duckmeen's Reading List
2 stories
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 475,466
  • WpVote
    Votes 23,553
  • WpPart
    Parts 80
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐑𝐚𝐲𝐪𝐚𝐥 ∆ 𝐂 by thenrrasya
thenrrasya
  • WpView
    Reads 3,978
  • WpVote
    Votes 573
  • WpPart
    Parts 85
RAHSIA TERAKHIR RAYQAL Sebuah kisah cinta dalam dunia gelap yang tak pernah izinkan bahagia "Dia datang untuk melindungi aku. Tapi dia juga yang simpan rahsia yang paling sanggup menghancurkan aku. Luna Rayqal bukan lelaki biasa. Dia pembunuh upahan paling senyap dalam organisasi mafia bawah tanah, yang hidupnya hanya berputar sekitar satu perkara: misi. Tiada cinta, tiada simpati. Sampai dia ditugaskan menjaga seorang gadis bernama Luna Azman anak kepada sasaran seterusnya. Dalam dunia penuh peluru dan pengkhianatan, dia temui sesuatu yang tak pernah wujud dalam jiwanya: *rasa ingin hidup untuk seseorang Tapi cinta dalam dunia mafia adalah kelemahan. Dan kelemahan itu... dihukum dengan nyawa. Rayqal mula melanggar perintah, menipu bosnya, dan simpan satu rahsia besar - yang kalau Luna tahu, dia takkan pernah maafkan. Bila Luna hampir tahu kebenaran, Rayqal hanya ada dua pilihan: membunuh ayah Luna atau mengorbankan dirinya sendiri. Kalau aku tak wujud dalam dunia ni esok... jangan benci aku, Luna. Aku dah pilih jalan yang paling selamat - untuk kau, bukan untuk aku Dan surat terakhir yang dia tinggalkan... mendedahkan segalanya. Cinta paling ikhlas kadang datang dari jiwa yang paling gelap. Tapi dunia tak selalu beri peluang untuk cinta macam tu hidup lama... Karya ketiga saya 🌷 📌 dilarang tiru... 📌 dilarang copy