Apabila hatiku nak membaca..
7 stories
The Revenge [C] by roseanne94_
roseanne94_
  • WpView
    Reads 225,513
  • WpVote
    Votes 10,574
  • WpPart
    Parts 25
Irish Nadia- Berperwatakan matang dan terbuka. Dulu, dia dikenali sebagai happy virus. Namun, semuanya musnah apabila kebahagiaannya dirampas. Dan dia juga berubah menjadi gadis yang lebih dingin dan penuh dengan rahsia. Tengku Firash Haikal- Lelaki yang ceria namun susah untuk menerima sesiapa sahaja dalam hidupnya sehinggalah dia berjumpa dengan si gadis. *** "Kau penipu!"-Tengku Firash Haikal "Don't be such a kid, Firash!"-Irish Nadia. P/s : Cerita ni originally dari imaginasi saya cuma pinjam nama watak sahaja. Please don't copy Highest ranking : #3 in Action 20/7/2016 - 09/11/2016 Cover by: Yoonseok_Jinkook46
The Night Carnival by FirdausRosdi
FirdausRosdi
  • WpView
    Reads 1,618
  • WpVote
    Votes 188
  • WpPart
    Parts 5
Sarah, seorang gadis berumur 15 tahun yang baru sahaja berpindah ke sebuah pekan kecil disebabkan perceraian ibu bapanya.Ibunya, Maria cuba untuk memulakan kehidupan baharu setelah berpisah dengan suaminya. Pada mulanya, agak sukar bagi Sarah untuk menyesuaikan diri.Ibunya terpaksa bekerja siang dan malam bagi menyara kehidupan mereka. Tetapi, kewujudan sebuah karnival di hujung pekan telah mengubah kehidupannya yang membosankan.Karnival itu dibuka setelah senja sehingga larut malam.Di situlah satu-satunya tempat hiburan di pekan tersebut. Namun, karnival ini menyimpan rahsia gelap disebaliknya.Kes kehilangan kanak-kanak di kawasan itu akan terjawab.Peristiwa malam berdarah dan pembunuhan besar-besaran bakal menjadi tajuk utama di dada akhbar. JANGAN SESEKALI TERIMA HADIAH DARIPADA MEREKA!! BADUT-BADUT INI MAHUKAN SESUATU SEBAGAI BALASAN..
BLOODY FRIENDSHIP 2 : MANA-PHERE (BM Version) [STOP] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 25,670
  • WpVote
    Votes 1,997
  • WpPart
    Parts 39
Putera Azrael Moncheisto terpaksa meninggalkan tempat tinggalnya untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh. Dia dibawa ketua pegawai keselamatan negaranya, Roxes Kalas ke Akademi Crownis Dragon, jauh dari negara mereka. Di akademi ini, Azrael menjalankan hidup menyamar sebagai Azzel Fe Rozz. Dia bertemu beberapa rakan rapat yang menghiburkan kehidupan sehariannya. Tetapi, yang menarik perhatiannya adalah remaja lelaki yang senyap seribu bahasa dan juga roommate yang akan menemani Azrael ke tahun akhir di akademi itu. Yang mengejutkan, nama samaran Azrael sama dengannya, Azzel tetapi namanya Azzel Le Terrance atau lebih gemar dipanggil El. El mempunyai masalah sendiri. Kehidupan sunyinya mulai cerah dengan kehadiran Azrael. Dengan pertolongan Azrael, El dapat menyelesaikan masalahnya. Sayangnya, aman tidaklah sentiasa di sekeliling mereka apabila ada pula serangan mengejut daripada satu musuh yang tidak diketahui mereka. Akademi mereka diserang dan Azrael serta semua pelajar akademi terpaksa dipindahkan ke Akademi Leunhook di negara sebelah bagi perlindungan. Perjalanan Azrael ke Akademi Leunhook terhalang apabila terdapat serangan daripada penunggang naga. Dengan kehadiran Lazw dan naganya, Slirre, mereka dapat atasi musuh mereka dan tiba di akademi Leunhook. Malang tidak berbau, ada pula sekumpulan orang yang mahu menculik El. Selamatkah El dan ke mana mereka ingin membawanya? Apa yang Azrael lakukan untuk menyelamatkan El? Kuasa apa yang dunia Mana-Phere ini miliki pula ? Untuk pengetahuan semua, Bloody Friendship 2 ini ada kaitan dengan Kairi dan lain-lain dalam buku Bloody Friendship (Versi BM). Sesiapa yang belum baca buku siri pertama Bloody Friendship boleh pergi ke laman saya. Nak tahu camna pula kisah siri Mana-Phere ini pula, saksikan pengembaraan Azrael, El dan rakan-rakannya XD
THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C] by MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    Reads 300,682
  • WpVote
    Votes 20,659
  • WpPart
    Parts 62
"Come to me, Cursed Katana." Aizel Neifelheim, seorang remaja yang mempunyai kuasa. Oleh kerana kuasa yang dimilikinya itu, dia digelar Cursed Guardian oleh para guardian lain. Dia juga merupakan salah seorang daripada 5 Guardian Of Aster City. Bukan itu sahaja, dia juga merupakan salah seorang daripada 5 Lord Of Guardian. Bandar yang didiami kini bukanlah aman seperti yang difikirkan. Vager, makhluk yang tidak diketahui asal-usulnya sering menyerang bandar yang didiami. Bukan itu sahaja, terdapat sebuah organisasi haram telah beroperasi mencuri teras Vager dan ingin menggunakannya untuk mengancam keamanan sejagat. Aizel dihantar oleh Raja Lancer ke Kainar Highschool Academy atas satu misi. Iaitu untuk melindungi sekolah itu dari ancaman Vager dan juga daripada organisasi haram itu. "Even my power is a cursed power, I will use this power to protect the people that I love and finished my mission." Dapatkah Aizel menamatkan misinya itu? Ataupun dia terkorban?
