EngkuAkmal's Reading List
12 stories
Bila SiLembut Jatuh Cinta. (C) by Aurora_iqma
Aurora_iqma
  • WpView
    Reads 480,023
  • WpVote
    Votes 15,364
  • WpPart
    Parts 75
soorry guys sinopsis kne buat baru ..tertiba hilang..maaf if lain dari sebelum ni orang kata bila lelaki lembut jatuh cinta akan jadi lelaki sejati..tapi dalam kisah ni..lembut bagai mana?? kisah ni mengisahkan seoranng lelaki yang bernama Syed Khairil Amzar Syed Mukhriz..Syed Khairil adalah seorang lelaki yang agak manja apabila bersama keluarganya..disebabkan cintanya pernah dikhianati..dia mula fokus dengan Syarikat keluarganya..baginya cinta itu dusta..cinta juga membuat dia lemah..disebabkan pertembungan bersama Eyra Hanim yang tak dijangka, cinta nya kembali berputik..hendak meluahkan tapi takut berhadapan Eyra Hanim..sekali lagi Ego menahannya Eyra Hanim Dato Ikram Aliff..seorang gadis yang agak nakal dan seorang kaki buli..apabila dia berkata..sentiasa pedas..pertembungannya bersama Syed Khairil membuat hatinya sentiasa panas dengan sikap lelaki itu yang kelihatan lembut..lembut seperti manja..itu yang dimaksudkan oleh Eyra Hanim..Ego mencabarnya..disebabkan cinta yang lalu dia semakin sukar untuk menerima seseorang..baginya..Cinta hanyalah mainan perasaan..tanpa sedar cinta itu hadir disebabkan pertembungan antara dirinya dan Syed Khairil kerap berlaku.. Antara cinta dan Ego..manakah yang akan menang..musuh kembali menuntut bela..di saat Syed Khairil dalam keadaan kritikal..Eyra Hanim mula sedar tentang perasaannya..dapatkah dia meluahkan perasaannya??dapatkan Syed Khairil pertahankan cintanya biarpun sering kali hatinya dilukakan...segalanya terjawab didalam cerita BILA SILEMBUT JATUH CINTA❤ start : 8 oct 2016 ending : 8 nov 2016 Ranking 2 in romance #Nov
ENEMY BECOMES LOVE ✔ by Nzynti
Nzynti
  • WpView
    Reads 324,503
  • WpVote
    Votes 13,359
  • WpPart
    Parts 55
Sebaik sahaja 8 orang wanita memasuki Sekolah Kebangsaan Diraja Malaysia,mereka menjadi sahabat baik dan menubuhkan satu grup yang bernama 'Young Ladies'. Tetapi nasib mereka malang kerana bertemu dengan sekumpulan pelajar lelaki yang digelar King Of School iaitu 'X-treme boys'.Tiap2 hari pasti ada saja pergaduhan diantara mereka. Setiap kali mereka bertembung pasti ada pergaduhan tak kira di mana jua mereka berada.Guru2 juga tidak dapat berbuat apa2 tindakan disiplin yang terlalu berat kerana mereka anak kepada orang yang ternama di Malaysia bahkan sehingga ke negara lain. Adakah dua kumpulan tersebut akan tetap dengan permusuhan tersebut atau akan menjadi satu ikatan yang tiada sesiapa dapat menduga? *nama sekolah sis main letak jee.. -kalau ada sebarang typo maafkan sis. -kalau story ni,lebih kurang macam story you guys,I'm so sorry -happy reading guys*wink*
Bius Cinta Dari Ardul Kinanah by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 41,043
  • WpVote
    Votes 970
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Bius Cinta Dari Ardul Kinanah Penulis: Azraq Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-81-5 Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni "Aku sentuh hang pun dak lagi hang dah tuduh aku nak rogol hang. Kalau aku tau macam ni jadinya, aku takkan tolong hang dari cengkaman lelaki-lelaki jahat tadi. Biar depa yang rogol hang betul-betul. Itu yang hang nak sangat kan, perempuan murahan!” – Haris Naim Fitnah yang dilemparkan kepada Haris Naim atas tuduhan mahu merogol rakan sekolahnya telah menjadi tragedi ngeri dalam hidupnya. Sejak itu, dia mula membenci kaum hawa dan tekad mahu menutup pintu hatinya kepada kaum tersebut. Sehinggalah suatu hari dia tiba-tiba terpaku melihat gadis bermata biru dihadapannya yang secara tidak sengaja terlanggarnya di matrikulasi. “Woi, apa tengok-tengok? Nak tengok lebih-lebih kena bayar tau! Dah la langgar orang, lepas tu buat dek aje. Tak reti nak minta maaf ke?” - Sham Izwani “Amboi, minah ni! Muka aje lawa tapi budi bahasa kosong.”- Haris Naim “Apa kosong-kosong? Ingat Najwa Latif ke?”- Sham Izwani Dalam tidak sedar, hati Haris terpaut namun itulah kali pertama dan terakhir dia bertemu dengan gadis itu di matrikulasi sebelum dia berhenti belajar di situ dan menyambung pelajarannya ke Mesir. Di sana, dia memegang prinsip agar tidak akan jatuh hati dengan perempuan sehinggalah dia didatangi mimpi aneh yang mengganggu hidupnya. “Ya zauji... Ya zauji... Ya zauji...” Sejak itu, hidup Haris Naim tidak tenang sehinggalah dia pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semester. Prinsipnya yang dipegang selama ini mula goyah apabila perempuan yang sering mengganggu tidurnya selama ini muncul di depan mata.
