Bella's reading list
4 stories
Tepat Memiliki  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 349,924
  • WpVote
    Votes 14,540
  • WpPart
    Parts 66
[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀 (TERBIT) by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 590,572
  • WpVote
    Votes 6,235
  • WpPart
    Parts 14
[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur hidup. "Aku penjaga kau sekarang dan selamanya." -F.I "I don't need anyone to take care of me. Especially you." -J.A Menjaga dan melindungi. Siapa tahu, arahan yang dijatuhkan kepadanya kali ini cukup berat apabila dia dipertemukan dengan seorang gadis yang keras kepala dan mempunyai pendirian sendiri. Setiap suruhannya, tanpa bersalah diingkari. Setiap yang dia kata, semudah itu dipatahkan. Dia yang bukan seorang penyabar, disatukan dengan gadis yang sering menguji kesabaran. Tak boleh bertentang mata, ada saja yang mahu ditelagah. "I don't tolerate with disobedience. Don't provoke me." -F.I "Semakin you larang, semakin I akan buat. I loves disobedience." -J.A
Farhat's  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 222,354
  • WpVote
    Votes 13,575
  • WpPart
    Parts 77
[Book 11] Short, not so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]
Sekali Lagi Memiliki by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 410,085
  • WpVote
    Votes 14,209
  • WpPart
    Parts 69
[ Book 8 ] Selepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantang bertemu empat mata, pasti ada saja yang mahu digaduhkan. "Kau tak nampak ke aku tak suka kau?" -Fayyad Asyraf "Tuan ingat saya suka tuan? Saya berlipat kali ganda tak suka tuan." -Nur Asyrah Tiada siapa dapat menduga, daripada menjadi musuh, mereka boleh menjadi kawan sehingga menimbulkan perasaan sayang tanpa sedar. Namun, perasaan itu hanya dirasai oleh sebelah pihak sahaja. "Tahniah atas perkahwinan tuan dengan Umaira. Saya tumpang gembira." -Nur Asyrah Apa lagi yang boleh dia lakukan selain daripada mendoakan kebahagiaan rumahtangga lelaki yang dia cinta itu biarpun sakitnya tidak tertanggung. Bagaimana dia mahu menerima hakikat bahawa lelaki itu mengahwini sahabat baiknya? Jika dia tahu, lelaki yang sering disebut-sebut oleh Umaira adalah lelaki yang sama dia kenali, takkan mudah-mudah membiarkan hatinya jatuh cinta pada lelaki itu. Kini, bagaimana dia harus melalui hari-harinya selepas ini dengan hakikat itu? Mampukah dia reda dengan takdir Tuhan? Masih ada peluangkah untuk dia memiliki lelaki itu sebenar-benarnya?