F i r s t puff
91 stories
Oxytocin by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 51,553
  • WpVote
    Votes 6,072
  • WpPart
    Parts 46
Sekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menjadi gadis yang ingin dimiliki oleh jejaka. Sayangnya, dia tersilap memilih masa. Tiga tahun kemudian, dia juga mengembang menjadi bunga yang seindah namanya. Nama Emilia Rose meniti di bibir para jejaka. Ramai yang cuba mendekati, tetapi dia terlalu naif untuk memahami. Hanif Ayman, pelajar bidang farmasi yang berada di tahun terakhirnya muncul di hidup Emilia. Jejaka Melayu yang sukar didekati itu malahan berminat untuk berteman dengannya. "Saya kata saya tak berminat nak bercinta. Tak bermaksud saya tak nak berkawan dengan awak." - Hanif Ayman Bukan Emilia tidak sudi berteman. Cuma... dia takut. Takut mengulangi kesilapan yang sama.
Melodrama by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 25,229
  • WpVote
    Votes 3,942
  • WpPart
    Parts 53
Sebut saja nama Daiyan Islam, semua pasti mengenali pelakon wanita yang menjadi pilihan pertama sutradara sepanjang masa. Berbeza dengan dirinya di kaca televisyen, Daiyan bersifat terlalu berahsia. Bersuara hanya bila ditanya dan sering hanyut dalam fikiran sendiri. Kemunculan Mark Sufyan, pelakon baharu yang bagaikan garis selari dengannya memberikan rasa baharu dalam hidup Daiyan. Umpama MSG dalam masakan, hidup Daiyan yang mulanya hanya dipenuhi dengan kerja, kerja dan kerja, akhirnya hadir bibit-bibit cinta. Dalam perkenalan yang singkat, masing-masing mula menaruh perasaan. Sayangnya, hubungan mereka juga terpaksa dirahsiakan. Daiyan mungkin heroin Mark dalam realiti, tetapi bukan dalam drama yang mereka bintangi. Sedikit demi sedikit, hidup Daiyan menyerupai drama-drama yang pernah dibintangi. Pengakhirannya pula bagaimana? Sebagai protagonis... atau antagonis?
Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah Lelaki by fiqahamani
fiqahamani
  • WpView
    Reads 480,515
  • WpVote
    Votes 39,910
  • WpPart
    Parts 71
Cindarella. Seorang gadis yang terkenal dengan ketabahan, kecekalan, dan kisah cinta romantisnya yang penuh debaran dan halangan. Kisah ini telah berjadi menjadi teladan dari azali lagi dan masih kuat pengaruhnya sehingga ke hari ini. Namun, bagaimana pula kisah sang Cindarella kali ini? Yang hidup pada zaman yang kian maju dan serba moden. Bagaimana pula jika ceritanya 360 darjah berbeza dari kisah asal yang penuh dengan magis itu? Bagaimana jika kakak-kakak tiri diganti dengan abang-abang tiri manakala ibu tiri yang kini adalah ayah tiri? Dan bagaimana pula jika Cindarella adalah Lelaki?
IMAN IMANI ✔ by RaziaFarhani
RaziaFarhani
  • WpView
    Reads 718,776
  • WpVote
    Votes 15,341
  • WpPart
    Parts 48
Anis Imani seorang gadis biasa terpaksa berkahwin kontrak dengan seorang pemuda berketurunan 'tengku' untuk mendapatkan pewaris keluarga lelaki tersebut. Perjanjian yang dibuat dijamin kesenangan hidup sepanjang hayat. Namun satu trajedi telah membuatkan kontrak yang terbina musnah dengan sekelip mata. #IMAN IMANI...by RaziaFarhani#
Make You Feel My Love (On Hold) by nrfthl_
nrfthl_
  • WpView
    Reads 373
  • WpVote
    Votes 40
  • WpPart
    Parts 3
Jodoh. Setiap manusia kat Dunia ni, Allah dah tetapkan Jodoh masing-masing dekat Luh Mahfudz. Cuma yang beza, cepat atau lambat. Kita tak tahu perancangan Allah macam mana. Sebab, Allah ialah Sebaik-baik perancang.Kau rancang lah hebat macam mana sekalipun, tak akan dapat tandingi perancangan Tuhan Yang Maha Esa Lagi Bijaksana. "Apa beza saya dengan awak?" "Er, awak lelaki, saya perempuan?" "Salah" "Habis tu?" "Saya dengan awak tak ada beza. Sebab kita memiliki hati yang sama" #2nd story#
Aryan Ariana by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 187,916
  • WpVote
    Votes 8,758
  • WpPart
    Parts 5
