fatihahzalazilah_'s Reading List
4 stories
Bukan Yang Sempurna. by mayangisnotmyname
mayangisnotmyname
  • WpView
    Reads 1,205,892
  • WpVote
    Votes 44,859
  • WpPart
    Parts 75
status; C O M P L E T E (24 April 2020). --- Blurb; "Sampai bila awak nak biar Aisha tu tinggal dengan kita? Dia tu adik angkat awak, bukan adik kandung awak!" - Suria. Berderai hati Aisha tatkala mendengar kata-kata Suria. Dia tahu yang dia sekadar menumpang di rumah Farid. Bagi Farid, Aisha merupakan amanah daripada arwah ibu bapanya yang mahu dia menjaga Aisha sebaiknya. Berbekalkan hati yang terluka, Aisha cuba keluar dari rumah Farid, namun dihalang abang angkatnya itu. Lalu, Suria merancang untuk mengahwinkan Aisha dengan kawan baiknya sendiri semata-mata mahu melihat Aisha keluar dari rumahnya. "Kalau Kak Su tak sukakan Aisha sekalipun, Kak Su tak ada hak nak tentukan hidup Aisha!" - Aisha Nadrah. Pertemuan Aisha dengan Abby, si comel di pusat beli belah telah mengubah hidup Aisha. Akhirnya, dia menjadi pengasuh buat Abby. "Abby nampak sukakan awak. Dia susah nak rapat dengan orang yang dia tak kenal." - Raid Haris. Raid Haris; lelaki yang bertanggungjawab menjaga kebajikan Abby semenjak Abby kehilangan ibu bapanya. Dalam diam, Aisha menyimpan perasaan terhadap Raid Haris namun terpaksa dilupakan kerana Raid Haris sudah berpunya. Namun, segalanya berubah tatkala Raid Haris memilih Aisha sebagai suri hati. Lalu, apa yang bakal terjadi? Mampukah Aisha menerima sementelah Raid Haris itu kepunyaan orang? "Saya tak sempurna tapi awak dah sempurnakan hidup saya." - - - - - Start; 17 July 2019. End; 24 April 2020. Jangan tiru dan copy! Im watching you 👀
Cinta Seorang Isteri by Izzat92izzati
Izzat92izzati
  • WpView
    Reads 661,650
  • WpVote
    Votes 16,641
  • WpPart
    Parts 82
Cinta Amni Jasmina dikhianati suami sendiri, Hafidz Zayyan. Dalam diam Hafidz menjalin semula cinta yang terhenti dengan kekasih lamanya, Saffiyah Dania. Saffiyah Dania seorang janda yang mempunyai anak satu. Tapi, itu semua tidak menjadi batu halangan bagi Hafidz. Cinta Hafidz terhadap Saffiyah tiada titik noktah. Dia bertekad ingin menjadikan Safffiyah Dania sebagai isterinya dan mula mengenepikan perasaan Amni. Dalam diam, Amni memendam rasa, menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu memberikan zuriat kepada Hafidz. Dengan hati yang tidak rela, dia harus mempertahankan rumah tangganya! Nasi telah menjadi bubur. Keegoan Hafidz yang menginginkan Saffiyah sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia pernah menjadi separuh gila apabila Saffiyah hilang tanpa berita. Dengan hati yang retak seribu, Amni melepaskan Hafidz demi Saffiyah. Di saat dia melepaskan Hafidz, dengan takdir Tuhan dia telah dikurniakan nyawa yang hidup di dalam rahimnya. Tetapi, dia merahsiakan hal tersebut dari pengetahuan Hafidz memandangkan sakit hatinya terhadap Hafidz masih lagi berbekas. Amni semakin bahagia hidup bersama dengan permata hatinya. Dan di saat itu juga seorang pemuda telah menghulurkan cinta kepadanya. Niqrees Qashfi, pemuda yang sentiasa mencintai Amni sejak dari zaman persekolahan lagi. Di saat dia mengejar semula cinta Amni, dia turut menghadapi masalah yang kronik terhadap adik lelakinya, Naufal Qashfi dek kerana kesilapannya yang tidak dapat dimaafkan. Tetapi, demi cinta dan kasih sayang, Niqrees tega menghadapi semua itu. Tanpa di duga, Hafidz muncul semula menagih cinta Amni. Kegilaannya semakin menjadi-jadi sehingga sanggup mengorbankan anaknya sendiri kerana Amni telah menolak cintanya itu. Hati Amni telah mati untuk lelaki itu. Tetapi apakah ada pilihan untuk Amni memandangkan permata hatinya turut menjadi korban? Apakah kesudahan cinta Niqrees? Adakah dia mampu memiliki hati Amni? Apakah kesudahan persengketaannya dengan Naufal?
Gengster Tu Aku Punya! by cuteflwara
cuteflwara
  • WpView
    Reads 9,494,036
  • WpVote
    Votes 486,814
  • WpPart
    Parts 72
Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku punya. Ayna Maisarah dan Alief Danyel yang terikat kerana masalah keluarga. Bukan kehendak hati. Tetapi terpaksa. Ye, sangat clichè, tetapi akhirnya cinta mereka melengkapi antara satu sama lain. "You are mine. You are mine to keep and to love" - Alief Danyel "No. Not anymore. Your baby girl is gone. Berhenti lah Alief Danyel." - Ayna Maisarah. Mungkin cuma percintaan budak sekolah biasa. Tetapi kisah mereka lebih luar biasa. It took a long time to realize that people love differently. WARNING: this story contains extremely cringy and cheesy typical love story. also, maybe at some point it doesn't make sense. i've strictly warned you, please don't give me shit in the comments. to the one who enjoyed this book, thank you<3 © cuteflwara 2017 [completed]
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,538,549
  • WpVote
    Votes 257,126
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.