aqylah17's Reading List
37 stories
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 1,934,276
  • WpVote
    Votes 15,584
  • WpPart
    Parts 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,936,150
  • WpVote
    Votes 1,985
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
His Remedy [TERBIT] by irenicmia
irenicmia
  • WpView
    Reads 2,579,884
  • WpVote
    Votes 79,756
  • WpPart
    Parts 29
[COMPLETE] [TERBIT] 2nd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER Don't ever trust my words.. but trust my actions, gorgeous. Disebabkan oleh perkahwinan yang tiba-tiba sahaja diatur oleh ibunya, fikiran Elena mula menjadi buntu. Dia enggan menerima cadangan tersebut jadi pilihannya hanya satu iaitu melarikan diri. "Don't you dare! Selagi El tak terima cadangan mom, jangan harap El boleh pergi jauh." - PUAN SRI RAFEA Siapa sangka, pilihannya untuk melepaskan diri daripada perkahwinan yang dirancang oleh Puan Sri Rafea itu menjadi titik permulaan kepada pertemuannya dengan seseorang? Bagi Elena, pertemuannya dengan jejaka bernama Black itu diibaratkan sebagai sesuatu perkara yang misteri. Mengapa jejaka itu muncul di saat dia memerlukan pertolongan? Mengapa si dia muncul di saat dia rapuh dan memerlukan perlindungan? Itu yang menjadi persoalan di benak fikiran seorang Elena. "How about you? Boleh I percayakan you?" - ELENA SOPHIA Lain pula bagi seorang Black Salvatore. Baginya, menjaga Elena ialah ikrarnya. Selagi dia bernyawa, tidak akan ada sesiapa pun yang mampu untuk menyakiti atau menyentuh Elena kerana... "She's my woman. Touch her, and you will never see daylight ever again. Did you hear that?" - BLACK SALVATORE Namun apa yang terjadi apabila satu-persatu perkara yang disembunyikan mula terbongkar? Permainan apakah yang sedang dimainkan oleh mereka? Dan yang lebih penting, siapakah Black Salvatore di masa lampau? Sebahaya manakah lelaki itu di mata musuh-musuhnya? Because his name is Black Salvatore, and he's willing to give up all for Elena Sophia, his remedy. Cinta tak selamanya tentang perasaan, tapi cinta adalah tentang keikhlasan. ⚠️ unedited highest ranking : #1 in romance , #1 in romantik , #1 in Melayu #1 in action , #1 in thriller , #1 in comedy #1 in mystery , #1st in mafia
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT] by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 2,017,299
  • WpVote
    Votes 44,323
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pernah sedetik pun dia ingat kepada Tuhan. Episod 'gelap' masa yang lalu telah menghumban dia ke dunia kelam. Rahsia yang dia selalu pegang, dia telah 'kunci' rapat hanya untuk dirinya. "Saya cintakan awak!" -Dasha Arluna "Perempuan bodoh macam kau ni...sebut soal cinta? Pergi mampus kaulah!" -Dayren Leo DASHA ARLUNA, tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta. Tetapi saat melihat Leo, hatinya sudah terpaut buat pertama kali. Jatuh cinta itu tidak salah tetapi yang salah bila dia telah jatuh cinta kepada orang yang salah. Lelaki yang dia puja bukan milik dia. Tetapi milik Dahlia. Saat itu, Dasha sedar tiada peluang untuknya. Namun, saat dia cuba menjauh, Leo pula yang seakan tidak mahu 'melepaskannya' pergi. "Tak perlu pergi. Cuma sentiasa berada di samping aku." "Awak dah ada Dahlia!" "Tapi kau dah berjaya goda aku..." Kerana satu malam, Dasha tersungkur di tapak kaki Dayren. Lelaki itu cukup segala rancangan setannya. Membuatkan Dasha tunduk kepadanya. Itu salah satu tujuannya. Tapi tidak disangka-sangka kerana tindakannya yang mengikut hawa nafsu, Dasha semakin jauh daripadanya. Hilang tanpa jejak membawa benihnya yang sudah bercambah. 6 tahun. Jatuh bangun Dasha selama tempoh itu bersama penguat semangatnya. 6 Tahun di Istanbul mengajar Dasha erti cinta sebenar. Cinta kepada yang Maha Esa. Yang Satu. Tatkala pulang ke tanah air, Dasha sekali lagi jatuh tersungkur kerana ulah Dayren. Setan itu ternanti-nantikan 'kepulangannya'. Saat itu, dunia Dasha benar-benar kelam. "Saat aku mencari cinta DIA, Tuhan berikan kau kepada aku." -Bidadari tak bersayap. WARNING: Do not copy any part of this story COVER by AizackMesle
