best writer
3 stories
Oi, umurku 28! by Mina94
Mina94
  • WpView
    Reads 1,550,392
  • WpVote
    Votes 74,042
  • WpPart
    Parts 49
Nama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir tiap hari mama akan membebel dan asyik salahkan aku di atas sebab Herman kini dah kahwin lari dengan Mimi. Aku makin tertekan bila aku juga dah disuruh pindah kerja dari mengajar murid tadika ke murid tingkatan enam atas. Bukan itu sahaja, ianya adalah Sekolah Tinggi Lelaki Gadong Brunei. Sekolah yang dilabel sekolah deliquent di Brunei. Masalah betul.
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,761,262
  • WpVote
    Votes 139,895
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Mr Devil, Mr Hero by AnnaSANBA
AnnaSANBA
  • WpView
    Reads 6,413,287
  • WpVote
    Votes 192,201
  • WpPart
    Parts 76
"Awak, saya nak balik.." rengek Sophia. Adam tersenyum sinis. "No. Kau akan tinggal sini. Selama-lamanya," sejurus itu pintu bilik di hempas kuat lalu di kunci dari luar. Sophia dengan panik berlari menuju ke pintu. "Awak! Buka pintu! Saya nak keluar awak! Open the door! Ayah! Keluarkan Sophia dari sini!" Namun tiada siapa yang membukakan pintu. Akhirnya Sophia pasrah, dia bersandar di pintu dan dengan perlahan dia duduk. Dia masih menangis, wajahnya di tutup dengan kedua tapak tangannya. Dia kecewa dengan Encik Husain kerana menjualnya kepada lelaki yang tidak dikenalinya langsung. Lelaki yang akan merubah hidupnya!