chowconuts_'s Reading List
3 Geschichten
KONSTANTINOPEL: KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH von Websutera
KONSTANTINOPEL: KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH
Websutera
  • GELESEN 3,030
  • Stimmen 182
  • Teile 14
Konstantinopel sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke-7 Sebelum Masihi. Nama asalnya ialah Byzantium. Pelbagai pihak inginkannya. Ia dimasyhurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Konstantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Byzantine untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur. Sejak dari itu, pelbagai pihak mencemburui kemajuan kota kemegahan ini, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. Lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu. Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi. Seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Ayub al-Ansari turut melakar namanya pada lembaran sejarah Islam. Beliau masyhur sebagai seorang pejuang Islam sejati. Apabila mengetahui ajalnya bakal tiba, beliau meminta agar dikebumikan berhampiran dengan kota Konstantinopel yang cuba ditaklukinya. Wasiat beliau ditunaikan.
Hijab Raja Zulqarnain von Websutera
Hijab Raja Zulqarnain
Websutera
  • GELESEN 3,706
  • Stimmen 241
  • Teile 24
Zulqarnain atau Raja Zulqarnain merupakan seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat. Sejarah mencatatkan bahawa kebanyakan peristiwa membabitkan perubahan fundemantal. Raja Zulqarnain juga dizahirkan berkuasa pada waktu genting dan seterusnya membebaskan dua sisi dunia pada era sejarah agung Macedonia. Dengan ilham dari mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala. Jejak perjuangan keimanan dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan yang Esa, bahawa hanya Allah yang layak disembah. ** Novel ini diterbitkan semula dengan judul RAJA KESATRIA, extended edition. Andai berminat untuk membeli novel ini, mohon hubungi penulis. Harganya HANYA RM20 untuk sebuah novel setebal 500 + muka surat.
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!! von bantalgoleks
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!!
bantalgoleks
  • GELESEN 834,960
  • Stimmen 66,209
  • Teile 110
Pengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ada orang yang mahukan sangat 'Rezeki' ni... tapi percayalah. Korang memang tak perlukannya. 'Rezeki' yang penulis maksudkan, 'BUKA HIJAB'..