Completed
39 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,271,952
  • WpVote
    Votes 90,313
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Mawar Untuk Elhan -Revamp by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 322,577
  • WpVote
    Votes 11,550
  • WpPart
    Parts 60
Clarissa Humra, seorang wanita ceria. Namun keceriaan yang ditunjukannya hanyalah topeng semata-mata. Disebalik semua itu, dia hidup dalam kesukaran setelah dibuang oleh ayahnya hanya kerana ibunya difitnah. Di usia remaja, dia diuji dengan ujian yang maha hebat. Namun di atas ujian yang dia terima, dia jalani dengan reda. Kerana dia yakin, di setiap ujian yang Allah titipkan kepadanya ia adalah satu bentuk kasih sayang Allah untuknya. Disaat dia hampir dilanggar kereta, dia diselamatkan oleh seseorang yang bakal mengubah hidupnya. Elhan Al-Maleeq, adalah seorang doktor yang sangat dihormati. Dia yang menyelamat Humra dari dilanggar kereta. Tragedi tidak disangka itu telah menjentik hati Humra untuk mengenali Elhan dengan lebih dalam. Saat bertentang mata, hatinya terpaut suka pada jejaka itu secara tidak sengaja. Tanpa segan, dia mengejar jejaka itu untuk berkenalan namun sayangnya, salam perkenalannya ditolak mentah-mentah oleh jejaka itu. Walaupun Elhan menjauhkan diri, Humra terus mengejarnya tanpa rasa lelah. "Saya suka awak, Elhan."-Clarissa Humra "Jangan suka aku."-Elhan Al-Maleeq "Awak gay ke?"-Clarissa Humra "Balik Mawar."-Elhan Al-Maleeq "Mawar? Kenapa awak panggil saya Mawar?"-Clarissa Humra Ketika Humra menghilang dari hidup Elhan, barulah dia menyedari perasaannya terhadap gadis itu. Setelah mencari-cari, mereka bertemu semula di hospital, di mana Humra seakan-akan kehilang arah apabila kemerosotan kesihatan ibunya yang menghidap kanser. Bila Humra tiada tempat bersandar, Elhan menawarkan perkahwinan yang tidak dijangka. "You suffered enough lady, it's time to let go what's hurting you."- Elhan Al-Maleeq "Marry me, Mawar. Biar aku jaga kau." Elhan Al-Maleeq Bila dua jiwa disatukan, hadir bahagia yang diidamkan oleh Humra. Namun kebahagian yang dirasainya tidak berpanjangan apabila kehilangan orang tersayang meranapkan kebahagian yang dibinanya bersama Elhan.
Bunga Sofiea [C] by fereissae
fereissae
  • WpView
    Reads 115,895
  • WpVote
    Votes 3,526
  • WpPart
    Parts 91
- BUNGA SERIES #1 Flora Sofiea, seorang gadis berdarah kacukan yang mempunyai sebuah butik tudung yang berjaya dibuka atas usahanya sendiri tanpa mengharapkan duit yang ibu bapanya miliki. Flora mempunyai satu sifat yang dia pamerkan kepada orang sekelilingnya di mana, dia tidak sukakan lelaki. Dia tidak kisah akan makhluk tuhan yang bernama lelaki melainkan keluarganya. Sampai satu saat, ibu bapanya mahu menjodohkan dia kerana kejadian yang berlaku di butiknya dahulu. Flora membantah namun dia juga tidak mahu menghampakan orang tuanya. "The very best relationship has a gardener and a flower. The gardener nurtures and the flower blooms." Flora setuju. Hinggalah.. satu kejadian malang sekali lagi datang menimpa Flora saat dia mula menerima lelaki di dalam hidupnya. Apakah Flora berjaya bangkit kembali dan meneruskan hidupnya bersama lelaki itu? Atau sebaliknya? Jika Flora berjaya, adakah dia masih ingin bersama dengan makhluk tuhan yang bernama lelaki setelah dia mendapat tahu kejadian malangnya berlaku disebabkan seorang 'lelaki' juga?
