rosewood_02's Reading List
10 stories
[ COMPLETE ] Kerek + Myg by miloaisjeon
miloaisjeon
  • WpView
    Reads 73,724
  • WpVote
    Votes 8,521
  • WpPart
    Parts 41
MIN YOONGI VER COMPLETE ✔ 『 Senyuman yang manis dan hati yang beku , siapa sahaja tidak tertarik ? 』 ° Original : @miloaisjeon work' ° Start : 5 Jun 2018 ° End : 20 Jun 2018 ➣ Tak copy mana-mana idea langsung faham ? kecuali nama min yoongi sahaja saya copy HOHO Rank 💯 : #254 in bts # 194 in fanfiction #50 in yoongi
[√] Suami dari Neraka ° jjk  by Lalyss-
Lalyss-
  • WpView
    Reads 822,570
  • WpVote
    Votes 27,967
  • WpPart
    Parts 22
"Aku terima nikahnya Wafa Nur Zara Binti Abdul Malik dengan mas kahwin RM250 tunai." -Taufiq Danial Jeon ••• - Islamic Fanfiction Malay - Cover by @_bunnyeon | B100 Graphic Shop ♥ Cerita ini mempunyai unsur-unsur keagamaan, yang salah harap diperbetulkan, yang betul harap diambil iktibar. Siri Bangtan Mualaf ; Book 1 - Suami dari Neraka ° jjk (Ended) Book 2 - Suami Perfection ° kth (On-Going)
[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 326,741
  • WpVote
    Votes 37,316
  • WpPart
    Parts 66
Setiap layanannya sangat mengujakan aku. Bagaikan aku adalah seorang puteri yang sesat dan memerlukan arah untuk ke jalan yang betul. Dia buat aku terjatuh cinta. "Hmm.. awak. Boleh saya tanya sesuatu?" "Tanyalah. Nak tanya apa?" "Awak layan saya baik, ada makna ke?" Tapi masa tu dia diam. Aku mengalah. Mungkin dia sibuk. Tapi.. ada suatu hari tu, aku ternampak ada orang telefon dia. "Helo, sayang?" Dan aku.. terdiam. Sayang? "Awak, siapa call tadi?" "Tunang saya." "Tu.. tunang?" Aku terkejut dan tergamam. Jadi semalam ni, aku.. aku sebenarnya bertepuk sebelah tangan? "Nara, saya layan semua orang sama. Kalau ada orang berada di tempat awak, saya akan buat benda yang sama juga." Sungguh, aku terkilan dengannya. Aku ingatkan dia rasa sama macam aku, tapi tak. Dia cuba berikan aku satu cinta palsu. Sampai bila-bila tak akan ada yang sejati dan ikhlas. Nantikan...
MISS XXL TO MISS M by ifazulaikhaishak
ifazulaikhaishak
  • WpView
    Reads 629
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 6
Zulaikha binti Iskandar Shah. Seorang perempuan yang gemuk dan boleh dikatakan pemalas atas alasan berat badannya. Kehidupan universiti menyebabkan dia terpaksa menjadi rajin kerana seorang manusia yang bernama Ilman Raihan. Wakil kelas yang bermulut agak tak semengah. Kalau dia kata A, maka A jawapannya. Arsyad Fauzan bin Arsyad Mustaffa, seorang nerd yang kacak hakikatnya, sentiasa di situ dengan Zulaikha. Dari zaman gemuknya sampai zaman miss worldnya. Fauzan yang bantu Zulaikha capai cita-cita Zulaikha untuk pikat Ilman hanya kerana mahu Zulaikha bahagia. Ilman Raihan bin Zhafrul membenci perempuan kerana katanya perempuan gemuk hanya tahu makan dan makan dan makan dan tak tahu jaga badan. Perempuan gemuk juga tidak boleh dibuat isteri sebab takut mandul katanya. Namun, seorang perempuan gemuk yang jatuh hati kepadanya. Dalam misi memikat Ilman untuk Zulaikha, Ilman terpikat dengan orang lain. Orang yang Zulaikha tak pernah sangka. Dengan siapakah Ilman terjatuh hati? Siapa yang bakal jadi penyembuh hati Zulaikha?
JODOHKU JUAL MAHAL by shahhhidaa
shahhhidaa
  • WpView
    Reads 14,316
  • WpVote
    Votes 381
  • WpPart
    Parts 38
Shafa Nur Afrina, cantik namanya secantik tuannya. Pengalaman pahit akibat bercinta telah membuatkan kehidupannya berubah 360 darjah. Jiwanya kosong terhadap mana-mana lelaki dan sudah angkat bendera putih dalam bidang bercinta cintun ini. Baginya sebagai anak sulung, dia mempunyai tanggungjawab besar utk keluarga dan pelajaran. Sudah di set dalam mindanya, apabila menjejakkan kaki ke alam universiti, fokusnya hanya belajar dan tidak mahu terjerat dengan buaya dua alam. Adam Iskandar, jejaka kacukan Melayu dan Indonesia yang dilahirkan di Kedah. Pertemuannya dengan seorang 'minah kerek' suatu masa dahulu menyebabkan matanya gerun untuk melihat jelingan maut Shafa. Atas takdir Tuhan, mereka bertemu semula di universiti yang sama. Entah mengapa hatinya tidak keruan semasa bertembung dengan Shafa dalam satu insiden. Apabila sang jejaka Kedah celup bertemu dengan si puteri Perak, macam-macam berlaku. Alya Maisarah, kawan baik aka bff dunia akhirat Shafa menjadi org tengah antara mereka berdua. Mungkinkah hati beku Shafa terhadap lelaki boleh cair kembali?
