zatulseyo's Reading List
4 stories
The Game By Brotherlee by SquadG
SquadG
  • WpView
    Reads 3,362
  • WpVote
    Votes 212
  • WpPart
    Parts 2
Maaf lambat." Raziq meletakkan beg sekolahnya di atas meja. "Tak apa." Kai senyum lebar. Acah cool padahal mesti dah menyirap tahap gaban. "Sihat Ziq?" Adli saje bermanis mulut. Sihat ke tak sihat ke,aku peduli apa sebenarnya? "Jemput duduk,jemput duduk." Mikael bangun dan berdiri. Tempat duduk yang tadi milik dia kini diserahkan kepada Raziq. Bangku itu disapu sedikit,menghilangkan kotoran yang tidak wujud. Raziq senyum janggal. Dia tahu orang-orang dihadapan dia bukan sebarangan orang. Orang berkuasa super yang sanggup buat apa sahaja demi berjaya dalam permainan mereka,iaitu permainan Truth or dare. Jika seseorang mahu mengetahui apa-apa rahsia atau fakta dalam muka bumi ni,contoh macam rahsia siapa crush mamat muka hensem tu,atau apa yang bakal keluar dalam kertas peperiksaan akhir tahun. Semua itu boleh diketahui dengan cara mengajak SG bermain game truth. To find any truth,just seek this five good looking human. Selagi tak beyond the limit, selagi tu mereka akan berusaha memenangi permainan tersebut. Dan untuk menyuruh mereka menyiapkan apa-apa misi. Ajak lah depa main game dare,pasti terlaksana tanpa banyak hal. Yang cuma menjadi masalah adalah bayarannya. Ikut tahap kesusahan dan risiko yang diambil. Kalau sakat cikai-cikai punya kerja. Rm50 pun dah lebih dari cukup. Tapi kalau game berisiko macam hantar dadah,ha maka bayaran nya pun boleh merisikokan duit poket. "Kali ni Raziq nak main game truth..Atau dare?" Qid soal dengan sopan.Raziq punya gila pun bukan biasa-biasa. Muka je nampak macam ahli kumpulan nasyid,tapi dia punya gila tu,sampai tahap jual dadah. Walau cuma kerja part time. Tapi dadah doh. Kaw-kaw. Jari jemari Raziq dilagakan. Dia menunduk sekejap bila rasa tidak selesa ditenung oleh lima mahluk yang menggelar diri sendiri gay. Tetapi,dia pum tidak tahu status lelaki lima orang ni. Betulkah gay? Atau depa ni bisex? "Saya nak main game Dare bang..Tapi duit saya dah habis." "Oh tak ada duit tak boleh cerita la."
Quote by kaekaizer
kaekaizer
  • WpView
    Reads 31,348
  • WpVote
    Votes 1,418
  • WpPart
    Parts 51
A motivation fr people. But its not more than 'sampah'. Pardon my grammar.
MATA [COMPLETED] by mikaelhusni
mikaelhusni
  • WpView
    Reads 69,980
  • WpVote
    Votes 5,936
  • WpPart
    Parts 26
Setelah kemalangan dan membuat pembedahan mata, Adam mula tertanya tentang identitinya yang sebenar. Ini bukan cerita seram yang anda perlu menyorok di dalam selimut. Ini bukan cerita sedih yang anda perlu sediakan tisu. Ini adalah kisah tentang 'Dia' dan anda hanya perlu membacanya sambil minum air nescafe. #KARYAPERTAMAMIKAEL
Kerana Dia Manusia Biasa- Wan Nur Najihah by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 299,905
  • WpVote
    Votes 1,755
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Kerana Dia Manusia Biasa Penulis: Wan Nur Najihah Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-80-8 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. “Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan. “Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil “Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.