+22 more
KAPTEN HUD ESHAN: HIS TRUE LOVE - [TERBIT] by mawarputih58
mawarputih58
  • WpView
    Reads 1,146,696
  • WpVote
    Votes 10,011
  • WpPart
    Parts 14
TERBIT - di bawah rumah penerbitan HA Novels
Di Lautan Biru [C] by EiSeoya
EiSeoya
  • WpView
    Reads 557,251
  • WpVote
    Votes 22,841
  • WpPart
    Parts 51
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah kenyataan ini? Tentunya tidak. Eleanore. Gadis yang mempunyai keinginan untuk menjadi salah satu anggota TLDM di Lumut, Perak. Mengikuti jejak langkah abangnya dalam TUDM. Beza cabang, sama peranannya. "I'm Eleanore Dhia Binti Elias. Call me Eleanore. I'm ready to serve you all," - Eleanore Dhia Taqiyyah. Tidak dinafikan bukan dia seorang sahaja anggota perempuan yang melibatkan diri dalam TLDM. Ada juga di unit lain. Pemilihan kepakaran dalam juruplot taktikal peperangan telah menyatukan Eleanore bersama tiga puteri yang lain. Mereka ibarat bunga yang mekar dikelilingi padang rumput yang luas. Pada satu saat, Eleanore terlihat jejaka yang sangat dikenalinya menjadi jurulatih untuk kumpulannya. Terasa seperti dirancang baik pertemuan mereka oleh Allah. "Kenapa kau terdetik hati nak masuk TLDM? Jarang jumpa spesis macam kau masuk kepakaran sini," - Al-Fajar Qarizh. "Aku nak buktikan yang perempuan layak untuk menjadi salah satu pejuang negara dan boleh jadi setaraf dengan pejuang lelaki yang lain," - Eleanore Dhia. Impressive. Satu aura pejuang yang kuat dalam diri Eleanore membuatkan Fajar tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam. Semakin lama mereka bersama, semakin banyak ujian yang menimpa Eleanore hinggakan banyak rahsia yang terbongkar terutamanya Fajar. "Aku milik kau. Kau milik aku. Dan kita berdua milik negara. Andai salah seorang daripada kita mati syahid satu hari nanti, teruskanlah perjuangan kita dan jangan sesekali berundur untuk mengalah terlalu awal," - Al-Fajar Qarizh [Start: 1 May 2024 End: 28 Sept 2024 ] [100% karya asli] [1st Version]
Purrfect Match (Kita Yang Disusun Semesta) by DeianDyan
DeianDyan
  • WpView
    Reads 1,950,778
  • WpVote
    Votes 362
  • WpPart
    Parts 12
Padanan sempurna itu, sifatnya terpisah sebelum dicantum menjadi satu. Dua bulan usia pernikahan, mereka berpisah haluan. Sehinggalah takdir pertemukan setelah empat tahun berjauhan. Flora inginkan jawapan. Hanan pula membina alasan. Lantas, ikatan mereka dijadikan taruhan. "Let's start over. Bukan sebagai jiran, bukan sebagai sahabat. This time, as husband and wife." - Dzulhanan Daneeyal "Ini satu-satunya peluang yang aku akan beri pada kau, Hanan. You better fix all the broken pieces." - Flora Humairah Lalu saat kepingan-kepingan itu dikutip dengan hamparan mengapa ia berkecai sedari awal, mampukah alasan itu diterima sang akal? *** Cetus Amaran: Trigger Warning // TW: ⚠ Non-Consensual Act ⚠ Drugs
Mr Vader (Edit) by coffeloff
coffeloff
  • WpView
    Reads 153,173
  • WpVote
    Votes 3,849
  • WpPart
    Parts 23
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin. Wajah dan apa yang dilakukan lelaki itu seperti dia kenal. Cuma dia tak dapat ingat. "I knew you will remember me, Fatima. "- Sheikh Fahad Muqris. Satu per satu ingatan lampau diingat. Rasa macam nak selam muka dalam air. Nak lari sejauh -jauhnya. Malu jangan cakaplah. Sheikh Fahad Muqris. Hanya seorang lelaki biasa. Lelaki yang selalu muncul di hadapan Ashal sebaik sahaja mata dicelikkan. Penghantar makanan dengan patung panda yang berada di motosikal. Lama kelamaan, perasaan kurang enak mula datang. Bagi Ashal, dia bukan lelaki biasa. Bukan sekadar penghantar makanan biasa. Muqris selalu berada dekat dengannya. Di mana -mana sahaja. Banyak persoalan yang berlegar di fikiran Ashal tetapi tidak ditanyakan. "You have two options. Try to live or die without anyone knowing. "- Sheikh Fahad Muqris. Rupa -rupanya kehilangan Haizul tanpa berita ada kaitan dengan Muqris. Segala persoalan mula terjawab. Persoalan yang terbongkar tidak mampu untuk Ashal terima. "Kenapa semua ni berlaku pada saya?"- Fatima Ashal. "Allah sends a test that every one of His servants can face. I will help you to face the test. Even if I had to face death for you. "-Sheikh Fahad Muqris. Lelaki yang dia pernah kenal datang untuk menghulurkan tangan. Berikan bahu tempat untuk dia bersandar. Walaupun mereka berdua tidak rapat, Muqris sanggup mengharungi ujian itu bersama -sama dengannya. Mampukah dia? Start: 2/9/2022 End: 10/10/2024 ⚠️ kesalahan grammar ⚠️typo di mana-mana ⚠️slow update but fast update jika diseru
RINDU YANG DICARI [ C ]  by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 468,831
  • WpVote
    Votes 21,496
  • WpPart
    Parts 54
-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia masih berjuang dengan diri sendiri dalam mempertahankan rumah tangganya. "Awak memang nak berpisah ke?" - Isa Khaleed - Seorang wanita yang bekerjaya dalam dunia seni. Namanya dikenali satu Malaysia. Sikap karisma dan tegas membuatkan ramai menghormatinya dalam dunia seni. Namun dia memilih untuk berhenti dalam memperjuangkan rumah tangganya yang dibina selama 2 tahun. "Kita berdua dah hilang rasa. Lebih baik berpisah," - Kaysa Jameela - Dua hati yang dulunya indah bila bersama. Ketawa dan menangis sentiasa ada antara satu sama lain. Tetapi perasaan yang dulunya indah mula menjadi kelam dan menghilang. "Awak dah janji kan? Kenapa tak buat?" - Kaysa Jameela. "Awak ada hal awak. Saya pun sama. Jadi kenapa perlu pertikaikan?" - Isa Khaleed. - Adakah mereka akan bersatu? Selama beberapa bulan sebelum perpisahan dilaksanakan? Start : 21 Julai 2024 End : 28 September 2024 [ Story ke-16 ]