fav mystery/psycho/teen/thriller's fiction
8 stories
(preview) DIHANTU - sebuah novel Mikael Sahaja by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,715
  • WpVote
    Votes 30
  • WpPart
    Parts 1
Pontianak dilahirkan sebagai hantu tapi sering gagal menakutkan manusia. Dia dipaksa berpindah oleh Ayah Ponti yang tidak tahan lagi diketawakan hantu lain di warung kopi Hantu Air di kampung mereka. Maka Pontianak pun berhijrah ke Kampung Mudah. Di sana, Pontianak dengan tidak sengaja telah menakutkan Lebai Leman. Berita tu segera disebarkan Usin Radio. Akibat itu, tanpa sengaja Pontianak disanjung hebat dalam kalangan hantu. Dia melayan kemasyhuran ini dengan dorongan pengurus liciknya Encik Toyol. Statusnya sebagai Duta Hantu tergugat bila Drakula datang dari luar negara ke Kampung Mudah. Hajatnya: mahu mencabar satu lawan satu dengan Pontianak dalam pertandingan menakutkan manusia. Komplikasi seterusnya datang dalam bentuk seorang jejaka manusia bernama Helmi. Hajatnya: mahu memenangi hati Pontianak.
(preview) GANTUNG: 2 - sebuah novel Nadia Khan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 25,115
  • WpVote
    Votes 335
  • WpPart
    Parts 1
Sambungan novel bestseller GANTUNG. Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk. "What does this mean?" tanya Gibbs. "Tak tahu. Mungkin... apa yang aku pernah buat kat sekolah?" "Seriously, Ray... takkan kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?" "Melainkan kau ada buat benda lain yang kitorang tak tahu," sampuk KJ. Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT - dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal...
(preview) SUNYI - sebuah novel Nuril Basri by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,893
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 1
Herwin seorang yang banyak mulut dan dia tidak ingat masa lalunya. Memorinya hanya bergulir dalam waktu kini. Dia rasa itu biasa, sehinggalah dia sering didatangi mimpi dengan pelbagai gambaran dan suasana aneh. Dan mimpi-mimpi itu adalah petanda bahawa dunia bakal kiamat. Dia bertemu dengan Aloysius, Lady Bazooka, dan Dona dalam waktu tegang, di mana penduduk bumi sudah menjadi tidak bertamadun. Undang-undang dan nilai matawang sudah terhapus setelah kecoh berita mengenai asteroid yang bakal menghentam. Jadi, Herwin ingin mencari keluarganya sebelum kiamat tiba, dan mereka memulakan advencer bersama. Dunia dibekalkan selama 45 hari sebelum ia berakhir menjadi sunyi sepenuhnya.
Cer-iller by mikaelhusni
mikaelhusni
  • WpView
    Reads 13,666
  • WpVote
    Votes 1,440
  • WpPart
    Parts 21
Cerpen-cerpen thriller dan imaginasi melampau yang ditulis akibat kebosanan dan idea spontan yang ingin dijadikan buku tetapi tak jadi kerana buku yang lain pun dah cukup menanam rasa sedih hmmm jemput baca.
creepyposta ~ maha koleksi by mycreepyposta
mycreepyposta
  • WpView
    Reads 1,700,707
  • WpVote
    Votes 49,846
  • WpPart
    Parts 77
C O M P L E T E D creepyposta ~ maha koleksi merupakan jilid pertama kompilasi karya Jeffrey Zain yang diwattpadkan setelah akaun Twitter beliau mencecah 18,000 followers. Kisah-kisah yang dipaparkan tak begitu klise drama Melayu, orang kata lah. Ada kisah mak zombie, mak kanibal, Mak Kau Hijau, Makcik Karipap, anak werewolf, cameo Kak Chom, anak Satan à la The Omen, Suami Ku Mr Stalker, adik beradik Hansel Gretel versi Melayu, kisah creepy campfire, kisah dato yang tak gembira dan Halloween Melayu. Kompilasi creepyposta menjadi Top 3 Buku Lejen Press paling laris di Pesta Buku Antarabangsa KL / PBAKL2017, buku paling laris di PBAKL2016 dan Top 5 Buku Fiksyen Bahasa Melayu MPH 2016.
CIKGU ASYRAF - sebuah cerpan Dayang Noor by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 34,634
  • WpVote
    Votes 832
  • WpPart
    Parts 12
Sebuah misteri kampung yang melibatkan pembunuhan. Cerpan (cerita panjang) ini mula-mula dicetak dalam buku "II" yang dilancar di Big Bad Wolf Disember 2016 dan kini dah soldout. Cerpan ini kini disirikan di Wattpad untuk mengelakkan harga pasaran gelap yang melampau.
Psychology Test ✔ by itsmaniesa
itsmaniesa
  • WpView
    Reads 1,460,295
  • WpVote
    Votes 80,463
  • WpPart
    Parts 39
■ complete ■ Psychopath adalah gangguan jiwa dimana anda tidak memiliki emosi atau rasa simpati sama sekali. Anda bila mengikuti test ini kalau anda mahu tahu adakah anda tergolong dalam kalangan 'psychopath' atau tidak. Anda juga boleh berkongsi test ini kepada keluarga atau kawan anda. Dan dengarlah jawapan mereka yang pasti akan berbeza-beza. Warning; ini bukan test yang BIASA kerana jawapan seorang psychopath adalah MELAMPAUI jawapan orang normal. Jadi kalau anda merasa takut untuk mengikuti test ini , lebih anda mengundur. Itsmaniesa
(preview) VELVET - sebuah novel Ikmal Ahmad by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 8,652
  • WpVote
    Votes 183
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak VELVET kini boleh dibeli online di fixi.com.my atau whatsapp 01123651972. Akan masuk kedai-kedai biasa Januari 2016. * Sinopsis: Untuk meraikan harijadi Mira ke-20 tujuh tahun dahulu, Akim melamar dirinya untuk menjadi kekasih hatinya- sambil disaksikan sebiji kek Red Velvet di hadapan mereka. Seminggu lagi, Akim dan Mira akan diraikan di sebuah majlis perkahwinan yang diidamkan - yang akan diakhiri dengan pemotongan kek Red Velvet setinggi lima tingkat. Jalan hidup mereka indah seolah-olah karya dongeng. Tetapi Akim menerima sepucuk kad RSVP dan sebuah kotak hadiah setinggi 6 kaki yang bakal mencemar majlis perkahwinannya. Adakah Mira berkesempatan untuk memotong kek Red Velvet pada hari persandingan mereka?