NurNovel's Reading List
20 stories
Alergi Mamat Romantik by karyaseni2u
Alergi Mamat Romantik
karyaseni2u
  • Reads 127,154
  • Votes 2,686
  • Parts 15
Kerjaya sebagai penulis novel separuh masa secara rahsia, hal ini membuatkan dunia Nurul Kaisara bergelumang dengan ayat-ayat bergula. Pembaca kata, hero kena sweet, barulah cerita jadi best! Tapi bagi Kaisara cukuplah jika bakal imamnya memenuhi dua kriteria. 1. Bukan kawan baik. (Pernah bercinta separuh jalan dengan kawan baik.) 2. Bukan lelaki romantik. (Lelaki mulut manis biasanya kaki perempuan.) Lalu muncul pula peguam baru di ofis Kaisara. Habis dibangkang kriteria lelaki idaman Kaisara yang langsung tak masuk akal. Satu insiden telah terjadi. Rupa-rupanya Arjuna ni adalah peminat novel-novel Kaisara. Notis ugutan dilayang. Kaisara kena ajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. Jika Kaisara menolak, identiti sebagai penulis akan dibocorkan. Takut rahsianya terbongkar, tawaran untuk mengajar subjek 'romantik' diterima tanpa rela.
SANGGUPKAH BERSABAR SAYANG? by karyaseni2u
SANGGUPKAH BERSABAR SAYANG?
karyaseni2u
  • Reads 45,701
  • Votes 1,031
  • Parts 15
Tajuk: SANGGUPKAH BERSABAR SAYANG? Penulis: Rehan Makhtar Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-038-0 Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak) TERBITAN EKSKLUSIF - AKAN MULA DIJUAL DI EKSPO BUKU MALAYSIA 2016 bermula 14-18 Disember 2016. BILIK KEDAH & JOHOR. PWTC Pertama kali melihat Qaiser Wardah, dia hanya berasa belas pada gadis itu. Tapi marahnya reda dengan sendiri apatah lagi bila dapat tahu gadis yang nampak sempurna itu sebenarnya buta. Mereka... Sepertinya ada kisah silam bersama. Ada rasa yang sama iaitu kerinduan. Tengku Cairel sarat menanggung rindu pada yang masih ada dan Qaiser Wardah gagah menggalas rindu pada yang sudah pergi.
Dendam Seorang Cinderella by Melyn_Aristokra
Dendam Seorang Cinderella
Melyn_Aristokra
  • Reads 712,171
  • Votes 26,371
  • Parts 66
Elyana, anak seorang pembantu rumah telah didera oleh Datin Sakinah, anak perempuannya yang gedik, Aishah Ilya dan anak lelakinya yang sombong, Idham Fauzi. Hanya Dato Munir yang menyayangi Elyana seperti anak kandungnya sendiri. Satu hari, di majlis perkahwinan Idham, tunangnya Raziah tidak sampai-sampai ke dewan majlis, dan Elyana dipaksa berkahwin dengan Idham sebagai pengganti Raziah demi menjaga air muka keluarga mereka. Selepas kahwin, Elyana tidak dilayani seperti seorang isteri dan Idham berfoya-foya dengannya dan Raziah berjanji dengan bekas tunangnya itu akan merampas dia kembali daripada Elyana. Raziah dan Idham ditangkap khalwat dan mereka berdua disahkan berkahwin. Elyana rela dimadukan namun dia sering didera oleh Raziah. Satu hari, Raziah telah merancang untuk membunuh Elyana dengan membakarnya di dalam rumah hidup-hidup. Namun sebenarnya Elyana berjaya melarikan diri dari ruah namun wajahnya sudah terbakar dan sudah tidak memiliki wajahnya yang dulu. Dia dijumpai oleh Datin Hasliza, pemilik syarikat fesyen dan janda yang kaya itu menanggung perbelanjaan pembedahan plastik yang perlu dibuat oleh Elyana. Elyana mendapat wajah lain dan baharu dan dijadikan anak angkat oleh Datin Hasliza. Setelah mengetahui akan kisah silamnya, Datin Hasliza merancang untuk menolong Elyana membalas dendam terhadap keluarga Dato Munir. Adakah misi Elyana akan berjaya? Highest peak : #25 in Romance (6/6/2017) Status : Ongoing
Sayang, Anak Mak! by nojie09
Sayang, Anak Mak!
