nmairahh's Reading List
113 histoires
TAKDIR YANG TAK DIAMPUNKAN ✅ par rianelys
rianelys
  • WpView
    LECTURES 4,779
  • WpVote
    Votes 423
  • WpPart
    Chapitres 55
07 | TAKDIR YANG TAK DIAMPUNKAN [SPIN OFF TAKHTA DOSA] "Cinta yang dipilih... walau takdir enggan mengampunkan" ALVIES LORENZO | HAZEL QASDINA Hazel pernah percaya bahawa kehilangan adalah pengakhiran segalanya. Dia kehilangan ibu. keluarga. Kepercayaan. Dan hampir kehilangan dirinya sendiri. Selepas tragedi yang meruntuhkan hidupnya, Hazel memilih untuk berjalan sendiri, membina semula empayar yang hampir musnah demi kasih cintanya pada papa meskipun pernah dikhianati. Menutup hati daripada sesiapa yang bernama cinta. Kerana baginya cinta bukanlah segalanya. Sehinggalah seorang lelaki muncul dalam hidupnya meskipun perkenalan itu sungguhlah singkat. Alvies Lorenzo. Lelaki asing dari Itali yang pernah datang sebagai penyelamat... dan pergi sebagai dosa yang tidak mampu dia lupakan. Alvies bukan lelaki biasa. Dia pewaris empayar korporat berpengaruh Eropah. Dunia mengenalinya sebagai lelaki berkuasa. Musuh mengenalinya sebagai ancaman. Dan masa lalunya... dipenuhi rahsia gelap yang tidak pernah benar-benar mati. Namun kali ini, Alvies kembali bukan untuk perang. Dia kembali untuk Hazel. Ketika bayang-bayang masa lalu mula memburu semula dan ketika cinta mereka dipersoalkan oleh agama, darah dan takdir. Alvies membuat satu keputusan yang mampu menghancurkan segalanya. Dia sanggup meninggalkan dunia lamanya. Kerana Hazel bukan sekadar wanita yang dia cintai. Hazel adalah takdir yang dia pilih walaupun dunia tidak akan pernah mengampunkan mereka. Ada cinta yang lahir dari luka. Ada cinta yang menuntut pengorbanan. Dan ada cinta... yang hanya mampu hidup sebagai takdir yang tidak diampunkan.
The Debt of Loving You par qalamsenja_
qalamsenja_
  • WpView
    LECTURES 19
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Chapitres 6
Adrian Hale married Elara Quinn to avenge the death of his sister, Isobel, whose life was shattered by her father's choices. Yet, from the moment they met, the lines between duty and desire began to blur. Every glance from Elara ignites a storm within Adrian-a dangerous pull he cannot tame, no matter how hard he tries. For her part, Elara senses the walls Adrian builds around his heart, yet she cannot resist the warmth behind his cold restraint. Loving him feels like a betrayal, hating him impossible when every touch leaves her breathless. Between vengeance, obligation, and the ghosts of the past, they are trapped in a war of hearts-a battlefield where surrender could mean ruin, but resistance may be even more painful.
Love at second sight par qalamsenja_
qalamsenja_
  • WpView
    LECTURES 41
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Chapitres 3
Pertemuan tidak diduga memaut ikatan cinta di antara dua insan, Afiq Hakimi dan gadis polos, Aleesya Hana. Namun, perjanjian rahsia di antara Afiq Hakimi dan adik kembarnya, Arif Hakim kini memakan diri. Realiti pahit terpaksa ditelan meskipun jiwa raganya hancur. Dia sedar, Aleesya Hana bukanlah takdir yang tertulis untuknya. "Why do I have to lose you this way?"
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒 par MySerraa
MySerraa
  • WpView
    LECTURES 746,993
  • WpVote
    Votes 34,429
  • WpPart
    Chapitres 61
[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama menambat hatinya. Tambahan lagi, rezeki seperti berpihak kepadanya apabila dia diupah menjadi bodyguard gadis itu. "Selamat pagi Cik Khayra. Saya bodyguard Cik Khayra mulai hari ini." -Tengku Ayden Qaiser Siapa sangka, pertemuan biasa sewaktu alam persekolahan, menghadirkan rasa asing dalam diri. Namun, semakin lama dia mendekati gadis itu, semakin banyak rahsia yang tidak diketahuinya. Andaikan dia tahu gadis itu perlu melalui semua itu, sejak awal lagi akan dia jadikan gadis itu yang teragung di hati. Akan dia bahagiakan Khayra tanpa sedikitpun kesedihan. Khayra Soffeya, seorang gadis yang kasar dan bekerjaya. Mempunyai perniagaan sendiri dan selesa berdikari memandangkan dia hanya ada diri sendiri. Datang dari keluarga yang porak peranda dan hidup dalam trauma yang tak dapat dibendung. Sejak kehadiran seorang lelaki yang diupah menjadi bodyguard, dia terasa hidupnya disekat. Dia tak dapat berdikari dan lakukan semua sendiri lagi. Disebabkan itu, dia tidak suka akan kehadiran Ayden. "Aku tak tahu apa niat kau dekati keluarga aku tapi yang pasti aku takkan biarkan kau terlepas. Watch out." -Khayra Soffeya 'You are my one and only intention why I came here.' -Tengku Ayden Qaiser "I'll never give up on you even though you keep pushing me away." -Tengku Ayden Qaiser "Buang je lah niat tu jauh-jauh. Aku bukan perempuan yang patut kau perjuangkan." -Khayra Soffeya 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ( 2/10/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐭𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 ( 16/11/2022 )
Of Ruins and Roses par KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    LECTURES 132,670
  • WpVote
    Votes 5,957
  • WpPart
    Chapitres 125
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "𝙼𝚊𝚗𝚊 𝚔𝚊𝚞, 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐? 𝙹𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚕𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚞." - Rayyan Harith. "𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚐𝚞𝚙. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚖𝚊𝚊𝚏." - Aira Humaira.
