamikuKacakGila27
[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)
SuamikuKacakGila27
  • Reads 373,286
  • Votes 44,379
  • Parts 61
"Saya dah cari kebahagiaan saya. Dan ternyata... bukan awak yang saya cari. Saya minta maaf, Jungra. Cukuplah sampai di sini je kita." Aku akur. "Baiklah.. kalau ini yang awak minta. Kita jumpa dekat mahkamah nanti."
[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO) by SuamikuKacakGila27
[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)
SuamikuKacakGila27
  • Reads 724,952
  • Votes 62,076
  • Parts 71
"Apa ni?" Aku terdiam seketika. Terpinga-pinga memandang lelaki yang berada di hadapan aku tanpa berbaju, dengan Baekhyun di hadapan pintu. "Baekhyun, sumpah. Saya tak tahu apa-apa. Saya..." "Stop it." "Baekhyun..." "I said enough!" Aku mula gelisah. Aku pandang lelaki yang tidak berbaju itu dalam-dalam. Aku rasa aku kenal. Tapi... siapa? "Seung Yeon, esok pukul 9 pagi, datang pejabat saya untuk tandatangan surat penceraian. Esok." Aku terpana. Baekhyun salah faham dan dia terus nak bercerai dengan aku tanpa siasat? Dia tak dengar pun penjelasan aku. "Baekhyun, sampainya hati awak..." "Saya? Saya atau awak? Awak tu yang sepatutnya dengar dari saya. Beria-ria call, kata rumah blackout. Bila saya masuk rumah, terang je. Bila naik atas, rupa-rupanya ada binatang tengah mengawan." Baekhyun... Nantikan...
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN) by SuamikuKacakGila27
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)
SuamikuKacakGila27
  • Reads 513,087
  • Votes 42,335
  • Parts 63
"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertahankan. Walaupun hatinya mula berderai. "Suami awak dah lama mati. Hati Kim Mingyu dah lama mati." Sekali lagi... dia jatuh tersungkur. "Maafkan saya... kita kena berpisah." Perkahwinan yang dibina bakal runtuh. Selama-lamanya... Nantikan...
[HIATUS] Regret 유감 (Namjoon BTS) by SuamikuKacakGila27
[HIATUS] Regret 유감 (Namjoon BTS)
SuamikuKacakGila27
  • Reads 7,490
  • Votes 1,587
  • Parts 7
"Lelaki miskin, susah, selekeh macam kau, tak layak untuk aku. Jadi tolong berhenti bermimpi, kembali ke realiti." "Lelaki miskin, susah dan selekeh macam aku ni lah yang kau akan datang untuk minta tolong suatu hari nanti." Nantikan...
[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO) by SuamikuKacakGila27
[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)
SuamikuKacakGila27
  • Reads 419,952
  • Votes 41,029
  • Parts 69
"Park Hyera, dengar sini. Kita dah tak ada apa-apa. Hati saya dah tertutup untuk awak. Jangan sesekali awak cuba nak ungkit kisah lama kita, sebab saya dah lupakan semua tu." Kata Sehun. Hyera menarik nafas panjang. "Tapi saya masih cintakan awak." "Kuburkan cinta awak tu." "Tak nak." "Kenapa pula? Jangan buang masa, Hyera. Please, move on." "Sehun, saya takkan sesekali kuburkan cinta saya. Sebab saya akan pikat awak semula. Misi memikat bekas suami saya, bermula." Nantikan... ----------------- Thanks to @mino_sakura (my english teacher) sebab dah banyak bantu dan sumbangkan kemahiran dia dalam English untuk fanfic ni memandang... HAKU MEMANG TAK PANDAI CAKAP OMPUTIH. kbye. For booking/order my ebook, whatsapp 0137670223 (Yana)