nojie09
  • Reads 4,052
  • Votes 80
  • Parts 15
BLURB "Patutnya abah bersyukur sebab Amani tak habiskan masa dengan teman lelaki. Bercouple tu kan haram." Amani menggelabah dengan permintaan karut abah. Permintaan itu, tak pernah dibuat dek abah orang lain. Nak kenalkan macam mana, kalau dia tak ada teman lelaki. Yalah, dia ni perempuan jenis kasar, berani dan hobinya pula merempit. Sudahnya, dilantik anak mak itu sebagai hero untuk drama sebabak 'pakwe makwe' yang akan diarahkan dan dilakonkan sendiri. "Saya kan, ada? Saya boleh kahwin dengan Amani!" Dek kerana lafaz janji spontan Hafiey, drama sebabak 'pakwe makwe' dengan Amani sudah menjadi realiti yang tiada tamat tempoh. Mereka berdua diikat dalam ikatan dan direstui oleh keluarga sampai hujung nyawa, walau kahwin tanpa kerana cinta. Malam pertama, Hafiey dah kena denda. Itulah! Siapa suruh memandai yang bukan-bukan dengan Amani, anak askar pencen tu. Anak mak bukan sebarang anak mak. Anak mak ni, berani mengakui perasaan sendiri. Tak seperti lelaki lain kat luar sana. Hafiey mengaku suka dan sayang pada Amani. Tapi bila masuk soalan seterusnya, anak mak ni dah jadi bingung kejap. "Kau...cintakan aku?" "Cinta. Apa maksudnya, ya? Mak tak pernah ajar pulak fasal cinta." Bila Hafiey melancarkan kempen memikat, Amani dah menggelabah. Senyuman Hafiey dirasakan lagi manis daripada gula. Risau! Kalau dibiarkan dia terkena penyakit diabetes cinta Hafiey. Tapi, Hafiey tak pernah mengalah. Dia menantu askar pencen. Jadi, haruslah berjuang sebelum mengaku kalah. Baru saja perasaan cinta hendak berputik, rumah tangga mereka diuji. Muncul pula Fatin aka kekasih Harraz, dalam misi merebut semula Hafiey yang sepatutnya menjadi miliknya. Bercinta dengan si abang, tetapi di hatinya hanya ada si adik. Mampukah cinta Hafiey dan Amani yang baru berputik itu melawan anasir luar yang mahu merosakkan rumah tangga mereka? Bolehkah rumah tangga dibina bertahan, andai di hati ada rasa curiga pada keikhlasan pasangan?
CHANDELIER by qtpiesy4f
CHANDELIER
qtpiesy4f
  • Reads 1,078,304
  • Votes 35,635
  • Parts 54
Mana tidak disangka-sangka jika pada umur 16 dan 17 sudah mahu dikahwinkan ? Kalau kita semua pasti tidak mahukan ? Ia seperti kisah Ammar Zuhairi dan Nur Syafika yang dijodohkan oleh orang tua mereka. Mereka sudah tiada masa untuk menolak kerana pada lusanya hari akad nikah mereka. Siapa yang tahu ? Bahawa Ammar Zuhairi itu ialah sahabat baik Nur Syafika ketika di tadika. Mereka terpisah selama bertahun-tahun. Sebenarnya tidak, mereka sekolah menengah yang sama. Tetapi mereka tidak saling mengenali. Mereka selalu bergaduh. tetapi mereka menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Ketika dikahwinkan rasa cinta berputik. Ketika sudah bahagia, datang orang ketiga untuk membalas dendam kepada mereka. Adakah masjid mereka akan terus utuh atau sebaliknya ? Baca cerita 'Chandelier'.
