milearoslan's Reading List
3 stories
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,762,843
  • WpVote
    Votes 139,897
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Always Be Your Spy by eiyka_96
eiyka_96
  • WpView
    Reads 63,966
  • WpVote
    Votes 1,185
  • WpPart
    Parts 15
Sufie, Liana, Luqman dan Syaqir bertemu apabila Luqman, Syaqir dan abang Sufie graduate. Sufie bertemu semula dengan skandalnya, Syaqir. Pertama kali berjumpa dengan Liana membuatkan hati Luqman pula terpaut. Disebabkan Luqman mendapat nombor Sufie, Luqman meminta bantuan Sufie untuk mengenali Liana. Sebagai balasan, Luqman perlu memberitahu apa sahaja tentang Syaqir seperti Luqman akan spy Syaqir manakala Sufie akan spy Liana. Mereka saling bertukar cerita hampir setiap malam. Mereka bercadang untuk bercuti di pantai, namun sesuatu telah berlaku kepada Sufie dan Luqman. Mengahwini Sufie bukanlah satu rancangan Luqman apatah lagi Sufie ialah adik kawan baiknya. Kes penculikan Sufie sebelum perkahwinan mereka membuat Sufie pelik dengan keupayaan Luqman. Selepas mereka berkahwin, terbongkar sebuah rahsia besar yang Luqman simpan daripada semua orang. Luqman juga dalam diam menyelongkar sejarah latar belakang Sufie. Apa yang terselindung disebalik kes kemalangan yang mengorbankan kedua ibu bapa kandung Sufie? Adakah abang kembar Sufie mengetahui dia berpihak pada yang jahat? Akankah Sufie dapat menerima dan menghadapi dugaan yang menimpanya selepas berkahwin dengan Luqman? #notfanfic #novel #spy #noplagarismpls #secondnovel #99 highest rank I wrote this myself.. This is my own idea.. Hope you guys enjoy it.. pls give comments n vote it
Sepupuku Bodyguardku by yugimxrks
yugimxrks
  • WpView
    Reads 95,618
  • WpVote
    Votes 3,073
  • WpPart
    Parts 35
Kisah seorang remaja perempuan yang di kacau oleh seorang lelaki yang bernama Tom yang usianya 40-an. Tom ingin membalas dendam terhadap Amelia. Amelia ingin mencari jawapan untuk masa lalunya dengan memberanikan dirinya untuk berdepan dengan Tom. "Apa awak nak?" - Amelia "Aku nak bunuh kau!" - Tom "Kami akan sentiasa lindungi awak!" - Sepupu Amelia "Saya cintakan awak" - James 10 tahun lalu, Amelia mengalami kenangan yang pahit. Dia mengalami kecederaan teruk dan menyebabkan dia mengalami amnesia. Dia tidak ingat akan masa lalunya. Dia juga tidak tahu siapa itu Tom. Ibu bapa Amelia terpaksa menghantar Amelia ke Malaysia agar dia tidak dikacau oleh Tom. Tetapi apa yang ibu bapanya tidak tahu. Tom sudahpun berada di Malaysia. Segala tiket penerbangan ibu bapanya yang ingin ke Malaysia telah dia cancel kan. Tom berbuat demikian agar rancangan jahatnya akan berjalan dengan lancar. Nak tahu selanjutnya? Jemput baca buku ini. Buku ini khas buat anda :))