best ever!
62 historias
Kerana Terluka [TERBIT] por daisyxdahlia
daisyxdahlia
  • WpView
    LECTURAS 915,126
  • WpVote
    Votos 190
  • WpPart
    Partes 7
Fahri Ilham | Hana Atiya Start : 10th Sept 2022 End : 10th March 2023
Bawa aku ke syurgamu por sarahdianamarcella
sarahdianamarcella
  • WpView
    LECTURAS 652,648
  • WpVote
    Votos 22,296
  • WpPart
    Partes 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaksa oleh kedua ibubapanya. Dr Adrian- Pensyarah muda lulusan Harvard menjadi kegilaan para pelajar di universiti. Ditambah dengan personaliti yang beku dan dingin itu menjadi satu fenomena di pusat pengajian tinggi itu. Sesuatu yang berada kemas dalam diri, menjadi beban untuknya setelah sekian lama menyebabkan dia terpaksa membuat pilihan. Antara cinta dan kehidupan. Tetapi sesuatu rahsia yang disimpan, membawa kepada kebenaran yang pahit untuk ditelan. Raja Daiyan Aniq- Pertemuan semula dengan gadis selamba semasa di Kejohanan Sukan antara Universiti membuka satu kisah dan satu rasa antara keduanya. Lecturer-student= yes Typical story=no Apologize if this story is not for your type. Harsh word may use in there. Enjoy your day while read this book.. Start- May 2023 End- 24 June 2023
Putera Pemilik Hati por sarahdianamarcella
sarahdianamarcella
  • WpView
    LECTURAS 1,473,779
  • WpVote
    Votos 44,613
  • WpPart
    Partes 85
Buku kedua..ada watak 1st story dalam ni tapi cerita asing. Stand Alone series Double mature..tak sesuai untuk bawah umur..ada unsur paksaan..kata kata kesat..penderaan.. keganasan rumah tangga..jika anda merasa tidak selesa membaca, author mohon maaf tau 🙏🏻 Sinopsis- Keduanya bertemu dalam situasi tidak dijangka. Atisha Humaira,seorang doktor pelatih rupanya telah mencuri sekeping hati milik Putera Mahkota Tengku Noah Mikael setelah sekian lama. Sejak mereka di bangku sekolah. Dan apabila mereka bertemu sekali lagi, sang Putera tidak mahu melepaskan si pencuri hati itu buat kali kedua. Dia bertindak di luar jangkaan mengahwini Atisha tanpa pengetahuan sesiapa, dan mengawal kehidupan gadis itu, tidak mahu Atisha hilang dari sisi lagi. Akibat tidak tahan akan kongkongan suami, Atisha bertindak melarikan diri tanpa menyedari dirinya juga mempunyai rasa yang sama. Dengan rahsia antara mereka,konflik serta penolakan pihak istana, Atisha tidak mahu lagi kembali ke sisi suaminya. Namun sang Putera telah berjanji.. tiada siapa yang akan dapat merampas cinta hatinya itu walau dia terpaksa kehilangan takhta. ------------- "Atisha..Atisha.. Berani kau lari lagi kali ini dari aku.. Kenapa kau lari sayang..kau kan tahu aku akan kejar kau sampai aku jumpa kau semula.. But this is the game you want right? You already push the button first. So alright sweetheart, we will play together. Lari lah Atisha..lari lah sayang.. Kerana jika aku berjumpa kau lagi, kau pasti akan dihukum dengan hukuman paling berat yang aku akan bagi.. I love chasing..especially when its you, cutie. Till we meet again my wife." - Tengku Noah Mikael- " Selamanya kau milik aku, Permaisuriku Atisha Humaira." Start- 17/2/2023 End-30/4/2023
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) por msroses_
msroses_
  • WpView
    LECTURAS 2,937,135
  • WpVote
    Votos 1,987
  • WpPart
    Partes 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi por Faijaa
Faijaa
  • WpView
    LECTURAS 2,502,033
  • WpVote
    Votos 126,524
  • WpPart
    Partes 57
[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seorang penghibur malah suka bergurau. Tapi kerana satu kejadian yang telah memberi impak terbesar dalam hidupnya telah merubah perwatakannya. Dari suka bergaul kini dia suka menyendiri malah mula dikenali dengan perwatakan bekunya. serta tanpa perasaan. JANNAH ADRIANA - Seorang gadis periang yang berkerja sebagai doktor gigi. Dikenali dengan perangai masuk airnya serta kecomelannya. Mempunyai paras yang cantik dan mampu menarik perhatian orang-orang disekelilingnya. Sifatnya yang lemah lembut malah selalu merendah diri. Tapi siapa sangka? Dalam diam dia cuba berusaha menghilangkan perasaan yang sudah terpendam lama terhadap seorang