pewwitt's Reading List
24 stories
Piano by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 3,460
  • WpVote
    Votes 190
  • WpPart
    Parts 7
Tanpa Fatih sedar, dia telah 'membangunkan' roh-roh yang tidak aman tatkala dia menyentuh piano di dalam banglo itu. Maka, dialah yang dinanti-nantikan untuk menyudahkan melodi yang tergantung selama ini. Habiskan melodi terindah... Fatih sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh dan perkara-perkara pelik sepanjang dia berada di situ. Bersama Luthfi, dia cuba untuk membongkar rahsia banglo itu. Hinggalah pada satu hari Pak Cik Leman menceritakan sejarah banglo itu. Rahsia itu menyebabkan Fatih dan Luthfi segera meninggalkan Cameron Highlands namun, mereka masih diganggu lalu kata sepakat dicapai. Mereka harus kembali ke banglo itu semula. Melodi yang tergantung selama ini telah pun disempurnakan. Namun, ada perkara yang masih belum sempurna... **sudah dicetak. Cetakan pertama September 2015**
Tolong Jagakan Dia by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 34,289
  • WpVote
    Votes 1,520
  • WpPart
    Parts 29
Nyawa seseorang hampir melayang tatkala cuba membantunya. Nur Delisha menjadi semakin takut dan bimbang. Lelaki itu... bagaimana harus aku mencari dan membalas budinya? Zulfan Zayyan... kehadirannya pada malam itu telah menyelamatkan hidup seorang gadis walaupun nyawanya menjadi taruhan. Dia akan mencari dan cuba membantu gadis itu lagi. Khalish Adam... dia akan melindungi gadis yang pernah bertakhta di hatinya sebaik mungkin. Dan buat sang pemilik hati, cinta kita pasti akan menemui kebahagiaan. Kesilapan yang lalu membuatkan Almira Zahra benar-benar menyesal. Sudah terlambat untuk menebus segala-galanya. Muncul seseorang, menyebabkan hatinya terdetik dengan rasa itu lagi. Kisah silam menyebabkan Black menjadi begitu kejam dan dia akan pastikan bahawa dia akan musnahkan sesiapa sahaja agar matlamatnya tercapai. "Delisha, awak yang buat saya jadi macam ni. Awak tak boleh tinggalkan saya." - Zulfan Zayyan. "Budi awak memang tak terbalas. Saya akan jaga awak sampai awak sembuh." - Nur Delisha. "Dan saya akan sentiasa lindungi orang yang saya sayang dan cinta... orang tu, awak... sebab saya dah sedar yang sebenarnya saya cintakan awak." - Khalish Adam. "Hanya orang yang betul-betul ambik berat pasal awak boleh rasa ada yang tak kena dengan awak, bila awak diam..." - Almira Zahra. **Sudah Diterbitkan**
Alamak, Tersuka La Pulak! by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 7,940
  • WpVote
    Votes 315
  • WpPart
    Parts 9
Khadeeja Safiya... seorang wanita yang sangat mementingkan abangnya, Khairy Sufyan dalam apa jua keadaan. Tindakan Hani Suraya yang meninggalkan abangnya menyebabkan Khadeeja berdendam dengan wanita itu dan dia menggunakan Izham Iskandar, kekasih pada Suraya. "Yup... aku akan goda mamat tu sampai dia tinggalkan Suraya. Sekarang ni, aku ada misi!" - Khadeeja Safiya. Perwatakan Khadeeja yang unik menyebabkan terdetik rasa cinta di hati Izham walaupun kadang-kadang Khadeeja agak agresif. "Saya yang patut terkejut. Kenapa asyik muka awak saja yang muncul depan mata saya? Apa awak nak, hah? Awak ni memang tak ada kerja ke apa asyik ikut saya dua puluh empat jam?" - Izham Iskandar. Apabila rancangan Khadeeja berjaya dan abangnya sudah menemui bahagia, Izham dihina sekadar untuk gahkan egonya yang menolak rasa cinta yang sudah bersarang di dalam hati. 'Kehilangan' menyebabkan Khadeeja mula fikirkan kesilapannya terhadap Izham dan menyesal dengan tindakannya itu. Saat bertemu kembali dengan Izham, lelaki itu sudah terikat dengan seseorang. Namun, buat kali terakhir Khadeeja mahu berusaha dan tahu sesuatu. Apakah masih ada rasa cinta di hati Izham? **Sudah Terbit - Tahun 2016**