Speedster/Si Lintar by izachvulcan
izachvulcan
  • WpView
    Reads 5,217
  • WpVote
    Votes 501
  • WpPart
    Parts 13
Tetapan tarikh VVII - itu bermaksud tahun 3079. Nombor yang biasa telah ditukar dengan nombor baru oleh cendekiawan seluruh dunia. Mereka mencipta teknologi dan perkara baharu dan berasaskan teknologi future. Ia diubah Sejak tahun UZII _2599_. Pada tahun itu DNA manusia di seluruh dunia seperti diubah secara mendadak dan secara serentak dalam masa semalam iaitu 31.12. 2599. Sejak dari itu ada manusia berkebolehan ganjil seperti Animal Communication, City Communication, Enhance Hearing, Banshee Sound dan banyak lagi. Setiap DNA mempunyai kelainan berbeza untuk menentukan kelebihan pengguna dan manusia di zaman ini dipanggil Generasi META. Di dalam cerita ini aku yang istimewa Nama aku Alias, umur aku 17. Aku memasuki Akedemi Pelindung sejak Umur 13 tahun lagi sejak aku menemui aku mempunyai kuasa berasaskan kelajuan. Cuma. ye ada cuma. Aku takut hilang kawalan dan tidak pandai mengawal nya. Kerana aku salah seorang manusia mempunyai High Power Limit dan hanya tertentu sahaja yang mengetahui kewujudan kuasa begini bermaksud kuasa aku ibarat infiniti dan susah dikawal tetapi mudah digunakan. setahun selepas hari jadi aku ke-17 aku memasuki latihan Pewaris Allience. Sejak aku masuk ke sana aku tidak menggunakan kuasa aku kalau perlu hanya lima puluh peratus sahaja aku gunakan. di sana aku banyak bertemu remaja lain seperti aku. Tapi itu tidak lama kerana aku dimasukkan ke dalam satu unit khas untuk menghalang. Kumpulan pengguna kuasa purba. Yang sepatutnya musnah.. Ok dah mula mengarut Tapi kenapa aku? Aku cuma Super speed Betul ke? 'Kau bukan pemilik kuasa , kau adalah kuasa ....Kita stimewa ' /Armel/ (Dipublish pada 21,12,2016) Jangan copy cerita ni.. 1 dalam carta science fiction. = ̄ω ̄= Buat masa ini jelah= ̄ωspeed
psiko test by pheonixshadow
pheonixshadow
  • WpView
    Reads 86,155
  • WpVote
    Votes 4,834
  • WpPart
    Parts 14
Ini hanya persoalan.
Arc Chemist by KarboniKTales
KarboniKTales
  • WpView
    Reads 87,583
  • WpVote
    Votes 8,197
  • WpPart
    Parts 32
Azim, seorang saintis muda Malaysia yang tidak percayakan unsur magik disahkan mati akibat bebanan kerja. Namun, takdir menentukan segalanya. Dia secara tiba-tiba tersedar semula ke dunia asing berlatarbelakangkan abad ke-17 Eropah. Menambahkan lagi kecelaruan, Azim menyedari bahawa jasad yang diduduki sekarang bukanlah hak miliknya, sebaliknya jasad ini adalah milik seorang pemuda aristokrat Kaukasian yang bernama Kleim Dy Rosso, yang pada masa yang sama telah disambar petir. Arc Chemist, oleh KarboniKTales adalah sebuah karya sains fiksyen yang bertemakan pengetahuan sains (kimia) dan alchemy (alkimia). ++++++++++ -Akan diupdate dan dipinda jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa dan jalan cerita. -Saya mengalu-alukan komen-komen positif dan membina. Juga, kritikan terhadap karya saya juga diterima untuk memperbaiki kesilapan diri. Follow | Comment | Vote| Share Terima kasih!