"Dasar bodyguard gila," getus Ariana. Bibirnya diketap geram. "Bodyguard gila ni lah yang banyak tolong awak selama ni." "Saya tak perlukan pertolongan awak pun," Ariana membidas. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Wajah tampan Aryan ditenung dalam. Tawa Aryan meletus. Kakinya terus diatur menghampiri Ariana. "Are you sure? Yang awak tak perlukan saya?" soalnya dengan senyuman sinis dibibir. Melihatkan senyuman sinis itu membuatkan Ariana semakin geram. Tali leher Aryan ditarik sehingga jarak antara wajah mereka hanya tinggal beberapa inci. "Yes." Aryan tersenyum. "Let's see." --- **Click 'read' untuk baca full synopsis** ×I want you to imagine the characters in your own way so I wont be making a cast list× ©yurafwr, 2017
The Night Knight Princesses ✔ by i_am_kacang
i_am_kacang
  • WpView
    Reads 228,008
  • WpVote
    Votes 13,927
  • WpPart
    Parts 88
PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang permaisuri melahirkan sepasang bayi di pertengahan jalan lalu sang raja membawa permata-permatanya pergi. Selepas 100 tahun berlalu, muncul beberapa pasang kembar. Sang pelindung, sang syaitan dan keturunan puteri yang ke-100. Cahaya mulai beralih arah. Kegelapan mula mengambil alih. Dua gadis dari Alam Syaitan bakal memporak-perandakan dunia, keturunan TNKP pula cuba melindungi. Sebuah kejadian yang tidak diduga bakal berlaku. Perang terbesar dalam sejarah dunia bakal tercatat. Tanggungjawab puteri-puteri ke-100 dipenuhi bebanan. Kemampuan puak cahaya dan kegelapan bukanlah halangan buat si syaitan. Sang puteri yang cantik rupawan juga manis dipandang, perilaku yang lembut sungguh menarik. Berbeza dengan sang syaitan yang liciknya tidak terkata. Dikatakan bahawa ketika itu, dua orang syaitan bakal membantu sang puteri. Kuasa puak bakal berubah. Hidup atau mati? Itulah tanggungjawab puteri-puteri dan para pelindung mereka. Start : 10/6/2018 End : 11/12/2019 Best achievements : #2 in adventure #14 in fantasy #3 in war ⚠️ It's a childishly written novel ⚠️ ⚠ WARNING! ⚠ ✏ Rys takde idea, Rys menyemak dalam mana-mana bab ya. Mohon bersabar :) ✏ Typo berterabur, plot tunggang-terbalik ✏ Gaya penulisan yang berterabur dan tidak matang ✏ Penulis merepek apabila kehilangan idea ✏ Kemunculan watak dan kuasa yang agak banyak yang membuatkan penulis pening, maka korang juga akan pening ✏ Kalau ada scene lawan or perang, macam tak best and tak syok ahaha Rys tak halang korang baca, selagi mampu tahan pening tu, baca jelah huhu. ('∀`) Thanks guys ♡
Perjalanan Kasih Kita by miyoridaisy
miyoridaisy
  • WpView
    Reads 135,232
  • WpVote
    Votes 8,461
  • WpPart
    Parts 42
[SLOW UPDATE] ( Diinspirasikan dari drama Korea Descendents of The Sun) Hidup berseorangan? Tentulah itu untuk seseorang yang bujang tetapi bagaimanakah pula dengan seorang isteri yang ditinggalkan suami selepas hari perkahwinan mereka? Zahra Darin. Ya, dia tinggal berseorangan selepas Asyari Hulaif iaitu suaminya pergi ke luar negara selama 5 tahun. 5 tahun berlalu dan Asyari kembali semula. "Kau tak selesa aku balik semula?" - Asyari "5 tahun saya pegang title seorang isteri tanpa ditemani seorang suami. Awak rasa?" - Zahra Sudahlah ditinggalkan Encik Suami, si Dia pula tak memahami apa yang terjadi sebelum Asyari pulang. Nak faham tapi tak faham. Pening! Perlahan-lahan Asyari cuba menyukai Zahra tetapi perasaan janggal itu tetap ada. Apakah kesudahan pasangan ini? Dapatkah mereka membina masjid yang belum siap sepenuhnya itu? 'Saya tak kenal hati mahupun perasaan awak tetapi saya kenal siapa pasangan saya' Highest ranking #74 in #Romance #82 in #melayu [Semua plot dan jalan cerita hanya rekaan atau imaginasi author sahaja. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sebarang persamaan, hanya kebetulan sahaja. Sekian] •CikHoneydew, 2017
[MHID] My Husband Is DESTINY  by bangpeng
bangpeng
  • WpView
    Reads 302,411
  • WpVote
    Votes 11,439
  • WpPart
    Parts 19
Sewaktu Aira Ayuni sedang koma dia telah dinikahkan dengan seorang doktor yang merawatnya iaitu Wafiq Ziyad. Apabila Aira sedar daripada koma, dapatkah dia terima yang dia sudah menjadi isteri orang? "Kau dengan aku tak mungkin dan tak akan bersama sampai bila-bila!!!" "Bagi masa kau untuk aku." "Kalau awak jadi isteri saya, saya akan jaga awak elok-elok."
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,759,466
  • WpVote
    Votes 139,894
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.