Betul, Suami Aku Pelakon! by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 59,690
  • WpVote
    Votes 3,059
  • WpPart
    Parts 28
Kejadian yang berlaku pada waktu senja, dengan situasi yang kurang menyenangkan menemukan Irfan Danish... seorang pelakon dengan Aliya Marissa, seorang pelajar universiti yang sedang menghabiskan cuti semesternya di kampung. Irfan : "Kau kan semalam?" Aliya : "Haah! Aku. Apesal? Kau ingat kau sorang aje pandai buat mata bulat? Aku pun bolehlah!" Irfan : "Wei, pasal kaulah aku jadi macam ni!" Aliya : "Apehal pulak aku? Kau tu yang penakut. Lari macam lipas kudung. Nama aje jantan tapi, hati berbunga-bunga, menjerit mengalahkan perempuan. Dasar jantan lembut! Biadap pulak tu!" Tanpa sedar, pertengkaran mereka akhirnya bertukar kepada pernikahan. Oleh kerana Aliya masih lagi seorang pelajar... dia mahu menyembunyikan statusnya. Kalau orang tahu dia berkahwin dengan seorang pelakon, kecoh satu universiti nanti! Tatkala masing-masing mengenakan antara satu sama lain, muncul perasaan cinta. Namun, mereka cuba menafikan. Kesilapan Irfan dan rahsia yang disimpan oleh mereka berdua menyebabkan keadaan mula menjadi huru-hara. **Sudah diterbitkan**
Memoir Si Hati Kering by kelingkingbesi
kelingkingbesi
  • WpView
    Reads 30,024
  • WpVote
    Votes 828
  • WpPart
    Parts 31
Assyifa Inara. Graduan di Uniersiti Malaysia Sabah. Dulu Syifa tak macam ni. Syifa sangat polos dan periang. Lepas ayahnya tinggalkan keluarganya bersama perempuan lain, ibunya sanggup pergi dengan dato' kaya, ditipu oleh sahabat karib dan menunggu cinta yang sia-sia mengubah hati Syifa. Mirdad Naqib, lelaki yang ditunggu namun hanya sia-sia. Penantian Syifa hanya membuang waktu. Meminta untuk dinanti namun senyap saban hari hilang tanpa berita kemudian muncul membawa sesuatu kejutan. Tamat pengajian, ibunya mengambil keputusan tinggalkan keluarga demi mengejar kekayaan. Irdina dan Nureen sahabat yang dianggap susah senang bersama namun siapa sangka sahabat sanggup makan sahabat? Yang ada cuma abangnya Aydeen Imran dan sahabatnya nun jauh di Sabah, Amsyar. Setelah apa yang terjadi, Syifa bukan lagi Syifa yang dulu. Tidak lagi tahu erti sayang, marah, cinta, suka dan benci. Syifa tidak peduli. Tidak pernah menganggap manusia sekelilingnya akan tetap bersamanya. Hilang rasa simpati dan impati dalam dirinya. Apa yang terjadi disusuli dengan ayat, "ada aku kisah?" "Itu bukan masalah aku". Pertemuan dengan Riyadh Rizqin adalah mangsa kekeringan hati Syifa. "Kau ni memang takde perasaan ke?" Riyadh. "Aku memang macam ni sebab aku tau, akhir nanti aku tetap akan sendiri.." Syifa. Riyadh Rizqin. Terpaksa lupakan kerjaya yang dibina kerana masalah yang dihadapi kakinya. Seorang atlet dahulunya namun terpaksa meniaga sebagai seorang penjual satey. Terpaksa hidup bersama besi dikakinya. "Riyadh susah nak bercinta. Riyadh bukan macam lelaki lain. Kelakar, sempoi dan suka tolong orang." Aslam. Apakah hati Syifa akan selamanya kering tanpa kasih, sayang dan cinta. Adakah Syifa akan kembali menjadi Syifa yang dahulu?
