SalinahSari's Reading List
6 stories
Isteriku Ketua Gengster? (C) by Aurora_iqma
Aurora_iqma
  • WpView
    Reads 912,276
  • WpVote
    Votes 25,761
  • WpPart
    Parts 71
"Isteriku Ketua Gengster ??"..Nur Syamila Aishah adalah Seorang wanita yang naif,pemalu tetapi tersembunyinya satu kisah yang dimana tiada siapa tahu siapa sebenarnya dia. termasuk keluarga dan teman rapatnya..Mahupun suaminya sendiri.. sehinggalah rahsia tersebut terbongkar dan diketahui oleh suaminya sendiri.. ketahui cerita selanjutnya didalam cerita "Isteriku Ketua Gengster??".. #first stoy p/s : cerita ni datg dri idea sy sendiri..xad copy paste dr crte org lain..so if ada y sme dgn sy..hope jgn kte sy copy paste sbb penat² saya perah otak jadi tolong hormat idea saya ni okay readers..maaf kalau sinopsis pendek.. start : 20july 2016 end : 06 Oct 2016 Ranking #6 in romance -Nov
Jangan! by sprofove
sprofove
  • WpView
    Reads 1,144,830
  • WpVote
    Votes 35,273
  • WpPart
    Parts 49
"Kau tak memahamiku dan sukar untukku menjelaskannya. Jadi, jangan...." Syahrul seorang lelaki yang mempunyai segala-galanya kecuali satu, Cinta! Elina seorang gadis biasa-biasa tetapi mempunyai gaya dan personaliti yang tersendiri dan tidak pernah bercinta kerana ingin menjaga hatinya buat yang berhak. Tanpa disangka-sangka, mereka berdua ditemukan kerana suatu kemalangan. "Siapa yang langgar siapa?...."-Elina. Elina bersetuju untuk berkahwin dengan Syahrul untuk membalas budi lelaki itu semula tetapi masing-masing meletakkan syarat dan perjanjian. "Aku janji lepas enam bulan kita kahwin, kau nak bercerai pun aku akan lakukan. Aku yakin mama aku tak akan memaksa aku untuk berkahwin lagi." -Syahrul. namun, hati siapa dapat menolak cinta yang mula menjalar dalam diri? hari- hari bersemuka dan hari-hari bergaduh mula menerbitkan rasa rindu, cemburu dalam diri masing-masing.
Mr.suami Budiman by azfarxx
azfarxx
  • WpView
    Reads 180,734
  • WpVote
    Votes 3,939
  • WpPart
    Parts 32
"nilah isteri abang yang dok panggil abang Mr Budiman haritu ye.Amboi nakalnya sayang ye, so start today im your Mr Suami Budiman......"-Nazrin ".....abang bangunlah,sayang nak jugak abang bangun..kenapa abang tinggalkan sayangg..."-Humairah Apakah yang terjadi dalam perjalanan hidup antara Humairah dan Nazrin?Bagaimanakah pengakhirannya?Rahsia apakah yang mak dan ayah simpan? Pengakhiran yang tak disangka..... saksikan.....
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,450,293
  • WpVote
    Votes 90,932
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Tanya Sama Hati ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 1,315,482
  • WpVote
    Votes 58,510
  • WpPart
    Parts 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kalau hendak terus jatuh cinta pandang pertama. Memang taklah! Juwita dan Haris ibarat magnet yang berlainan kutub. Sejauh mana Juwita cuba mengelak, selagi itulah Haris makin mendekat. Bagi Haris pula, gadis seunik Juwita perlu didekati. Haris tahu ada sesuatu yang istimewa disebalik seorang Cikgu Juwita. Sesuatu yang istimewa dan tidak patut dilepaskan. Tetapi bagaimana pula jika persaingan untuk mendapatkan Juwita tidak mudah? Mampukah Haris bertahan dengan adanya Khal dan Yusuf yang masing-masing mahu mendapatkan Juwita juga? Ibarat sebuah trofi terulung, siapakah yang bakal memenanginya nanti?