Cinta Yang Telah Mati [ C ] par thederyshaa
thederyshaa
  • WpView
    LECTURES 238,840
  • WpVote
    Votes 6,728
  • WpPart
    Chapitres 81
His Second chance " Cintakan abang sekali lagi sayang " Megat Qays Hilman, 30 tahun - jutawan muda yang punya segalanya: harta, kuasa, wajah kacak. Namun di sebalik kesempurnaan itu, dia lelaki yang dingin, penuh ego, dan menyimpan luka yang menjadikan hatinya keras bagai batu. Hanan Arisya, 25 tahun - gadis biasa yang kasar bahasanya, namun jauh di sudut hati, dia seorang yang manja dan lembut. Hidupnya berubah 360 darjah apabila dipaksa berkahwin dengan Hilman atas rancangan keluarga. Bagi Hilman, perkahwinan itu satu beban. Baginya, Hanan hanyalah "perempuan murahan" yang merampas kebahagiaannya. Bagi Hanan pula, Hilman adalah lelaki yang tak pernah berhenti melukakan hati dan harga dirinya. Namun semakin lama mereka bersama, semakin jelas satu perkara: dendam tidak selamanya mampu menutup rasa. Luka yang dalam, penghinaan yang kejam, dan tangisan yang tertahan... adakah semuanya akan berakhir dengan kebencian, atau lahirnya sebuah cinta yang baru? Di antara ego seorang lelaki dan ketabahan seorang wanita, siapakah yang akhirnya akan kalah - dan siapakah yang akan benar-benar terluka? Megat Qays Hilman X Hanan Arisya Book 1 by thederyshaa
Humaira par Missyuki12_
Missyuki12_
  • WpView
    LECTURES 4,379
  • WpVote
    Votes 211
  • WpPart
    Chapitres 23
HAURA X HAROQS Dia tidak datang dengan kecantikan, tapi dengan ketenangan yang membuat setiap mata tunduk dan setiap hati ingin berubah. Dalam diamnya ada doa, dalam langkahnya ada makna. Dia adalah wanita yang dicintai Allah dan sesiapa yang ingin menemuinya, harus jatuh cinta kepada Allah terlebih dahulu.Namun, mampukah seorang lelaki yang baru belajar tentang cinta sejati itu bertahan, ketika perasaan dan keimanan diuji pada masa yang sama? Mungkin aku tidak ditakdirkan untuk bersamanya, tapi cukup aku mengenalnya bahawa mencintainya adalah satu hal terindah yang pernah aku lalui. ~ Haroqs Adhwa. Aku tidak ingin memilikinya, aku hanya ingin sejalan dalam doa yang sama. ~ Haura Humaira
Tepat Memiliki  par MySerraa
MySerraa
  • WpView
    LECTURES 474,006
  • WpVote
    Votes 17,951
  • WpPart
    Chapitres 66
[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?
Sekali Lagi Memiliki par MySerraa
MySerraa
  • WpView
    LECTURES 521,050
  • WpVote
    Votes 17,593
  • WpPart
    Chapitres 69
[ Book 8 ] Selepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantang bertemu empat mata, pasti ada saja yang mahu digaduhkan. "Kau tak nampak ke aku tak suka kau?" -Fayyad Asyraf "Tuan ingat saya suka tuan? Saya berlipat kali ganda tak suka tuan." -Nur Asyrah Tiada siapa dapat menduga, daripada menjadi musuh, mereka boleh menjadi kawan sehingga menimbulkan perasaan sayang tanpa sedar. Namun, perasaan itu hanya dirasai oleh sebelah pihak sahaja. "Tahniah atas perkahwinan tuan dengan Umaira. Saya tumpang gembira." -Nur Asyrah Apa lagi yang boleh dia lakukan selain daripada mendoakan kebahagiaan rumahtangga lelaki yang dia cinta itu biarpun sakitnya tidak tertanggung. Bagaimana dia mahu menerima hakikat bahawa lelaki itu mengahwini sahabat baiknya? Jika dia tahu, lelaki yang sering disebut-sebut oleh Umaira adalah lelaki yang sama dia kenali, takkan mudah-mudah membiarkan hatinya jatuh cinta pada lelaki itu. Kini, bagaimana dia harus melalui hari-harinya selepas ini dengan hakikat itu? Mampukah dia reda dengan takdir Tuhan? Masih ada peluangkah untuk dia memiliki lelaki itu sebenar-benarnya?
Isteri Halal Sementara  par misssaira
misssaira
  • WpView
    LECTURES 400,361
  • WpVote
    Votes 5,083
  • WpPart
    Chapitres 22
Kisah Embun yang hanya memiliki seorang adik perempuan bernama Senjawati. Juga kisah seorang lelaki bernama Eibram yang menyukai gadis ayu bernama Senjawati. Pun, kisah dua insan yang ditakdirkan menyatu dalam sebuah ikrar perkahwinan demi perjuangan insan tersayang, iaitu Senjawati. Garis takdir mereka bertemu dalam perjuangan yang sama. [ PER BAB HANYA MENGANDUNGI 200-1000 PP SAHAJA ]