Zuliana_Zuki
- Reads 16,521
- Votes 1,603
- Parts 62
Disebalik topeng yang pelbagai. Tersoroknya wajah seseorang yang tidak mahu dirinya dikenali ramai. Dia hanya terkenal kerana namanya dan kemampuannya dalam menjiwai watak-watak anime sebagai 'Cosplayer'. Dia bukan manusia yang hebat di mata manusia lain kerana hanyalah si lemah yang tiada sesiapa mahu mendekatinya jika dia ialah dirinya di dunia realiti. Namun, jika dia ialah Ace Volmera, tiada sesiapa yang mahu melepaskan pandangan mata mereka daripada dirinya kerana mereka mahu lihat wajah disebalik topeng itu.
Ace Volmera bukan hanya seorang yang minat cosplay malah dia juga ada misi yang dia perlu laksanakan iaitu 'tugas untuk menghukum seseorang dengan bayaran' atau lebih tepat sebagai pembunuh upahan. Tetapi dia tidak mahu dirinya digelar sebagai pembunuh upahan kerana baginya dia berbeza. Dia tidak akan bunuh seseorang tanpa bukti kukuh dan sebab kukuh untuk dia hapuskan orang itu.
Ace Volmera yang melakukan tugas sedemikian dikenali dengan nama Koroshi Vlad. Tidak seorang pun tahu siapakah dalang disebalik pembunuhan misteri itu kerana mereka hanya tahu 'Koroshi Vlad' ialah pembunuhnya. Tetapi 'Koroshi Vlad' sebenarnya ada misi penting, iaitu membunuh Karim Erwan demi membalas dendam terhadap pembunuhan bapanya.