Wawa's Reading List
3 stories
ISTERI YANG DIBELI by qtprinc3ss
ISTERI YANG DIBELI
qtprinc3ss
  • Reads 4,347,698
  • Votes 132,038
  • Parts 88
𝓯𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aeisya dijual oleh abang tirinya kepada Daniel iaitu seorang mafia kerana tidak mahu dibunuh akibat hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Aeisya dan Daniel akhirnya berkahwin dan jatuh cinta namun hubungan mereka tidaklah semudah yang disangka. Kehadiran Aiman yang pernah menaruh hati pada Aeisya menyebabkan rumah tangga mereka tergugat apabila Aiman bertindak untuk memisahkan mereka. Benih yang baru menumbuh di rahimnya gagal diselamatkan dek kerana sikap Daniel yang melulu. Lelaki itu dipersalahkan. Hati si isteri yang terluka dipujuk kembali. Benar kata orang, rezeki yang diambil Allah pasti akan digantikan dengan yang lebih baik. Aeisya hamil buat kali kedua dan melahirkan sepasang kembar. Namun, keadaanya kritikal dan memerlukan penderma darah. Hadir sebuah keluarga yang menuntut kembali anak gadis mereka yang telah hilang lama dahulu. Aeisya yang dulunya sebatang kara kini berkeluarga besar. Ujian baru mula menimpa pasangan ini menyebabkan kepercayaan masing-ii mula goyah. Aeisya hilang pedoman. Kata-ii cacian dilempar tanpa rasa. Hinaan demi hinaan buat meluahkan rasa yang terbuku di hati sehingga menyebabkan... "Puteri Aeisya Edrina binti Megat Yahaya, aku ceraikan kau dengan talak satu!" - Daniel Aeisya dan Daniel berpisah membuat haluan masing-ii memisahkan anak-ii yang sedang membesar. Kehidupan dijalani seperti biasa namun mana mungkin semuanya akan normal sahaja. "Isya rindu mama la..." - Isyahani "Karl rindu papa..." - Ayqal Ikatan anak-ii yang masih kuat menyebabkan mereka kembali bertemu setelah bertahun tahun terpisah. Kejadian yang tidak diduga menyebabkan ego mereka runtuh. Namun, adakah mereka masih saling mencintai? Atau sekadar menjadi ibu bapa yang baik buat anak-ii? ⚠️ 2018 copyright
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
Bukan Untuk Dimiliki
appleflakes
  • Reads 4,299,959
  • Votes 251,878
  • Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Tempat Sempurna by Lollysnow
Tempat Sempurna
Lollysnow
  • Reads 5,575,946
  • Votes 286,832
  • Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*