100 Hari Mengenal Cinta [TERBIT - PENULISAN2U] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 38,114
  • WpVote
    Votes 796
  • WpPart
    Parts 15
100 HARI MENGENAL CINTA: 'Cinta ini bukan untuk 100 hari. Bahkan untuk seratus tahun dan seribu tahun lamanya!' Tentang Airina Hanissa yang dipergunakan tunangnya Harris, untuk memburu cinta si adik tiri, Syida. Airina nekad mahu putuskan pertunangan sekaligus batalkan perkahwinan mereka namun Hazizul Amin muncul memberi idea. "Kahwin dengan aku untuk 100 hari." - Hazizul Amin "Tapi kenapa specific sangat 100 hari?" - Airina Hanissa "Aku nak kenal cinta dengan kau." - Hazizul Amin Demi kesihatan si ayah mertua dan nama baik keluarganya, Airina akur. Bermulalah perjalanan Airina dan Hazizul dalam mengenal cinta selama 100 hari! . DEKATKAN JARAK KITA: 'Di sebalik sebuah janji, lahirnya satu cinta sejati' Alyssa menyamar sebagai Sofiya untuk menunaikan permintaan terakhir sahabatnya itu. Menjadi kembar Tashriq, hati Alyssa mulai terbuka untuknya. Di antara janji dan cinta... Yang mana satu pilihan Alyssa? TERIMA KASIH 9 JUTA PENONTON SETIA DRAMA DJK!! -- PENULISAN2U, SEPTEMBER 2017
Oh My Prince Charming! by UmieAilina
UmieAilina
  • WpView
    Reads 2,894
  • WpVote
    Votes 114
  • WpPart
    Parts 6
Fatin Damia- dia bukan sesiapa. Cuma gadis gemuk yang tidak cantik dan mempunyai hobi suka makan piza. Namun, hidup dalam keluarga yang penyayang dan dikurniakan otak geliga yang berpengetahuan tinggi sudah membuatkan dia memanjatkan kesyukuran tertinggi di sisi Illahi, walaupun jauh di sudut hati, dia masih manusia biasa yang mempunyai naluri hati dan perasaan sehingga sesekali tercuit di akal untuk menidakkan takdir. "eh perempuan, kau fikir kau siapa nak suka aku? sedarlah diri sikit!" - Iqbal Syahril "awak fikir saya hadap sangat dengan awak, dasar mamat haprak!" - Fatin Damia Ini semua angkara mereka yang sengaja kenakan dia di kolej. Buktinya, ada orang meletakkan surat layang berbaur cinta yang didakwa dari Fatin Damia yang menyebabkan Iqbal Syahril, kasanova universiti a.k.a "mamat haprak" itu meledakkan kemarahan sehingga dia menangis kerana menahan malu walaupun dia tahu dia memang mempunyai perasaan terhadap Syahril Iqbal. "awak ni sebenarnya bukan tak cantik, awak montel, comel. saya suka tenguk awak masa awak 'chubby' dulu . - Ungku Ashraf Pertemuan yang telah diatur bersama seorang doktor kacak berketurunan kerabat diraja Johor telah mengubah episod hitam harinya. Kini, dia bukan lagi gadis gemuk, sebaliknya menjadi jelitawan yang mampu memanah cinta dalam pandangan pertama. Tatkala Fatin Damia dan Ungku Ashraf sedang berteka-teki tentang perasaan mereka antara satu sama lain, muncul kembali Iqbal Syahril membawa sinar baharu. Datangnya kekasih lama Ungku Ashraf, Azyan Farhana ingin menuntut janji. Pelbagai dugaan dan cabaran yang ditempuh Fatin Damia dalam ingin meneruskan kehidupan. Apakah pilihan Fatin Damia, dapatkah kebahagiaan yang akan dikecapi?
Apartment 125 || Choi Yeonjun  by staekok
staekok
  • WpView
    Reads 106,938
  • WpVote
    Votes 4,390
  • WpPart
    Parts 33
A mafia leader. A normal girl. Will they be able to be together? Or will they be separated by the obstacles.
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,761,575
  • WpVote
    Votes 139,896
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Cinta Halal Ku by HannahNisa
HannahNisa
  • WpView
    Reads 37,607
  • WpVote
    Votes 1,336
  • WpPart
    Parts 20
Sinopsis 'Apakah yang perlu aku lakukan?Ya Allah,andai ini takdirMu aku terima seadanya'-Ainnur Ainnur dipinang oleh keluarga ibu saudaranya iaitu Datin Maimunah.Ainnur dengan terpaksanya menerima pinangan itu. Bagi si teruna yang dijodohkan untuk Ainnur,dia adalah si buaya darat iaitu Tengku Amir Mukhlis.Tengku Amir Mukhlis menyukai Ainnur sejak Tingkatan 5.Tetapi tekad Tengku Amir untuk memiliki Ainnur menyebabkan dia meminta bondanya untuk meminang Ainnur walaupun mengetahui bahawa Ainnur menyukai Ustaz Fakhrullah. 'Ainnur,sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik perancang'-Ustaz Fakhrullah 'Ana akan redha atas apa yang berlaku kepada ana'-balas Ainnur kepada Ustaz Fakhrullah 'Aku akan buat Ainnur jatuh cinta kepada aku'-TAM Persoalannya adakah Ainnur yang mencintai Ustaz Fakhrullah dalam diam akan mencintai si suami yang halal untuk dicintainya?Bagaimana pula cinta Ustaz Fakhrullah kepada Ainnur?Adakah Ustaz Fakhrullah hanya berserah pada takdir?