sofiaaroses's Reading List
3 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮�𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,138,818
  • WpVote
    Votes 86,861
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
HATI YANG KEMBALI | OG by shehawaa
shehawaa
  • WpView
    Reads 196
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 2
Alina, seorang ahli farmasi yang membesar dengan luka lama tentang keluarganya, tidak pernah percaya bahawa hidupnya akan berubah hanya kerana satu pertemuan tidak dirancang dengan Raif, seorang usahawan bandar yang tidak pernah kenal hidup susah di kampung. Raif hadir dengan dunia berbeza, tetapi membawa sinar yang perlahan-lahan mencairkan dinding hati Alina. Namun, cinta mereka tidak semudah harapan. Di tengah keindahan rasa, hadir ujian paling tajam: Raif terlanjur menyulam perasaan dengan Warda, sahabat universiti Alina sendiri. Sebuah pengkhianatan yang menghancurkan kepercayaan dan hampir membunuh cinta. Raif menyesal, namun waktu tidak boleh diputar. Alina memilih untuk menjauh. Tetapi takdir... punya caranya sendiri. Dalam setiap solat istikharah, Alina meminta petunjuk. Dan dalam setiap doa Raif, dia memohon diberi peluang. Adakah cinta yang pernah patah bisa tumbuh semula? Adakah hati yang pernah dilukai bisa menerima kembali? "Hati yang Kembali" bukan hanya tentang cinta - ia tentang redha, kemaafan, dan bagaimana ujian menjadikan cinta lebih jujur.
Dan Aku Masih Bertahan ( TELAH TERBIT) by TheZhrhs
TheZhrhs
  • WpView
    Reads 4,180
  • WpVote
    Votes 224
  • WpPart
    Parts 16
Haya tidak pernah meminta untuk menjadi kuat, tetapi hidup memaksanya bertahan. Dia mengejar impian-menulis, menerbitkan buku, membina namanya sendiri. Namun, di sebalik kejayaan itu, tersimpan luka yang tak pernah sembuh. Penolakan, kekecewaan, dan kebencian dari insan yang sepatutnya menjadi pelindungnya. Ketika masa lalu kembali menghantui, Khairul hadir dalam hidupnya-lelaki yang tenang tetapi sukar diduga. Dia menawarkan sesuatu yang Haya sudah lama takut untuk percaya: keikhlasan. Tetapi, bagaimana jika kepercayaan itu akhirnya mengkhianatinya seperti sebelum ini? Bagaimana jika dia sekali lagi perlu berdiri sendiri, mengutip serpihan yang telah pecah? Mampukah Haya benar-benar berdamai dengan luka silam, atau dia hanya menunggu masa untuk jatuh sekali lagi?