⋆˚࿔𝒷𝑒𝓈𝓉𝑒𝓈𝓉⋆˚࿔
5 stories
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 104,088
  • WpVote
    Votes 7,907
  • WpPart
    Parts 33
Di sebalik dunia akademik yang penuh tekanan dan silibus yang membunuh jiwa, Mina Alaya, seorang pelajar PhD berwajah tenang tetapi penuh prinsip perlu berdepan dilema paling getir dalam hidupnya. Tesis yang tidak siap, penyelia yang bersara mengejut dan kini... seorang profesor baharu yang dikatakan lebih tegas daripada komando. Namun dia tidak gentar. Bukan mudah menjadi Alaya, seorang model sambilan yang bergaya tetapi tetap menjaga batas di tengah-tengah lautan gosip dan pandangan serong. Di antara helaian kertas kajian dan skrin komputer yang memaparkan draf keempat tesisnya, dia berjanji untuk menamatkan perjuangan ini dengan atau tanpa bantuan sesiapa. Tapi bila profesor muda dari UKM itu akhirnya muncul dengan wajah tenang, mata tajam dan aura yang terlalu sukar untuk diabaikan, Alaya sedar semester ini mungkin akan menjadi lebih panjang dari yang dijangka. Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah antara cita-cita, ego dan godaan rasa. Dan kadangkala, hati yang paling keras pun boleh tewas pada yang tak dijangka.
The Greatest Hate #2 by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 500,941
  • WpVote
    Votes 33,058
  • WpPart
    Parts 66
The Greatest #2 Ku Aaron Silas x Tengku Serafina Maira Tengku Serafina Maira... anggun, berani, dan keras hati. Baginya, Ku Aaron Silas tidak lebih daripada seorang lelaki yang menjengkelkan, susuk yang tidak pernah diundangnya ke dalam hidupnya. Namun, bagi lelaki itu, Serafina adalah segalanya yang diidamkan... wanita yang harus menjadi miliknya walau dengan apa cara sekalipun. Ku Aaron Silas tidak peduli pada kebencian wanita itu, tidak peduli pada batasan yang diletakkan. Apa yang diinginkannya hanya satu... merampas Serafina dari tunangnya dan memastikan wanita itu tidak jatuh ke tangan lelaki lain. Dalam permainan yang dipenuhi obsesi, ego, dan ketegangan, sejauh mana Ku Aaron Silas sanggup pergi untuk memiliki Tengku Serafina Maira? Dan bila hati mula teruji, siapa sebenarnya yang akan kalah dalam permainan ini... dia atau wanita yang cuba ditakluknya? Start: 12/2/2025 End: 26/3/2025 TW: STRONG LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK
The Greatest Love #3 by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 974,637
  • WpVote
    Votes 66,892
  • WpPart
    Parts 74
The Greatest #3 TGMS 2 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Zachary dan Irina-dua jiwa yang sama, terpantul dalam satu cerminan. Mereka berkongsi personaliti yang dominan, ego yang tinggi, dan hati yang dingin. Sejak dahulu, mereka terbiasa hidup tanpa emosi, menjadikan hubungan mereka sekadar perjanjian tanpa rasa. Namun, selepas perpisahan itu, Irina kembali ke London, tempat di mana hatinya benar-benar berada. Dia memutuskan segala ikatan yang masih bersisa di Malaysia, meninggalkan masa lalu tanpa menoleh ke belakang. Zachary dan Irina kembali menjalani kehidupan masing-masing, tetapi kali ini sebagai individu yang berdiri sendiri. Tiada lagi ikatan yang menyatukan mereka seperti dahulu, tiada lagi perkahwinan yang bertahan atas dasar kontrak. Dua tahun yang pernah mereka habiskan bersama kini hanya tinggal kenangan yang membeku dalam sejarah. Namun, sejauh mana mereka mampu mengabaikan bayangan satu sama lain? Adakah perpisahan benar-benar menandakan sebuah pengakhiran, atau mungkinkah takdir masih mempunyai rancangan lain untuk mereka? Start: 26/3/2025 End: 23/4/2025 TW: STRONG F... LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK
Rayden Rose by medinarose
medinarose
  • WpView
    Reads 3,172,437
  • WpVote
    Votes 90,458
  • WpPart
    Parts 22
"Rose..." Tangan sasa Rayden mula naik merangkul pinggangku erat. Pandangan matanya tajam. Aku cuba memberanikan diri membalas renungannya itu. Mata biru kehijauan milik Rayden kupandang dalam. Jantungku sudah mula berdetak laju. Aku terus memandang wajah tampan Rayden dengan hati yang berdebar. Rambutnya sedikit kusut dan jatuh berjuntai ke dahi. Aku tahu aku sepatutnya menjauhkan diri daripada Rayden tapi dia seolah-olah mempunyai tarikan magnet kepadaku. Tarikan yang sentiasa menarikku dekat bersamanya. Yang membuatkan aku tidak dapat mengelakkan diri daripadanya. Rayden seperti seorang bad boy. Dia merokok. Dia bertatu. He's tall. He's dark. He's trouble. Dia bukan seperti lelaki lain. He's different; wild dangerous and mysterious. ××× ❝Bad boys ain't no good, but good boys ain't no fun❞ Δ mēdînärøśē Δ ⚠ WARNING: This book will have strong language
Mrs. Riyaz: The Royal Diva by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 3,842,621
  • WpVote
    Votes 201,948
  • WpPart
    Parts 45
(ON GOING) Apa akan jadi bila si diva dan inspektor beku mula tinggal serumah? "Abang jangan lupa basuh pinggan!" "That's your job sayang!" Siapa kata mereka pasangan serasi? "Sayang nak pergi Itali" "Nope! Kita ke Thailand." Dari titik mula pertemuan mereka di Istana Werland,Tengku Juliana dan Inspektor Riyaz mula membuka lembaran baru bagi kisah mereka. "Aku,Mrs. Riyaz..dan disini aku akhirkan helaian cerita kami.Kalau hendak dinukilkan semua cerita,nescaya tak akan ditemui penghabisan kerana aku akan mencintainya sampai syurga.." ---Tengku Juliana