Thoyyibah's book
4 stories
Dia.. Delilah Lavelle [COMPLETED] by Dandelzel
Dandelzel
  • WpView
    Reads 482,114
  • WpVote
    Votes 30,611
  • WpPart
    Parts 98
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, dia dibuang sekolah kerana terpalit dengan satu masalah. Tiga tahun berlalu, rentak hidupnya mula berubah apabila mamanya berkahwin dengan seorang duda anak satu. Memulakan hidupnya sebagai pelajar di sebuah kolej elite, ternyata tidaklah sesulit yang dia sangka meski ada yang tidak menyukai kehadirannya. "Kau bawa bala dalam hidup aku yang sedia hancur ni, Delilah." - Diaz Raiden a.k.a abang tiri. "Blame your bad luck, brother!" - Delilah Lavelle. Diaz umpama api manakala Delilah adalah gasoline. Pantang bersua muka, pasti tercetus pertengkaran antara mereka berdua. Tapi kenapa dia rasa semua itu menyeronokkan? "Such a weird name, with a weird personality." - Qash Hayyan si muka stone. Gayanya dingin dengan muka tak berperasaan, namun tingkahnya yang manis buat Delilah keliru. Saat hubungan antara orang-orang sekelilingnya mula terbina, muncul angin badai yang menggoncang semula hidupnya. Masa lampau kembali menghantui sehingga dia rasa tak mampu untuk menghadapi realiti dunia. "Sahabat tak akan meninggalkan sahabatnya. Walau awak berada di titik terendah sekalipun." - Myra. Delilah akui perjalanan hidupnya tidak mudah. Tapi insan-insan yang berada di sekelilingnya membuat perjalanan itu indah walaupun berliku-liku. Idea cerita hak milik @dandelzel
Surat Terakhir Dari Aku Version 2 (BT) NEW VERSION by AnirahNadi
AnirahNadi
  • WpView
    Reads 3,958
  • WpVote
    Votes 86
  • WpPart
    Parts 10
Tagline: Dia menulis surat terakhirnya, bukan untuk dikenang... tapi untuk melepaskan. . Khansa Cairen hidup dengan luka yang tak pernah sembuh. Dikhianati darah daging sendiri, dia dipaksa menjadi manusia yang tidak dikenali, dan melahirkan seorang anak tanpa nama. Terpaksa menanggung stigma dunia. Namun kasih seorang ibu tetap teguh meski badai hidup menghimpit. Dalam gelap itulah Allah hantarkan seorang lelaki buta yang melihat lebih jauh dari mata manusia celik. Ustaz Yusraf Mukim, tenang, bijaksana, namun menyimpan rahsia yang perlahan-lahan memamah jiwanya. Bersama dua sahabat setia, Muhammad Qabla Fakir dan Muhammad Syed Ihtisyam, serta Muhammad Dinie Iktizaz. Dan dia juga mempunyai PA peribadi yang setia dengannya. Yusraf membimbing Khansa kembali ke cahaya iman, memberi harapan baru, dan memperkenalkan kehidupan yang tenang di Pusat Rumah Nur Cahaya. Di antara mereka terbina sebuah hubungan yang tidak pernah diucapkan. Cinta yang tak dimiliki, hanya dijaga. Doa yang tidak disebut, hanya disimpan dalam diam. Meski begitu, Khansa tetap diuji oleh realiti, keluarga memanggilnya kembali, dan dia terikat dengan perkahwinan yang dipaksa demi janji duniawi. Sementara itu, Yusraf sendiri menanggung rahsia besar penyakit kanser yang hanya diketahui oleh sahabatnya. Khansa juga menanggung penyakit yang serupa, namun kedua-duanya tidak tahu keadaan masing-masing, sibuk dengan perasaan yang bertembung. Detik kritikal tiba ketika Yusraf menerima surat terakhir Khansa, luahan hati, doa, dan pelepasan yang tidak sempat diucapkan. Malam sebelum Khansa dinikahkan dengan lelaki pilih keluarganya, surat itu sampai meruntuhkan dunia yang Khansa cuba bina, dan menghidupkan kembali cinta yang tidak pernah sempat lahir. Pusat Rumah Nur Cahaya dan Tahfiz Nur-Ridha tetap menjadi saksi perjalanan jiwa yang terluka, tempat kelahiran semula harapan, dan bukti bahawa cinta yang ikhlas adalah cinta yang mampu melepaskan, walaupun hati tidak pernah benar-benar sembuh.
Surat Terakhir Dari Aku Version 1 (BT) NEW VERSION  by AnirahNadi
AnirahNadi
  • WpView
    Reads 2,533
  • WpVote
    Votes 250
  • WpPart
    Parts 10
Dalam kehidupan Khansa Cairen dan Yusraf Mukim, setiap detik menjadi ujian yang membebankan menguji kesabaran, keyakinan, dan ketabahan mereka melebihi apa yang pernah dibayangkan. Mereka dipaksa berdepan dengan keadaan di mana hati dan akal sering bertembung, menuntut mereka memilih antara perasaan dan tanggungjawab. Di satu sisi, cinta hadir bersama keikhlasan dan pengharapan. Namun di sisi lain, realiti hidup memaksa pengorbanan, kesabaran, dan keberanian untuk menerima hakikat yang tidak mudah. Khansa, wanita tegas yang menyembunyikan luka dalam diam, terpaksa menilai setiap langkah dan keputusan yang dibuat. Dia tahu setiap pilihan membawa kesan besar-bukan sekadar kepada dirinya, tetapi juga kepada Yusraf yang diam-diam memerhati, memahami, dan menanggung gelora sendiri. Yusraf pula, seorang lelaki yang bijaksana, tenang dan bertanggungjawab, belajar untuk menghormati ruang dan rahsia yang disimpan Khansa. Walaupun jiwanya sering berperang dengan rasa, dia tetap memilih jalan sabar-kerana dalam hatinya, cinta bukan milik yang dipaksa, tetapi anugerah yang dijaga dengan doa. Mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang kompleks, di mana cinta yang ikhlas bersulam kerisauan, rasa bersalah, dan ketakutan kehilangan. Setiap surat, setiap nota, dan setiap perkataan menjadi wadah yang menampung beban yang tidak mampu diungkap secara lisan. Dalam setiap helai surat yang ditulis, ada air mata yang jatuh tanpa sedar; ada doa yang disembunyikan antara baris-baris ayat yang lembut. Di situlah mereka belajar bahawa cinta sejati bukan tentang memiliki, tetapi tentang memahami, menghargai, dan melepaskan dengan reda. Kisah ini bukan sekadar kisah cinta dua hati yang teruji, tetapi juga perjalanan jiwa yang mencari makna di sebalik takdir, kehilangan dan pengampunan. Dari rasa bersalah yang menjerut, hingga penyesalan yang perlahan-lahan disucikan oleh doa, setiap langkah Khansa dan Yusraf membawa mereka semakin dekat kepada makna sebenar cinta kerana Allah.