lelaki. Perasaan yang tidak pernah dia luah. Tetapi seakan susah untuk dia menghilangkan perasaan tersebut. Inikan dia luah. Belum dia luah saja dia sudah tahu perasaan lelaki itu terhadapnya. Tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Tingkah jejaka itu saja selalu menyakitinya dalam diam. Makanya dia mengambil keputusan untuk berusaha menghilangkan perasannya terhadap jejaka itu walaupun seakan tidak mampu ia lakukan. Ya jejaka itu Detektif Maiq Hakimi. Tiada siapa yang tahu apa yang terpendam dalam lubuk hatinya. Hanya dia saja yang tahu. Yang pasti dalam dia tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Tapi dalam hatinya ada seseorang. Jannah Adriana. Gadis itu yang bertaktah didalam hatinya. Dalam dia menunjukkan tiada keinginan dekat gadis itu. Tapi akan dia pastikan tiada siapa yang dapat memiliki gadis itu selain dia. Amaran : [Pembaca matang saja] [Cringe] [18SG] ⚠️So read at your own risk⚠️ ⚠️All characters, Location, Places, Incidents in this story are fictional!⚠
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) por msroses_
msroses_
  • WpView
    LECTURAS 1,934,617
  • WpVote
    Votos 15,597
  • WpPart
    Partes 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
Dalam Lamunan Kita por hanimiyooo
hanimiyooo
  • WpView
    LECTURAS 336,647
  • WpVote
    Votos 19,754
  • WpPart
    Partes 47
Satu kejujuran. Satu pengkhianatan. Itu sahaja yang diperlukan untuk Haider mengubah pemikirannya tentang cinta dan kepercayaan. Hidupnya musnah kerana itu. 'Cinta' adalah benda yang tidak ingin dirasai oleh Haider untuk selamanya. 'Kepercayaan' bukanlah suatu perkataan yang dia akan percayai lagi. Kedua - dua benda ini tidak akan lagi Haider berikan kepada sesiapa untuk selamanya. Sehinggalah, Pada suatu hari, dia mula bermimpi tentang seorang gadis yang tidak pernah dikenalinya. ⚠️ Anxiety, Depression, Panic Attacks, Disturbing Scenes
TUAN KHAIRUL ✓  [C]  por samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    LECTURAS 405,025
  • WpVote
    Votos 618
  • WpPart
    Partes 1
Sekuel TRIO Luth Mahfuz Luth Hentian Akhir Fatihah : Mahfuz . [[Sila baca sekuel Fatihah Mahfuz dahulu]] BOOK #7 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Romance ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & banner novel atas ihsan @the_nismicha Khairul Iddin. Maknanya mulia, membawa maksud sebaik-baik agama. Wajahnya elok, otaknya ligat, namun ada satu kecacatan dalam agama. Kejadian silam membentuk diri menjadi manusia berkiblatkan nafsu haiwan. Di usia muda sudah berani melanggan sugar baby mengikut cita rasa sendiri. Bahkan ramai dara ditebuknya. Betapa rosak diri itu sejak di sekolah rendah lagi. "Mak teh jangan tinggalkan Khai, ya?" -Khairul Iddin Topeng 'anak soleh' dipakai kerana dia. Namun, setelah wanita kesayangannya pergi... terhapus jualah segala sisi baik yang ada. Tinggal Khairul sendirian bertemankan syaitan.
MILIK MEGAT ZILL QAYYUM (TERBIT) por Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    LECTURAS 558,946
  • WpVote
    Votos 5,817
  • WpPart
    Partes 22
Kerana Dia Pemilik Cinta Sejatiku... Megat Zill Qayyum x Diandra Maleeqa Dian adalah seorang gadis yang hidup serba susah. Sejak kecil dia tidak pernah kenal siapa ibu nya. Ayahnya pula seorang kaki judi. Dan Dian lah yang terpaksa bekerja keras demi mencari duit untuk menampung yuran pengajian nya dan melunaskan hutang-hutang ayah nya. Megat Zill Qayyum sangat membenci Dian kerana dia beranggapan adik nya sudah pandai melawan sejak berkawan dengan Dian. Dian di herdik dan di caci sesukahati. Takdir tiada siapa menduga, Zill telah lumpuh akibat kemalangan jalanraya. Di saat Dian terdesak perlukan duit, dia rela menerima tawaran untuk menjaga Zill sehingga sembuh. Rasa benci yang menebal dalam hati Zill, perlahan-lahan mula menipis dan bertukar menjadi rasa sayang dan cinta terhadap si isteri. Namun, disaat hati mulai bahagia, terbongkar nya satu rahsia menyebabkan Zill hilang kepercayaan dan membenci Dian. Apa rahsia yang di sembunyikan oleh Dian sehingga Zill tega menghalau nya keluar dari rumah ketika hujan lebat tanpa belas kasihan?