E_--_H's Reading List
2 stories
Till the End by aaam96
aaam96
  • WpView
    Reads 755,436
  • WpVote
    Votes 42,299
  • WpPart
    Parts 81
Balqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang yatim piatu yang dipaksakan. Dianiaya oleh darah daging sendiri, sungguh sakit rasa itu. Tegar sungguh keluarganya sendiri mengkhianati dirinya. Apa salah dirinya hingga menjadi mangsa kerumitan keluarganya? Apakah tiada sekelumit kebahagiaan buat dirinya? Dendam, Membuatkan dia hidup di dalam kegelapan dan ketakutan. Dendam juga membuatkan dia menyepi dari dunia. Dan dendam juga yang membuatkan hatinya tertutup rapat menolak segala ihsan yang ada di muka bumi. Tetapi, Sampai bila hati yang disakiti mahu dibiarkan tidak berubat? Sampai bilakah dia mahu menyepi dan menyendiri sedangkan masih ada insan yang menyayangi dirinya? Sanggupkah dia berterusan menyakiti dan mengeji dirinya di atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan? Apakah kesudahannya kisah Balqis Batrisya? Akankah dia kuat seperti Ratu Balqis yang suatu ketika dahulu pernah menaungi sebuah kerajaan gah? Atau akankah dia kecundang berduka lara degan dendam yang tidak berkesudahan? #9 in ChickLit (12/1/2018) #5 in ChickLit (13/1/2018) #1 in ChickLit (14/3/2018) #1 in WattysMy-Hot List (27/11/2018) #5 in WattysMy (27/11/2018)
Epilog Cinta Mikayla by theannemoha
theannemoha
  • WpView
    Reads 434,693
  • WpVote
    Votes 16,185
  • WpPart
    Parts 64
[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "Ikut I." Muncul Muiz Adrian dengan janji untuk membantunya bagaikan penyelamat dalam masalah yang melanda Mikayla. "Mama, papa Muiz nak kahwin dengan Mikayla." Berkahwin dengan Mikayla merupakan jalan untuk membantu masalah Mikayla. Muiz yang selama ini diminati dan hanya mampu menjadi mimpi indah Mikayla tiba-tiba sahaja melamarnya untuk dijadikan isteri. Lamarannya itu bagaikan bulan jatuh ke riba. Prince Charming masuk melamar kut. Dilamar jejaka idaman dan berkahwin dengan orang yang hanya dikenali dari jauh merupakan dua isu yang berbeza. Mana mungkin kisah cinta Mikayla semudah itu! Tersekat antara syarat gila Muiz dan masalah yang kian menghimpit Mikayla, dia akhirnya memberanikan diri untuk mengambil risiko. Risiko untuk memperjudikan nasib dan masa depannya dengan berkahwin dengan Muiz. Muiz yang diminatinya dalam diam selama hampir empat tahun. Perkahwinan yang diimpikan mampu memberikan nafas lega buat Mikayla bertukar menjadi permulaan konflik yang baharu. Hubungan cinta halal yang membuatkan ramai pihak tidak berpuas hati dan mahu memghancurkan rumah tangga mereka berdua.