Kerana Dia Manusia Biasa- Wan Nur Najihah by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 299,910
  • WpVote
    Votes 1,755
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Kerana Dia Manusia Biasa Penulis: Wan Nur Najihah Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-80-8 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. “Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan. “Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil “Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.
Sayang, Anak Mak! by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 49,133
  • WpVote
    Votes 1,047
  • WpPart
    Parts 10
Tajuk: Sayang, Anak Mak! Penulis: Nojie Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-91-4 Harga: RM28 (Semenanjung) // RM31 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2015 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Penerbitan Karyaseni “Patutnya abah bersyukur sebab Amani tak habiskan masa dengan teman lelaki. Bercouple tu kan haram.” – AMANI. Amani menggelabah dengan permintaan karut Encik Bakarudin. Permintaan itu tak pernah dibuat dek abah orang lain. Nak kenalkan macam mana, kalau Amani tak ada teman lelaki? Yalah, Amani ni perempuan jenis kasar, berani dan hobinya pula merempit. Sudahnya, dilantik anak mak itu sebagai hero untuk drama sebabak pakwe makwe yang akan diarahkan dan dilakonkan sendiri. “Saya kan ada? Saya boleh kahwin dengan Amani!” – HAFIEY. Dek lafaz janji spontan Hafiey, drama sebabak pakwe-makwe dengan Amani sudah menjadi realiti yang tiada tamat tempoh. Mereka berdua diikat dalam ikatan yang direstui oleh keluarga sampai hujung nyawa, walaupun perkahwinan tiada rasa cinta. Malam pertama, Hafiey dah kena denda. Itu la! Siapa suruh memandai yang bukan-bukan dengan Amani, anak si askar pencen tu. Anak mak bukan sebarang anak mak. Anak mak ni berani mengakui perasaan sendiri. Tak seperti lelaki lain kat luar sana. Hafiey mengaku suka dan sayang kepada Amani. Tapi, apabila masuk soalan seterusnya, anak mak ni dah jadi bingung sekejap. “Kau cintakan aku?” – AMANI. “Cinta. Apa maksudnya, ya? Mak tak pernah ajar pulak pasal cinta.” – HAFIEY. Apabila Hafiey melancarkan kempen memikat, Amani dah menggelabah. Senyuman Hafiey dirasakan lagi manis daripada gula. Risau! Kalau dibiarkan, Amani pasti akan terkena penyakit diabetes cinta Si Hafiey. Tapi, Hafiey tak pernah mengalah. Dia menantu askar pencen. Jadi, harus la berjuang sebelum mengaku kalah!
Kakak Sayang Adik Kakak by khilxf
khilxf
  • WpView
    Reads 28,571
  • WpVote
    Votes 123
  • WpPart
    Parts 1
"Akak ni kalau tak kacau Aiman, tak boleh ke?" -Aiman Irfan- "Man comel sangat. Tak boleh kalau tak kacau. HAHAHA." -Ain Maisara- Dan suatu hari... "Ummi, kakak mana?" "Kakak..." Dan segala-galanya berubah. Maafkan Aiman, kakak. Adik sayang kakak.
Kampung Girl karya umi kalsom by Syahida_Razak96
Syahida_Razak96
  • WpView
    Reads 44,476
  • WpVote
    Votes 600
  • WpPart
    Parts 25
novel kampung girl ini ditulis oleh umi kalsom... saya hanya copy n paste masuk dalam wattpad ini sahaja... harap maaf jika ada sebarang kesalahan typing.
Cik Cinderella Dan Encik Tengku (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 72,577
  • WpVote
    Votes 1,242
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: Cik Cinderella dan Encik Tengku Penulis: Airisz Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-71-0 Harga: RM21 (Semenanjung) // RM24 (Sabah & Sarawak) Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam! Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf. Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…