EitaJufriaizawa's Reading List
8 stories
SETELAH TERLAFAZNYA AKAD by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 282,118
  • WpVote
    Votes 1,746
  • WpPart
    Parts 11
WHATSAPP 013 2588069 WWW.DEARNOVELS.MY Tajuk: SAAT TERLAFAZNYA AKAD Penulis: Anna Milia ISBN: 978-967-2116-14-1 Harga: RM24.00 / RM27.00 Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan. Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing. "Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni." - Hanan "Beres!" - Nawal Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri. Tetapi, kali ini Nawal tidak lagi berkahwin pondok apabila dia jatuh cinta berkali-kali dengan Hanan. Dia tidak rela berpisah dengan Hanan. Untuk itu, dia perlu menjadi wanita sempurna di mata lelaki itu. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya dan anak mereka.
Kosong by Eva_Qistine
Eva_Qistine
  • WpView
    Reads 57,251
  • WpVote
    Votes 51
  • WpPart
    Parts 12
Aku ingatkan ini bukan cerita romantik seperti yang engkau bayangkan dan akan berakhir dengan happy ending biasalah cerita melayu cliche tetapi cerita ini akan berakhir dengan pembunuhan kejam yang tidak sanggup kau bayangkan . Aku ingatkan kalau tidak suka cerita ini kau boleh klik cerita lain yang lebih menarik .
Dia Pengantinku by ain_ssasin
ain_ssasin
  • WpView
    Reads 7,513
  • WpVote
    Votes 62
  • WpPart
    Parts 10
[RS] Jatuh itu amat memeritkan, tetapi jatuh cinta kepadamu ingin aku ulang berkali-kali. -sinopsis- Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjaya lebih penting daripada memikir soal jodoh.Apatah lagi dia bukanya gadis yang pandai memasak. "Awak ni buta ke?!"Tak nampak ke saya tengah jalan ni? " Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkinganya adalah anak majikanya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada Karinval pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif. Entah di mana harus disorok wajahnya. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinga berdesing sebaik mendengar suara gemeresik Syed Ashraf memanggilnya,"Cik Pengantin"Gelaran yang paling benci didengarnya. Rombongan merisik datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin. Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar jua, ada perasaan bertamu di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun, sikap yang sama kedua-dua lelaki ini membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang. Vote 🌟 Comment 💬 @ain_ssasin Start : 23 march 2019 End : -
Tuan Daniel by AdrianaSophillea
AdrianaSophillea
  • WpView
    Reads 23,383
  • WpVote
    Votes 508
  • WpPart
    Parts 7
Cinta yang diatur oleh keluarga tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali Bernama Daniel telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah.dan alangkah 'sengalnya'menjadi pembantu rumah yg serba tidak tahu membuat kerja rumah.Terjalinkah cinta mereka?Bagaimanakah Daniel menangani seorang maid
ASALKAN DIA BAHAGIA by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 334,821
  • WpVote
    Votes 1,953
  • WpPart
    Parts 14
Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia 'harus' mengahwini Haris Aryan demi 'membawa pulang' Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi. Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya. "Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi...mama dah salah faham."- Ikmal. Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan. "Dira isteri aku, Ikmal." Suara Haris tegang. "Dan dia juga adik aku," Balas Ikmal, juga dengan suara tegang. "Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami." Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri. Payahnya hubungan mereka apabila perkataan 'orang ketiga' sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.
BAHAGIA BUKAN BIDAAN by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 259,027
  • WpVote
    Votes 1,381
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Bahagia Bukan Bidaan Penulis: Hessa Widad Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-076-2 Muka Surat : 560 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2018 "Dengar sini, Ain Farhana binti Sulaiman, aku ceraikan kau dengan talak satu." - Azlan "Terima kasih." - Ain Farhana Lega. Walaupun perkahwinan yang terbina selama 16 tahun terpaksa dibubarkan. Dia perlu bebas. Bebas daripada kecurangan suaminya. Belum sempat mencari bahagia baru,niatnya sudah terhalang dek desakan Azlan supaya mereka bersatu semula. "Hana, kita rujuk demi Kimi dan Ida, ya?" - Azlan "Hana dah letih guna sebab yang sama untuk terima abang. Hana tak mampu nak tipu hati Hana lagi. Hana kecewa sangat." - Ain Farhana "Kalau begitu, abang tak izinkan Hana jumpa langsung dengan Kimi dan Ida!" - Azlan Haknya sebagai ibu dinafikan!Kimi dan Ida adalah segala-galanya bagi dia. Hana hilang arah. Sering menyendiri, percubaan bunuh diri, hampir dilanggar lori,tidak hiraukan keadaan sekeliling sehingga menyebabkan kemurungan yang dihadapi bertambah parah. Begitu kuat kesan yang ditinggalkan oleh Azlan terhadapnya. Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana. "Hana, sekali saya lafazkan I love you, saya memang maksudkan yang saya cintakan Hana." - Nik Zachary Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?
Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 267,235
  • WpVote
    Votes 8,464
  • WpPart
    Parts 20
Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif. "So I am your replacement husband?"- Ian Hadif "If you want to say so." - Iman Amani Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek 'memelayukan' si mat salih celup. "What is selipar Jepun?" - Ian Hadif "Japanese's slippers." - Iman Amani "Oh... the one that they wear with their kimono?" - Ian Hadif Iman Amani mahu pengsan!Tapi...Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster! "It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight." - Ian Hadif "Betul ke apa yang awak cakap tu?" - Iman Amani "Cakap apa?" - Ian Hadif "Pasal love at a deeper sight tu." - Iman Amani "Bila masa saya cakap macam tu?" - Ian Hadif Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri. "To form an I squared, you need two I's. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number's function." - Ian Hadif "Tell him that I love him, so much."- ImanAmani. Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau 'I kuasa dua' perlukan dua huruf 'I', bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?
PEMANGSA (REVENGE 2 - TELAH TERBIT) by MuhammadFatrim
MuhammadFatrim
  • WpView
    Reads 16,858
  • WpVote
    Votes 841
  • WpPart
    Parts 12
TELAH TERBIT. 12 BAB AWAL UNTUK BACAAN ANDA. ^_^ SINOPSIS PEMANGSA (REVENGE 2) ; Ini kisah aku. Kisah seorang wanita bernama Aisha yang dibunuh oleh Akram, suamiku sendiri. Pernah bayangkan orang yang kau sayang dan cinta sepenuh hati cuba membunuh kau? Cuba melenyapkan kau daripada dunia ini? Hari aku dibunuh aku mungkin mati, tapi aku janji, DENDAM ku takkan diam...