Suamiku Sweet Macam Gula  by syazrose
Suamiku Sweet Macam Gula
syazrose
  • Reads 204,960
  • Votes 6,151
  • Parts 33
"eew ingat aku hadap sangat ke nak kawin dengan ko?"-Wawa seorang yang sosial. Nak nampak wawa kat dapur ke?..buat kerja kerja rumah?..Haha memang tak lah "InsyaAllah pakcik, saya akan bimbing anak pakcik hingga ke syurga ."-Adam Adam?. sweet macam gula..hehe..penyabar. handsome ke?..uiishh sejuk mata memandang. jadikah perkahwinan ini berlangsung?. Apakah yang akan terjadi? Dapatkah Adam membimbing Wawa jalan ke syurga? Update - Every Weekend
LELAKI PILIHAN TERAKHIR by hanifazuha
LELAKI PILIHAN TERAKHIR
hanifazuha
  • Reads 86,955
  • Votes 1,907
  • Parts 12
Cinta buat Airis Safiya satu kepastian, bukan kepalsuan. Tapi, kenapa Aakif Hudzairi tak pernah mahu faham? Kenapa Adif Hakimi tak pernah mahu mengerti? Dan kenapa Farid Adam juga tidak mahu menerima kenyataan? Bukankah jodoh itu rahsia DIA? Ada dalam setiap lipatan takdir manusia. Tapi kenapa mahu bersengketa sesama sendiri hanya kerana tiada jodoh yang tertulis antara mereka? Hud yang beku. Adif yang gentlemant dan Farid yang suka bertindak di luar jangkaan. Ada ikatan persaudaraan sesama mereka dan kebetulannya, mereka suka wanita yang sama. "She's mine." "Aku peduli apa." Mata bertentang mata. Ada api yang marak membara. "Touch her and I'll kill you." Nada biasa-biasa tapi ayat amaran yang diberikan lelaki itu cukup berbisa. Kerana seorang Airis Safiya, semuanya berantakan. Pertalian darah bukan lagi satu keutamaan. Yang penting cinta di hati harus menang. "Abah serahkan Airis pada kamu. Satu-satunya harta dunia yang abah ada. Selepas ini, tanggungjawab sudah tergalas di bahu kamu dan abah harap kamu ambil anak abah untuk letak di hati, bukan sebagai alas kaki." Pesanan abah untuk sang suami buat air mataku tumpah lagi. Kenapa aku rasakan abah bagai sedang menyampaikan sesuatu yang mungkin akan terjadi dalam hidupku? Siapakah lelaki yang menjadi pilihan terakhir bagi menggalas tanggungjawab mengambil Airis untuk diletakkan dalam hati?
PERGI by karyaseni2u
PERGI
karyaseni2u
  • Reads 26,480
  • Votes 436
  • Parts 15
Tajuk: Pergi Penulis: Syima Syawal Penerbit: Penulisan2u Harga: RM 24.00 (Semenanjung)// RM 27.00 (Sabah & Sarawak) http://www.p2u.my/beli-online.html?page=shop.product_details&flypage=flypage.pbv.v2.tpl&product_id=99&category_id=6
Dalam Diam Aku Terpikat by karyaseni2u
Dalam Diam Aku Terpikat
karyaseni2u
  • Reads 68,097
  • Votes 917
  • Parts 15
Bacaan Bab Awal Sahaja Tajuk: Dalam Diam Aku Terpikat Penulis: Aulia Iman Penerbit: Karyaseni Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak) Diskaun RM3 & Free Postage pembelian melalui www.karyaseni.my & aplikasi Karyaseni
Misi Terlajak Cinta by karyaseni2u
Misi Terlajak Cinta
karyaseni2u
  • Reads 78,123
  • Votes 1,509
  • Parts 15
Tajuk: Misi Terlajak Cinta Penulis: MyTun Abdullah Muka Surat : 880 Terbitan : September Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-024-3 Harga: RM32.00 (Semenanjung) // RM35.00 (Sabah & Sarawak)