Cerita Cinta Kita  by nurainliyana00
nurainliyana00
  • WpView
    Reads 53,853
  • WpVote
    Votes 1,036
  • WpPart
    Parts 24
Mikail Naufal dan Medina Batrisya, merupakan rakan sekelas sejak berada di tingkatan 1 . Kenakalan mereka sering menjadi topik hangat perbualan guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut. Dalam diam ternyata Medina Batrisya menyukai Mikail Naufal. "Mikail, aku sukakan kau." Medina Batrisya memberanikan diri meluahkan isi hatinya setelah sekian lama. "Hahahaha, apa kau merepek ni Medina? Aku anggap kau ni tak lebih dari kawan baik aku tau." Mikail Naufal gelak terbahak-bahak. "Jadi kau tak sukakan aku lah ya?" Soal Medina Batrisya. "Tak, sikit pun aku tak ada perasaan dekat kau." Mikail Naufal terus berlalu pergi. Akibat rasa kecewa, Medina Batrisya menghilangkan diri sejurus selepas tamat peperiksaan SPM. Adakah mereka akan bertemu kembali? Adakah Medina Batrisya masih menyukai Mikail Naufal? Segalanya akan terjawab dalam, Cerita Cinta Kita. #08.10.2017 ~ 292 IN ROMANCE #15.05.2018 ~ 225 NOVEL MELAYU
Promise by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 59,265
  • WpVote
    Votes 2,996
  • WpPart
    Parts 36
Ketika berada dalam keadaan terdesak, seorang lelaki muncul secara tiba-tiba dan telah menolong Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama, hanya senyuman saja yang menjadi memori. Takdir menemukan mereka sekali lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu sebenarnya mempunyai kembar! Wajah mereka memang saling tak tumpah tapi... perangai bagaikan langit dan bumi. Sorang indah, sorang lagi bikin menyampah! Wafiy Sadiq, si abang. Pemilik senyuman yang menjadi memori. Lemah lembut bicara dan sering membahagiakan Hanina... dengan kata-kata dan tindakannya. "Awak kena yakin dengan apa yang ada pada diri awak. Bila awak yakin, awak akan sedar yang sebenarnya awak sangat berharga... okey? Saya janji saya akan buat awak rasa lebih bahagia." - Wafiy Sadiq. Siddiq Wildan, si adik. Pemilik senyuman sinis. Annoying nak mampus! Hobinya suka menyindir orang dan kerap munculkan diri di hadapan Hanina. "Sudah-sudahlah tenung jari tu. Jari tu cukup ada sepuluh, kan? Nak tenung sampai jadi sebelas jari ke? Ke... kau nak aku kurangkan jari kau jadi sembilan aje?" - Siddiq Wildan. Fikiran Hanina jadi kucar-kacir disebabkan mereka berdua! Kerana satu kejadian, perasaan Hanina menjadi turun naik. Marah, serba salah, terkilan semuanya bersatu! Ada janji tercipta. Janji yang dikota, bahagia... dan janji yang tidak ditunaikan, sengsara dibuatnya. Namun, masih ada rahsia. Rahsia mereka berdua. **Sudah dicetak. JUN 2017**
Janji Seorang Sahabat by imanirasyy
imanirasyy
  • WpView
    Reads 55,069
  • WpVote
    Votes 2,364
  • WpPart
    Parts 92
Hariz Naim dan Zara Aulia sudah berkawan semenjak dari kecil lagi. Namun persahabatan mereka sering kali diuji dengan kemunculan cinta lama Hariz. Namun dengan kehadiran kawan sekerja Hariz yang sudah lama meminati Zara. Pintu hati Hariz diketuk dan dia berusaha untuk memahami isi hatinya. Dia binggung. Zara Aulia. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Sebelum bermula semuanya sudah berakhir lalu dia membawa diri.
Jatuh Jua Egonya by nuralia20
nuralia20
  • WpView
    Reads 14,961
  • WpVote
    Votes 675
  • WpPart
    Parts 28
"Dalam ramai orang dekat dunia ni,kenapa dia?kenapa aku ada perasaan macam tu bila dengan dia?kenapa mesti aku yang ada perasaan ni?Jantung aku.Kenapa tak berhenti berdegup bila aku berhadapan dengan dia? " Soalan yang bermain di fikiran Amir Hamzah.Ayana Dhia,ya dia lah gadis yang membuatkan hidup Am jadi tak tentu arah.Apabila tiada Yana di sisinya,tidak lengkap hidupnya. "Di...Dia sukakan aku? setakat suka?semua orang boleh cakap.Soal hati,perasaan dan paling penting cinta?tak mungkin orang macam dia boleh cintakan aku." Kata Yana keliru dengan kelakuan Am.Sesungguhnya dia mempunyaai perasaan yang sama seperti Am.Tapi sampai bila masing masing hendak menipu diri sendiri.Adakah Yana yang telah membuat ego Am jatuh? Ya,akhirnya.Jatuh jua egonya
Budak Degree by kelingkingbesi
kelingkingbesi
  • WpView
    Reads 26,934
  • WpVote
    Votes 773
  • WpPart
    Parts 30
Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqman si atlet harapan. Ziyad jejaka tegas yang suka membebel. Naufal, pak ustaz yang suka beramal. Nazrin, si kacak yang suka buat kerja last minute. Izzaq, si misteri yang menimbulkan tanda tanya. Emir, jejaka suksis yang sempoi. Lufti, si gila kuasa. Mikhail, dalam baik ada maknanya. Itu si jejaka-jejaka. Nadrah, gadis pencinta setia. Syuhara, baru merasa dunia luar. Adrina, si kuat tidur yang bijak. Safiyya, setiap masa hanyalah untuk mengejar ilmu. Umairah, kakak suksis yang mengambil berat. Aryana, si gopoh. Itu si gadis-gadis. Ingat senang nak kejar ijazah? Nampak senang tapi banyak cabarannya. Lebih ilmu yang dapat, lebih pengalaman mendewasakan. Ikut mulut orang, sakit. Baca dulu baru faham. BUDAK DEGREE.