Kau Aku Punya... by syahidasyafh
syahidasyafh
  • WpView
    Reads 311,438
  • WpVote
    Votes 9,848
  • WpPart
    Parts 38
KAU AKU PUNYA... mengisahkan tentang persahabatan yang mulanya bermula dengan pergaduhan seterusnya persahabatan dan wujudnya percintaan antara Rayyan Aiman dan Syafa Lina.Percintaan mereka terganggu apabila munculnya Asyraf dan Rasya yang ingin memporak-perandakan hidup mereka. Kehidupan sebagai anak yatim piatu ,Syafa Lina bt Abdullah Lee yang sempoi dan baik hati .Dalam sikap yang selalu berhati-hati, dia selalu cuai. Mujur ada Fana teman merangkap sahabat yang tak punya pertalian darah tapi hubungan mereka lebih daripada adik-beradik. Syafa selalu menghabiskan masanya di Rumah Setia tempat dia dibesarkan. Di situ juga dia mendapat keluarga yang besar dengan kasih dan cinta penghuni Rumah Setia. Pertemuan dalam adegan yang tidak sengaja dengan Rayyan Aiman bin Danish Iman mencetuskan terlalu banyak accident dalam hidupnya. #saksikan KAU AKU PUNYA
INVESTIGATOR -Kes vs Cinta??- by misswriter1997
misswriter1997
  • WpView
    Reads 9,212
  • WpVote
    Votes 643
  • WpPart
    Parts 34
NURUL AKMA IZZATI seorang gadis berusia 24 tahun dan memegang title sebagai Inspektor. Sikap dirinya yang kasar dan sentiasa menjalankan tugas dengan baik menjadikan dia seorang ketua yang berdedikasi. Percintaan? Padanya cinta adalah sebuah permainan. Namun kehidupannya mula tunggang terbalik saat mengenali seorang lelaki bernama MUHAMMAD AJMAL ISKANDAR. Mana yang akan dipilih? Kes atau Cinta? MUHAMMAD AJMAL ISKANDAR lelaki yang cukup tidak dapat menerima NURUL AKMA IZZATI sebagai ketua Team Alpha dan bergabung dengan teamnya membuatkan dia rasa tercabar. Siapa sangka kisah silam gadis itu berjaya menarik hatinya untuk lebih mengenali gadis itu. Tapi...gadis itu terlalu lembab untuk menerima clue clue yang diberikan olehnya. Apakah rasa sukanya akan terbalas? MUHAMMAD DAIRUS SYAFRI, pertemuan tanpa sengaja dengan NURUL AKMA IZZATI berjaya menarik perhatiannya dan membuatkan dia berusaha untuk mendapatkan hati gadis itu dan sekaligus berentap dengan MUHAMMAD AJMAL ISKANDAR. NUR LIYANA HANNA, kehadiran gadis ini berjaya membuatkan NURUL AKMA IZZATI dan MUHAMMAD AJMAL ISKANDAR bergaduh sakan. Tujuannya hanya mahukan sang jejaka yang merupakan ketua team Beta. Dapatkah cinta NURUL AKMA IZZATI dan MUHAMMAD AJMAL ISKANDAR bersatu disamping menyelesaikan misi? Atau apakah kemungkinan cinta mereka terhenti?
Cinta Senakal Dia ✔ [TERBIT] by LaurenAlyrra
LaurenAlyrra
  • WpView
    Reads 2,642,555
  • WpVote
    Votes 27,379
  • WpPart
    Parts 14
[BAB PROLOG - BAB 10 SEDIA UNTUK DIBACA] Selepas menolak lamaran abang sepupunya, Irdina Qaisara terpaksa menerima lamaran bos sendiri, Uwais Haqqani tanpa sebarang syarat. Uwais Haqqani, bos yang beku di pejabat, tidak percaya pada cinta dan tidak melayan perempuan. Dia memaksa Irdina berkahwin dengannya atas dasar mahu membuktikan yang perkahwinan mereka akan kekal walaupun tanpa cinta, tidak seperti perkahwinan mama dan papanya. Selepas berkahwin, sikap Uwais berubah 360°. Dari beku kepada romantis. Sampaikan panggilan pun bertukar juga. Irdina hairan dengan sikap Uwais tapi dia endahkan saja. Dia lagi suka dengan sikap Uwais yang romantis itu. Siapa sangka perkahwinan yang terbina tanpa cinta akhirnya berubah. Mereka sama-sama jatuh cinta. Sama-sama menyimpan perasaan cinta. Tapi, kerana dendam seseorang, Irdina terpaksa meninggalkan Uwais seorang diri. Hari berganti hari dan bulan berganti bulan namun Irdina tetap tidak dijumpainya juga. Uwais tetap mencari Irdina di merata tempat. Baginya, Irdina tetap dekat di hatinya walaupun mereka terpisah jasad. Sejauh manakah kekuatan cinta mereka berdua dan adakah Uwais dan Irdina akan bertemu kembali?